Friday 29 January 2016

INFO SURAU

Bicara Santai Bersama Ust Yusri & Ijam

Info Sumbangan Banjir

Info Sumbangan Banjir

Hari ni 28.1.2016 para mangsa banjir pd 13.11.2016 telah menerima sumbangan drpd LZS Cawangan Klang...
Terima kasih kpd Ust Saiful dan Ust Faisol hadhir mewakili LZS..
Terima kasih kpd YB Dr Abd Rani Osman keraba hadhir merasmikan majlis dan menyampaikan sumbangan.
Terima kasih kpd Biro Kebajikan JKKK dan Amil2 Kariah yg membantu program berjalan dgn lancar dari awal hingga akhir...

Mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH SWT...

Thursday 28 January 2016

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadith Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadith No. 2584

Maksudnya : Ali bin Khasyram menceritakan kepada kami, Isa bin Yunus memberitahukan kepada kami dari Imran bin Zaidah bin Nasyith dari ayahnya dari Abu Khalid Al-Walibi dari Abu Hurairah dari Nabi S.A.W bersabda :

Sesungguhnya Allah berfirman :"Sempatkan (luangkan waktu) untuk ibadah kepadaKu, nescaya Aku memenuhi hatimu dengan perasaan kaya dan aku tutup kefakiranmu. Jika tidak kamu lakukan, nescaya Aku penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku tutup kefakiranmu". Hadith ini hadith hasan  dan Abu Khalid Al-Walidbi namanya Hurmuz.
🌷🌹🌷🌹🌷🌹🌷

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadith Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadith No. 2584

Maksudnya : Ali bin Khasyram menceritakan kepada kami, Isa bin Yunus memberitahukan kepada kami dari Imran bin Zaidah bin Nasyith dari ayahnya dari Abu Khalid Al-Walibi dari Abu Hurairah dari Nabi S.A.W bersabda :

Sesungguhnya Allah berfirman :"Sempatkan (luangkan waktu) untuk ibadah kepadaKu, nescaya Aku memenuhi hatimu dengan perasaan kaya dan aku tutup kefakiranmu. Jika tidak kamu lakukan, nescaya Aku penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku tutup kefakiranmu". Hadith ini hadith hasan  dan Abu Khalid Al-Walidbi namanya Hurmuz.
🌷🌹🌷🌹🌷🌹🌷

Tuesday 26 January 2016

Kuliah Maghrib Masjid

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadith Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3080.

Maksudnya :"Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Jarir memberitahukan kepada kami dari Qabus bin Abu Dzabyan dari ayahnya dari Ibnu Abbas, ia berkata:"Rasulullah S.A.W. bersabda :"Sesungguhnya seseorang yang didalam hatinya tidak ada sesuatu dari Al Quran adalah seperti rumah yang rosak".Hadith ini hasan sahih.
🌷🌹🌷🌹🌷🌹🌷

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..

Dimaklumkan Tuan Hj. Saari bin Hj. Hasam, alamat  Jln Dato' Johar of Jln Bahagia telah meninggal dunia awal pagi tadi. Jenazahnya akan dikebumikan pagi ini.

Mudahan ruh2 mereka dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..

Dimaklumkan Hj. Albi bin Misdar telah meningal dunia dirumahnya Jalan Iskandar (kariah masjid) malam tadi.

Mudahan ruh2 mereka dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Sunday 24 January 2016

INFO WANITA

INFO WANITA
Di jemput semua ibu tunggal dan ibu tinggal di Bukit Kapar utk hadir ke Majlis Ramah Mesra pada 25 Jan 2016 jam 8.30 pagi di Dewan Orang Ramai/Dewan Sebaguna Jln Kopi.

Semoga dgn kehadiran puan2 dpt lg mengeratkan silaturrahim sesama kita.
T.ksh
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

Assalaamualaikum..

Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun..

Dimaklumkan Pn Norsidah Binti Hasan telah meninggal dunia pada malam tadi..
Jenazahnya berada di Jalan Dusun, Kariah Bt 8...dan akan dikebumikan pada pagi ini..
Mudahan rohnya dilimpahi rahmat dan mendapat kasih sayang ALLAH sebanyak2nya.
Takziah diucapkan kpd ahli keluarganya...

