Wednesday 9 December 2015

Penjenayah yang ditangkap oleh penduduk Bukit Kapar masih lepas

40 Polis buru Mohammed Firzal
Oleh Na'imah Mohamed
am@hmetro.com.my

Klang: Lebih 40 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan Sungai Buloh ditugaskan memburu tahanan yang meloloskan diri di Paya Jaras, Sungai Buloh, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek dikenali sebagai Mohammed Firzal Azizan, 34, yang melarikan diri dengan tangan masih bergari serta memakai baju lokap, dipercayai masih berada di sekitar kawasan berkenaan berikutan

Beliau berkata, pihaknya meningkatkan operasi memburu suspek yang mempunyai 29 rekod jenayah itu dengan menambah keluasan pencarian daripada dua kilometer (km) persegi kepada empat km persegi.

"Usaha mencari suspek giat dilakukan dan kami meminta mereka yang ternampak lelaki mencurigakan supaya menghubungi polis," katanya.

Mohd Yusoff kesal dengan tindakan sesetengah pihak meviralkan berita kononnya tahanan berkenaan sudah berjaya ditahan semalam.

"Tindakan itu mengganggu operasi memburu suspek kerana penduduk tidak mengambil perhatian terhadap kes ini seterusnya memudahkan penjenayah menyembunyikan diri," katanya.

Lelaki berkenaan dibawa ke Paya Jaras untuk mengesan seorang lagi rakannya yang dipercayai tinggal di kawasan itu dan ketika berada dalam van dikawal seorang anggota polis, dia meloloskan diri keluar dari van serta bergelut dengan anggota polis sebelum melarikan diri.

Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 9 Disember 2015 @ 6:37 PM

Penjenayah yang ditangkap oleh penduduk Bukit Kapar masih lepas. Harap berwaspada.

Gambar dari PDRM

No comments:

Post a Comment