Monday 16 November 2015

INFO BANJIR

INFO BANJIR
Assalamualaikum...
Hujan lebat lebih 1 jam pd petang 15.11.15 menyebabkan banyak tempat di Kg Bukit Kapar mengalami banjir...
Antara kawasan yg terjejas banjir ialah Kariah Jaya Setia, Kariah Sebaya, Kariah Hamdani dan Jalan Bahagia...
Seluruh parit2 utama didapati telah diseleggara dgn baik oleh pihak JPS.. Namun hujan yg lebat dan agak lama parit2 utama tidak dpt menampung jumlah air yg banyak... Mudahan banjir dpt surut dgn cepat..
Diharap mangsa banjir bersabar dan redha dgn musibah yg menimpa.. Kami pihak JKKK amat bersimpati
dgn apa yg berlaku..
Kpd mangsa yg memerlukan surat pengesahan banjir utk mendapatkan cuti tanpa rekod drpd majikan boleh mendapatkannya di balai JKKK Bkt Kapar..
Mangsa yg rumahnya dimasuki air juga boleh menyerahkan salinan kad pengenalan dan no talipon ke Balai JKKK atau wakil kariah utk tujuan permohonan bantuan kpd pihak yg berkenaan..
Mohon penduduk menjaga keselamatan dan kesihatan terutamanya kanak2..
In Sya ALLAH kesabaran tuan2/puan2 semua akan diberi kebaikan oleh ALLAH SWT.. dan segala urusan dipermudahkan.. Aamiin..

T ksh.

Masadan Bin Mohsin
Ketua Kampung Bukit Kapar
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

No comments:

Post a Comment