Saturday 23 January 2016

Ahli majlis baru

INFO MPK

Asalamualaikum WBT

Hari ini 22.1.2016 dengan rasminya Pn Umi Junainah Bt Mat Jan dilantik menjadi Ahli Majlis Perbandaran Klang utk Kawasan N42A. Angkat sumpah telah dilakukan dihadapan Yg Dipertua Majlis Perbandaran Klang. Tahniah diucapkan kpd beliau. Semoga berkerja dgn penuh tanggungjawab, jujur, adil,sabar dan ikhlas.

Kawasan N42A ialah Kg Bkt Kapar, sebahagian Kg Meru dan sebahagian Kg Kapar.

INFO SURAU KULIAH SUBUH

INFO SURAU
KULIAH SUBUH
24 Jan 2016

1. Surau Jangidin
Ust Farid bin Zainal

2. Surau Bkt Dusun
Ust Akdi bin Yaakop

3. Surau Al Falah Bt8
Ust Mohd Faryzan

Muslimin Muslimat dijemput hadir
🌹🍁🍂🌺🍂🍁🌹

Friday 22 January 2016

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Sayyidina Usamah bin Zaid RA berkata Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang dilakukan kebaikan kepadanya lalu dia mengucapkan 'Jazakallahu Khaira' (semoga Allah SWT memberi balasan kepada kamu dengan sesuatu yang lebih baik) maka dia telah membuat sepenuh pujian dan telah menunaikan kesyukuran (terima kasih)."
(Tirmizi)

Keterangan: Berdoa dengan doa tersebut membawa maksud bahawa 'saya tidak mampu untuk membalas kebaikan kamu dan saya berdoa kepada Allah SWT supaya Dia membalas kebaikan kamu dengan kebaikan yang lebih baik lagi. "Dalam masa yang sama, dalam kalimah doa itu ada pujian untuk orang yang membuat ihsan.
(Ma'arif ul-Hadith)
🌻🌷🌹🌻🌹🌷🌻

Kuliah Maghrib Masjid At Taqwa

Hukum kad diskaun

Program Tuisyen Rakyat Selangor

Bas Selangrku percuma

Wednesday 20 January 2016

INFO SURAU

INFO SURAU
Kuliah Maghrib
20 Jan 2016 (Malam ini)

1. Surau Al Islah, Setia Jaya
Ust Aidijonli bin Hj Saion
Tafsir

2. Surau As Sobirin, Seri Jaya
Ust Zawawi Temyati
Tafsir Al Munir
🌺🍁🌺🍁🌺🍁🌺

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadith Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadith Nombor 1407.

Qutaibah menceritakan kepada kami, Abu Awanah menceritakan kepada kami dari Qatadah dari Anas dari Nabi S.A.W bersabda: "Tidak ada orang muslim yang menanam tanaman atau menaburkan benih, lalu dimakan oleh manusia atau burung atau hewan, kecuali semua itu menjadi sedekah untuknya."

Di dalam bab ini ada hadith yang diriwayatkan dari Abu Ayyub, Ummi Mubassir, Jabir dan Khalid. Hadithnya Anas adalah hasan sahih.
🌳🌲🌳🌲🌳🌲🌳

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016

INFO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kongsikan bersama bagi memudahkan merancang aktiviti di musim cuti

CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016

1. Cuti Tahun Baru Cina
    6/2 hingga 13/2 (9 hari)

2. Cuti Pertengahan Semester 1
     12/3 hingga 20/3 (9hari)

3. Cuti Pertengahan Tahun
     28/5 hingga 12/6 (16 hari)

4. Cuti Aidil Fitri
    2/7 hingga 10/7 (9 hari)

5. Cuti Pertengahan Semester 2
    10/9 hingga 18/9 (9 hari)

6. Cuti Deepavali
     28/10 hingga 1/11 (5 hari)

7. Cuti Akhir Tahun
     26/11 hingga 1/1 (37 hari)
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

INFO JAWATAN KOSONG

INFO JAWATAN KOSONG
Jawatan Kosong Lembaga Zakat Selangor :
🔹 Kakitangan Sementara Kemaskini Data
🔹Kontrak 2 Bulan
🔹Mahir Penggunaan Komputer & Microsoft Office
🔹Gaji RM900++
🔹Lokasi Ibupejabat LZS, Seksyen 13 Shah Alam.
🔹Keutamaan Lepasan SPM / Pelajar Baru Tamat Pengajian
🔹Sila Hantar Permohonan dan Resume ke hr@e-zakat.com.my atau secara online di www.zakatselangor.com.my/info-lzs/sertai-kami

