Saturday 26 September 2015

Sign Board Selamat Datang ke Kampung Bukit Kapar

Sign Board Selamat Datang ke Kampung Bukit Kapar di hadapan Surau Darul Aman , Jalan Kopi telah siap dipasang.




Signboard Pusat Kegiatan Desa JKKK Kampung Bukit Kapar telah siap dipasang di hadapan balai JKKK.


Thursday 24 September 2015

Anda boleh mendaftar pada Ketua Kampung melalui JKKK Bukit Kapar


Ibadah Korban di Masjid At-Taqwa

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Berkat kerjasama penduduk kampung serta belia bukit kapar juga tidak terlepas dari menyumbangkan tenaga bagi menjayakan program ibadah korban ini yang berlansung di masjid At-taqwa. Sebanyak 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing dikorbankan.






Wednesday 23 September 2015

MAKLUMAN DARI KETUA KAMPUNG BUKIT KAPAR :

MAKLUMAN DARI KETUA KAMPUNG BUKIT KAPAR :
Assalamualaikum kpd semua penduduk Kg Bkt Kapar...
Sempena hari penghakiman Pertandingan Anugerah Kg tradisi Terbaik Peringkat Negeri pd 28.9.2015(isnin)....JKKK Kg Bkt Kapar mengharapkan agar dpt kerjasama dari semua penduduk Bkt Kapar utk membersihkan kawasan rumah masing2...terutamanya di tepi jalan di hadapan rumah masing...
Di samping utk bersedia utk menhadapi hari penghakiman secara tidak langsung kampung kita juga akan kelihatan bersih dan menarik dipandang...ia juga bermanfaat dari kesihatan terutamanya dari pencegahan kpd deman denggi....
Terima ksh kpd semua penduduk Bkt Kapar yg berkerjasama utk menjadikan kampung kita bersih...

Gotong Royong bersama Komuniti Kariah Sebaya & JKKK Bukit Kapar pada 20 Sept 2015

Gotong Royong bersama Komuniti Kariah Sebaya & JKKK Bukit Kapar pada 20 Sept 2015 telah di jalankan dengan jayanya. Pokok pokok yang merbahaya di tepi jalan ditebang dan dicantas agar tidak merbahayakan orang yang lalu diJalan Kempas. Syabas kepada komuniti kariah Sebaya & Skud Pantas JKKK Bukit Kapar.









Sunday 20 September 2015

Gotong Royong bersama Komuniti Kariah Sebaya & JKKK Bukit Kapar pada 20 Sept 2015

Gotong Royong bersama Komuniti Kariah Sebaya & JKKK Bukit Kapar oada 20 Sept 2015 jam 8 pagi



Pemeriksaan kesihatan percuma sempena Hari Jantung Sedunia

Pemeriksaan kesihatan percuma sempena Hari Jantung Sedunia telah di adakan di Dewan Sebaguna Jln Kopi. Program ini ditaja oleh Bluscope, KPJ dan JKKK Bukit Kapar.







Program Gotong Royong bersama Pejabat Daerah Klang

Program Gotong Royong bersama Pejabat Daerah Klang, JKKK Bukit Kapar & Penduduk Kampung Bukit Kapar telah berlansung pada 0925 pagi tadi dengan jayanya.












Thursday 17 September 2015

Gotong Royong & Kempen Cegah Denggi Jalan Nenas

Gotong Royong & Kempen Cegah Denggi Jalan Nenas
19 Sept 2015
7.30 pg berkumpul di Surau Muhajirin, Jalan Nenas

SEMUA AHLI KARIAH & PENDUDUK DIJEMPUT HADIR



Hari Jantung Sedunia

Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA bagi warga Kampung Bukit Kapar. Ditaja oleh BLUESCOPE
Tarikh: Sabtu 19 Sept 2015
Masa 8.30 pagi hingga 4 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Jalan Kopi



Wednesday 9 September 2015

Lelaki melayu bawa parang melibas2 tgh jln..

Jam 9.30 mlm tadi ada kekecohan depan sekolah agama.. ada jalan separuh sudah kena blok.. lelaki melayu bawa parang melibas2 tgh jln.. ikut alamat IC orang jln benteng kapar.. Tgok rupa dh overdos dadah
21:41 Keselamatan kampung.. Rizlan lapur: Boleh disuspek penyamun ikut kes trkini lorong mangis 2 mlm didatangi penyamun brparang brtopeng...tp xsmpat samun dh brtembung dgn kslmatan.Xde mangsa. T.kasih pemuda yg lepak disekitar . cekup. Rampas parang.
Mlm ni kslmatan dh pasang org perangkap utk brtmbung dgn pnyamun. Doakan semua selamat... Polis datang.. Kes selesai.





Tuesday 8 September 2015

Selamat menduduki peperiksaan UPSR, PSRA, PT3..


Serahan manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa-1

Serahan manfaat Skim Mesra Usia Emas (Smue) fasa-1.. Pn Azurabaya bt Masuon waris arwah Amam b. Sarman. Setia Jaya

Untuk info..
Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM2,500 kepada Penama Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar. Pembayaran RM2,500 ini dibuat dalam 2 peringkat, RM1,000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat. Baki RM1,500 akan diserahkan dalam tempoh 60 hari selepas penyerahan bayaran pertama dibuat dalam satu majlis khas.



Monday 7 September 2015

Al Fatihah.. Hjh Fatimah Sarwono, (isteri arwah Hj. Talkis) kariah Darul Aman lapis 7 telah kembali keRahmatullah

Innalilllahi wa'inna ilaihirojiun
Dimaklumkan Hjh Fatimah Sarwono, (isteri arwah Hj. Talkis) kariah Darul Aman lapis 7 telah kembali kerahmatullah dalam jam 10.50 mlm 6/9/2015 di HTAR, Inshaa Allah jenazah akan dikebumikan hari ini isnin 7/9/2015.


Sunday 6 September 2015

Angin ribut menlanda Kampung Bukit Kapar petang tadi

Angin ribut menlanda Kampung Bukit Kapar petang tadi





Gerai buah Abdul Halim kena ribut petang tadi.. khemah tumbang masuk parit di Jalan Iskandar.





Bumbung Balai JKKK Bukit Kapar di Jalan Iskandar tercabut akibat angin ribut







Pokok tumbang.. Lokasi di jalan dusun antara jalan Durian dengan Jalan kopi. Skuad Pantas JKKK telah memotong dan membersihkan pokok tersebut. Syabas...