Tarikh Tutup 22 Januari 2016 Jam 3 petang.
🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

Tuesday 19 January 2016

INFO MASJID AT-TAQWA

INFO MASJID AT-TAQWA
Kuliah Maghrib
19 Jan 2016 (mlm ini)
Ustaz Faizol Endut

Semua dijemput hadir
🌻🌷🌻🌷🌻🌷🌻

INFO IT

INFO IT
Tahukah anda?
Anda boleh save apa2 msg yg anda terima dalam Whatsapp

caranye
1 - tekan lama msg yg kite nk save tu
3 - akan keluar gmbr star kat atas
3 - tekan star kat bahagian atas tu
4 - done save.

camne nk tegok plak msg2 tu?
1 - pergi dkt chats bnyk2 tu
2 - tekan kiri atau 3 titik atas kanan
3 - pilih Starred messages

done! semua msg dh save dlm tu.
Selamat mencuba..
📱📱📱📱📱📱📱

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2031.

Ahmad bin Muhammad menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al-Mubarak menceritakan kepada kami dari Syukbah dari Adi bin Tsabit dari Abdillah bin Yazid dari Abi Masud Al-Anshari dari Rasulullah S.A.W bersabda: "Nafkah seseorang kepada keluarganya adalah sedekah." Dalam bab ini terdapat hadis dari Abdillah bin Amr, Amr bin Umayyah dan Abu Hurairah. Hadis ini adalah hasan sahih
🍀🌷🍀🌷🍀🌷🍀

INFO PEKERJAAN

INFO PEKERJAAN
KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera)
Pemilihan bulan Mac 2016
Syarat asas STAM/Diploma
Lelaki & Wanita
Tinggi minimum 1.63m

Sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Siri 181/182 2016

ZON UTARA
21 Mac 16 - 12 BGD Kem Wardieburn Setapak KL
24 Mac 16 - REJ 504 (AW) Kem Bukit Keteri Kangar Perlis
26 Mac 16 - REJ 513 (AW) Kem Bukit Pinang Alor Setar Kedah
28 Mac 16 - BN Ke 2 Rej 513 (AW) Kem Jalan Bukit Kulim Kedah
29 Mac 16 - REJ 509 (AW) Kem Lebuhraya Peel Pulau Pinang
31 Mac 16 - 503 (AW) Kem Jalan Tambun Ipoh Perak

ZON SELATAN
24 Mac 16 - REJ 501 (AW) Tebrau Johor Bharu
26 Mac 16 - Kluang Kem Mahkota Johor
28 Mac 16 - 514 (AW) Bukit Beruang Melaka
30 Mac 16 - REJ 508 Kem Rasah Seremban

Info untuk semua , jika berminat hadirkan diri ke sesi pemilihan tersebut , kelayakan SPM , SKM , DIPLOMA bagi Lain-lain Pangkat (LLP) dan IJAZAH bagi Pegawai .

Minat, Semangat, Berani, Kuat, dan Tangkas perlu ada.
🍂🌹🍂🌹🍂🌹🍂

Monday 18 January 2016

INFO AD DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2037.

Qutaibah menceritakan kepada kami, Al-Munkadir menceritakan kepada kami dari ayahnya dari Jabir bin Abdillah berkata: "Rasulullah S.A.W. bersabda: "Setiap perbuatan baik adalah sedekah dan sesungguhnya termasuk perbuatan baik adalah kamu berjumpa dengan saudara mu dengan muka berseri dan menuangkan air dari timbamu di bejana saudaramu". Dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Dzaarr. Hadis ini adalah hasan sahih.
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

INFO MASJID Kuliah Maghrib

INFO AD DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 3656.

Dari Abu Wa-il dari Qais ibnu Abu Gharazah ra. berkata: "Rasulullah S.A.W datang kepada kami ketika kami sedang berjualan di pasar, beliau bersabda: "Sesungguhnya jual beli ini sering dicampuri percakapan kosong dan kebohongan, kerana itu campurilah ia dengan sedekah."
🌹🌻🌹🌻🌹🌻🌹

SKBK 1968

INFO TANAH

INFO TANAH

TUKAR MINDSET : GERAN ITU LEBIH UTAMA BERBANDING S&P.

1. Beli rumah, tandatangan S&P.

2. Beli sebidang tanah, tandatangan S&P.

3. Beli bahagian tanah, tandatangan S&P.

4. Buat trust deed, tandatangan S&P.

5. Tapi ada tengok tak nama anda didaftar dalam geran sebagai pemilik atau sebagai beneficiary ?

6. Cara nak masukkan nama adalah dengan menandatangani borang 14A. Hanya borang ini saja yang laku dalam proses memasukkan nama kita ke dalam geran.

7. Lepas sign S&P, lepas sign 14A, lepas dapat consent, follow up tak dengan pejabat tanah di unit pendaftaran? Buat carian tak untuk memastikan nama kita didaftar dalam geran ?

8. Ubah mindset, ubah mindset. S&P itu sebagai permulaan ikatan antara penjual dan pembeli. Pengakhirannya adalah pendaftaran nama pembeli ke dalam geran.

9. Ada kes pemaju keluarkan S&P kepada 2 pembeli untuk unit rumah yang sama. Tapi bila buat carian, nama masih lagi atas nama developer. Memorandum Of Transfer (MOT) dengan pembeli pertama pun masih tak dibuat lagi.

10. Ada juga kes, beli bahagian tanah. Sign S&P. Tapi borang 14A pun tak sign untuk pindahmilik bahagian. Masih lagi atas nama pemilik asal. Bila ditanya kenapa tak tukar nama lagi dalam geran? " Eh..kan dah sign S&P ?"

11. Kalau pemilik bahagian tu meninggal dan tak sempat tukar nama kepada pembeli baru camne? Rumah dah cantik terbina tapi nama tiada dalam geran. Anak pemilik asal pulak menuntut pusaka bahagian bapanya itu.

12. Ramai kurang sedar, pendaftaran geran guna borang 14A itu adalah paling utama.

13. Sistem tanah negara kita menggunakan sistem Torren yang mementingkan pemilikan melalui pendaftaran nama dalam geran. Nak nama masuk dalam geran, pastikan tandatangan borang 14A. Ini selaras dengan Seksyen 215, 217 dan 218, Kanun Tanah Negara.

14. Nak tau apa itu Torren System, klik sini https://en.wikipedia.org/wiki/Torrens_title

15. Tukar mindset, kawan ! Pendaftaran nama dalam geran itu adalah maha penting.

🌺🌿🌺🌿🌺🌿🌺

Thursday 14 January 2016

INFO JALAN RAYA

Jalan negeri di Semenanjung boleh dikenali mengikut alphabet sebelum nombor jalan. Alphabet yang digunakan adalah sama seperti nombor pendaftaran kenderaan mengikut negeri.

Penyelenggaraan jalan dilaksanakan oleh JKR Negeri berkenaan.

Jawatan kosong

INFO SURAU

INFO SURAU
Kuliah Maghrib
14 Jan 2016 (Malam ini)

Surau Riadus Solihin, Jln Sebaya.
Ustaz Hairolzaman Bin Hj Ishat.

Semua muslimin muslimat dijemput hadir
🌺🌿🌺🌿🌺🌿🌺

INF0 SURAU

INFO SURAU
Kuliah Maghrib
14 Jan 2016 (Malam ini)

1. Surau Hj. Jangidin, Bkt Kpr Tngh.
Ust Saifudin Jumri

2. Surau Al-Huda, Bukit Dusun
Ust Yahya Rashid

3. Surau Al Islah, Setia Jaya
Ust Faryzan Hj Subkhi
Feqah

Semua muslimin muslimat dijemput hadir
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

Wednesday 13 January 2016

Kuliah maghrib Masjid

INFO SURAU

INFO SURAU
Kuliah Maghrib
13 Jan 2016 (Malam ini)

1. Surau Al-Islah, Setia Jaya
Ust Hj. Aidijonly bin Basiron
Tafsir Ibnu Kathir

2. Surau Al-Huda, Bukit Dusun
Ust. Zulkifli bin Jamil

Semua muslimin muslimat dijemput hadir
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

Monday 11 January 2016

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..

Kariah Paya Barat ada 2 kematian

1. Dimaklumkan Norita bt Nathanan,  anak Wasilah Mashudi (anak arwah Nathanan) Jalan Bahagia telah kembali rahmatullah sebentar tadi akan dikebumi lepas asar dibukit kapar. Yang nak berziarah datang kerumah Wasilah Mashudi Paya Barat

2. Dimaklumkan wak Jawiah (isteri arwah Kismin, maknye Zaini) Jalan Hampa telah kembali rahmatullah sebentar tadi dan akan dikebumi lepas asar.

Mudahan ruh2 mereka dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Bicara 2 PU di Masjid At Taqwa

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..

Dimaklumkan Hj Mokhtar bin Itas (bapa mertua  Salmah) dari kariah Jaya Setia telah kembali kerahmatullah sedentar tadi kira2 jam 11.30 mlm tadi.  Insyaallah jenazahnye akan disemadi  pagi ini.

Mudahan rohnya dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

INFO SURAU - PENGAJIAN MUSLIMAT

INFO SURAU
PENGAJIAN MUSLIMAT
Tarikh : 11 Jan 2015
Masa : 3 ptg
Tempat : Surau Al Huda Bkt.Dusun
Guru : Ustz Hanim Maisarah
Kitab : Ayuhal walad & Biyadatul  hidayah

Semua Muslimat di jemput hadir
🌻🌹🍁🌻🍁🌹🌻

Sunday 10 January 2016

Saturday 9 January 2016

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..

Dimaklumkan Hjh. Mustowingah bt. Jailani  balu kepada Allahyarham Hj. Senawi (Ibu mertua Hj. Alwi Basiron) telah kembali kerahmatullah dirumahnya di Jln Iskandar (Kariah Masjid) sebelum maghrib tadi. Jenazahnye akan disemadi esok pagi.

Mudahan ruhnya dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Kuliah maghrib masjid

INFO TAWAS

INFO TAWAS
Baucer 'Back to School' TAWAS DUN Meru

Sesiapa yg ada anak lahir 2009 dan telah mendaftar Tawas di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru.. boleh mula buat semakan utk program BTS Tawas mulai Isnin - Jumaat ini, jam 10pg - 5 ptg. (Rehat: 1.00 tghri - 2.30ptg). Sebelum 15 Jan' 2016

📚📚📚📚📚📚📚

Kuliah subuh Surau

Kuliah Subuh Surau

INFO SURAU
Kuliah Subuh
10 Jan 2016 Ahad
Surau Jangidin, Bkt Kpr Tngh
Tn Hj Amer Senin

Semua dijemput hadir
🌻🍁🌿🌻🌿🍁🌻

Penafian PZS

Friendly match

Bicara 2 P.U.

Permohonan Online Maktab Perguruan 2016.

INFO PENDIDIKAN
Permohonan online maktab perguruan 2016.
Semua pelajar lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di maktab perguruan bolehlah mula mengisi borang secara online.
Permohona online mula dibuka kepada semua yang berkelayakan pada 17 Februari 2016.
Berikut merupakan butir-butir mengenai permohonan maktab perguruan 2016 ini.

Syarat Kemasukan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2016:
👉🏼Warganegara Malaysia.
Umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2016 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1996.
👉🏼Calon mesti sihat tubuh badan.
👉🏼Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
👉🏼Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
👉🏼Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i. Bahasa Melayu; danii. Sejarah.
👉🏼Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.

Tarikh Tutup Permohonan
8 Mac 2016. Semakan Panggilan Temuduga UKCG 2015
23 hingga 29 Mac 2016
Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2016
30 Mac hingga 3 April 2016
Semakan Keputusan Maktab Perguruan 2016, Mei 2016
keterangan lanjut: http://www.musadun.com/2015/02/permohonan-maktab-perguruan-2015

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌‌👆‌‌kalau ada anak2 lepasan spm berminat, mohon sebarkan
🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁

Kuliah subuh masjid

Sumbangan Pendidikan Fisabilillah

INFO PENDIDIKAN - Program Tuisyen Rakyat

INFO PENDIDIKAN
Program Tuisyen Rakyat Selangor(PTRS)

Dipelawa kepada pelajar untuk memohon...
1. Untuk calon SPM
    2016
2. Pendapatan isi
    keluarga tidak
    lebih RM 1500
3. Penyertaan terhad
    untuk 100 orang.
4. Tarikh tutup pada
     31.1.2016
5.  Borang penyertaan
    boleh didapati
    di Balai JKKK Kg.
    Bkt Kapar atau Pusat
    Khidmat Masyarakat
    DUN Meru.

Daftar segera ...jangan lepaskan peluang..
🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁

Friday 8 January 2016

Kuliah Subuh Surau

Kuliah Maghrib Masjid

INFO PENDIDIKAN

INFO PENDIDIKAN
Permohonan Bantuan Sekolah:
Sekolah Sekolah Kerajaan Negeri Selangor.  Fasa -1/ 2016.
(SAR/ TAHFIZ/ SJKC/ SJKT)

Telah dibuka.
Borang permohonan perlu hantar sebelum/pada 01 Februari 2016 di SUK.
-Borang boleh diambil di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru.
- Pengesahan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) di kawasan sekolah.

PENTING!!!
Permohonan Yang LEWAT / Tidak Lengkap tidak akan diproses. Kerjasama Semua Pihak Amatlah Dihargai .

Untuk Dun Meru;
Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru
No 8G, Jalan Limau Tambun, Taman Kiyai Ridzwan, Bt7, Jln Meru Tambahan, Meru 41050 Klang.
waktu kaunter :
Isnin - Jumaat > 09.00pagi - 05.00ptg.
Rehat  > 01.00 tghri - 02.30 ptg.
Sabtu/ Ahad / cuti umum > Tutup
📞0333934877
pkm_dunmeru@yahoo.com
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..

Dimaklumkan Ustzh Hjh Kamariah isteri Hj Nasir bin Hj Basar di Lorong Hj Basar, Jln Seri Jaya, Kariah Seri Jaya telah meninggal dunia pagi tadi di HBTR. Jenazahnye akan diuruskan pagi ini.
Mudahan ruhnya dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Thursday 7 January 2016

INFO SURAU

INFO SURAU
Kuliah maghrib
7 Jan 2016 (Malam ini)
Surau Darussolahiyah, Paya Barat
Ust. Idrus Ali

Semua dijemput hadir
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

INFO SURAU

INFO SURAU
Kuliah maghrib
7 Jan 2016 (Malam ini)
Surau Jangidin (Bukit Kapar Tengah)
Ust Endang Wahyudi Yusuf

Semua dijemput hadir
🌴🌲🌴🌲🌴🌲🌴

Monday 4 January 2016

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..

Assalamualaikum...
Innaa lillaHi wa innaa ilaiHi raajiuun.

Dimaklumkan Ahmad bin Abdullah @ Amat Tambi telah meninggal dunia sebentar tadi di Jln Kempas Kariah Sebaya.
Mudahan ruhnya dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Kuliah Muslimat Masjid

INFO WANITA
Jadual Kuliah Muslimat
Bilik Kuliah Masjid At-Taqwa
Masa: 3 ptg.

4 Jan 2016
Ust Khamis - Tajwid

6 Jan 2016
Ust Endang - Feqah

8 Jan 2016
Ust Safuan - Umum

Muslimat di jemput hadir
🌼🌹🌼🌹🌼🌹🌼

Kuliah Maghrib Masjid

Jadual Kuliah bulan Januari Masjid At Taqwa

INFO SUKAN

INFO SUKAN
3 Jan 2016
Yb Kumpulan 52 merasmikan dan memberi sumbangan kpd Kejohanan Liga Bolasepak Brayan di Padang Lapis 6 Jln Belimbing.
Turut hadir ialah Tuan Hj Masadan, Dato Ketua Kampung Kg Bukit Kapar dan Cikgu Jasman.
Seramai lebih 152 orang penyokong dan pemain2 bolasepak yg merupakan mantan murid2 Sekolah Kebangsaan Sg Binjai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru dari tahun 1977 sehingga 1983.
Yb Meru berharap kejohanan itu dapat dijadikan acara tahunan dan mendapat tepukan gemuruh dari pemain2 dan penganjur.
⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽

Sunday 3 January 2016

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
Innaa lillaHi wa innaa ilaiHi raajiuun.

Dimaklumkan Pn Dewiah Binti Hj Ahmad telah meninggal dunia pada malam ini 2 Jan 2016 beralamat di Jln Limau, Kg Bukit Kapar.
Mudahan ruhnya dilimpahi rahmat dan kasih sayang ALLAH. Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Jenazah akan dikebumikan pd esok pagi 3 Jan 2016

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌺🌸🌺🌸🌺🌸🌺

Saturday 2 January 2016

Kuliah Subuh Masjid At Taqwa

INFO SURAU

INFO SURAU
Kuliah subuh
3 jan 2016 (Ahad)
Surau Assobirin Seri Jaya
Tn. Hj. Surani Hj Sulaiman

Semua dijemput hadir
🌺🌿🌺🌿🌺🌿🌺🌿

Perlawnan persahabatan

INFO SURAU

INFO SURAU
Kuliah Subuh
3 Jan 2016 Ahad
Surau Jangidin
Ust Aizuddin bin Kamarul Zaman

Semua dijemput hadir
🌺🌹🌺🌹🌺🌹🌺

Friday 1 January 2016

Senarai JawatanKuasa Masjid At taqwa Bkt Kapar Sessi 2016-2018

INFO MASJID - INFO MASJID
Senarai JawatanKuasa Masjid At taqwa Bkt Kapar
Sessi 2016-2018

Nazir:  Ustaz Mohd Faryzan Subkhi
Timb Nazir: Tn. Hj Amer Senin
Imam1: Ustaz Hj Mohd Akdi Yaakob
Imam 2: Tn Hj. Hasal Senin
Bilal 1: Ustaz Fadzil Fuad
Bilal 2 :  Tn. Hj Jamil Siwan
SU: Ustaz Mohd Maaruf Mindar
Timb SU:  Hj Jasman Barum
Bendahari : Hj Mohd Helmi     Kamaludin
Siak 1: Hj Mustamil Dikin
Siak 2 : Hj Mohsin Hambali

Ahlijawatankuasa:
Hj. Md Jamaludin Ramlan
Hj Jamaludin Sahli
Hj Ismail Habib
Hj. Zamzam Hairudin
Encik Sidek Saad.
Puan Hjh. Hayati Shaarani
Sdra. Mohd Hafizudin Zaki bin Hairoman
Ustazah Nor Adza Arifin

Pemeriksa kira2:
Encik Mahadi Suyud
Encik Arifin Jelani

🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

Kuliah Maghrib Masjid At Taqwa

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG
Assalamualaikum ....
Hari ni 1.1.2016 merupakan tamat perkhidmatan Nazir/Ajk/pegawai Masjid At-Taqwa utk sesi yg lepas..

Berbanyak terima kasih dan tahniah di atas perkhidmatan yg cemerlang mentadbir dan memimpin masjid
...mudahan menjadi amal kebaikan yg sentiasa dikenang oleh jamaah dan penduduk kampung...semoga perkhidmatan yg ikhlas diganjari ALLAH SWT dgn sebanyak2 ganjaran.

Alhamdulillah di bawah kempimpinan yg lepas Masjid Attaqwa terus makmur.

Tahniah kpd kepimpinan yg baru dan yg dilantik semula pd hari ini...mudahan terus menyambung kecemerlangan kepimpinan yg lalu...dan menambah baik lagi jika ada kekurangan..
Mudahan kepimpinan yg baru terus bekerjasama baik dgn kepimpinan kampung agar hasrat utk mencapai visi kg 'Kg Yg Mendapat kebaikan Dan Keampunan ALLAH SWT' dpt dicapai...

Aamiiiiiin....😊
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

INFO KETUA KAMPUNG - KENDURI SEKAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG

Assalamualaikum sahabat sekampung...

'KENDURI SEKAMPUNG'

Alhamdulillah kita panjatkan setinggi2 kesyukuran kpd ALLAH SWT krn dgn limpah rahmatnya Kenduri Sekampung tlh berjalan dgn lancar dgn jayanya...

Terima kasih kpd semua yg bertungkus lumus dari awal hingga akhir...berpenat lelah...bersengkang mata ... utk memastikan program berjalan dgn lancar.

Terima kasih kpd semua penyumbang samada makanan...wang ringgit...masa dan tenaga ...mudahan ini semua menjadi amal kebaikkan yg diganjari ALLAH SWT dgn sebesar2 ganjaran..

Terima kasih kpd semua penduduk kampung yg datang bagi sama2 meraikan Kenduri Sekampung..

Mohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan dan kekhilafan ...terutamanya makanan yg tidak kecukupan krn kami tidak menjangkakan kehadhiran yg begitu ramai...

Mudahan keadaan ini memberi tanda yg baik utk kita membina bersama Bkt Kapar kpd kg yg lebih aman..makmur dan maju berpandukan syariat ALLAH SWT...sesuai dgn visi kampung...'KAMPUNG YG MENDAPAT KEBAIKKAN DAN KEAMPUNAN ALLAH SWT'....

TERIMA KASIH
masadan😊💖
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