Monday 29 February 2016

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu Fajar dan Ishraq . Asar dan Maghrib . Maghrib dan Isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas . Sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu Azan dan Iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng (palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas . Agar orang lain boleh fahami apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri . Tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga (riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah (sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada disaat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan . Ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari(istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
🌺🌻🌿🌻🌺🌻🌿

Kuliah Maghrib Khas Masjid At Taqwa

IÑFO MASJID - JADUAL KULIAH MAC 2016

INFO PUSAT ZAKAT SALANGOR

Friday 26 February 2016

Kuliah Maghrin Masjid

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG
Pada 25.2.2015 YB Dr Hj Rani Osman dan Ketua Kg Bkt Kapar melawat orang sakit dan Tadika KEMAS serta PASTI sekitar Kg Bkt Kapar..
Sumbangan berupa hamper, peti 'first aid' dan wang ringgit diberikan kpd mereka...

INFO SURAU Kuliah subuh

INFO SURAU
KULIAH SUBUH
SURAU JANGIDIN
27/2/2016
UST RAMZI ISHAK
♻♻♻♻♻♻♻

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG
Kerja-kerja mencuci perparitan di sekitar Jln Alias, Jln Sekolah dan Jln Bahagia sedang dijalankan..
Kawasan ini kerap berlaku banjir bila hujan lebat..
Kerja-kerja dijalankan oleh pihak JKR/konsesi JKR...
🚜🚜🚜🚜🚜🚜🚜🚜

INFO SURAU Kuliah Subuh

Thursday 25 February 2016

Tawon Vs Berayan

INFO SURAU KULIAH MAGHRIB

INFO SURAU
KULIAH MAGHRIB
25 Feb 2016 Khamis
Selepas Solat Maghrib
Surau Al-Hudai Bkt.Dusun
Guru: Ust. Dahim b. Jalal
Tajuk: Fiqh Syafie

Semua muslimin-muslimat di jemput hadir.
🌻🌿🌻🌿🌻🌿🌻

INFO PENDIDIKAN

INFO PENDIDIKAN
Pendaftaran tahun 1 secara online oleh ibu bapa/ penjaga kanak2 yang lahir tahun 2010 dan 2011 yg akan bermula 1 mac hingga 30 april 2016.
Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web:
http://public.moe.gov.my
🌺🌿🌺🌿🌺🌿🌺

Monday 22 February 2016

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..
Dimaklumkan adik Faris bin Mohd Isri yang telah mengalami kemalangan di Jln Limau telah kembali ke rahmatullah pd jam 6.50 ptg tadi (22.2.2016).

Jenazah akan dikebumikan esok pagi beralamat di rumah sewa Ust Hj Ismeri b Darum di Jln Dusun Bkt Kapar...
Ta'ziah diucapkan kpd ahli keluarganya, semoga tabah degan ujian ALLAH ini....

Mudahan rohnya diampuni dan dilimpahi kasih sayang ALLAH sebanyak2nya.
Takziah diucapkan kpd ahli keluarganya

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Lebuhraya Pantai Barat (WCE)

Kuliah Maghrib Masjid At-Taqwa

INFO SURAU Kuliah Maghrib

Sunday 21 February 2016

INFO SURAU

INFO SURAU
Kuliah maghrib
21 Feb 2016
Surau darussolahiyyah
Paya Barat
Utz. Aziz Mudakir

Semua dijemput hadir
🌻🌿🌻🌿🌻🌿🌻

INFO PEKERJAAN

INFO PEKERJAAN
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan sebagai Petugas pada Musim Haji 1437H/2016 untuk jawatan seperti berikut :-

JAWATAN: TUKANG MASAK
LOKASI: MAKKAH & MADINAH ( LUAR NEGARA)
KEKOSONGAN: 40 ORANG

Kelayakan :-
- Lelaki Islam
- Berumur 25 hingga 45 tahun
- Sihat Tubuh Badan dan bebas dari penyakit - Darah Tinggi, Kecing Manis,                                               Sakit Jantung, Batuk Kering (Tibi) Hepatitis (A,B,C), Gout dan penyakit Kronik.
- Tempoh Kontrak ditawarkan di antara 60 hingga 75 hari
Memiliki Sijil / Diploma dalam bidang masakan dan sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman dalam bidang masakan melayu.
- Berpengalaman memasak dalam kuantiti yang banyak diantara 3000 hingga 5000 pax dalam satu masa
- Boleh bekerja dibawah penyeliaan dn pengawasan yang minima
- Berdedikasi dan bertanggungjawab di atas tugas yang di amanahkan.

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan permohonan yang lengkap dan sekeping gambar bersaiz passport ke alamat berikut sebelum atau pada 15 Mac 2016.

TH GLOBAL SERVICES SDN BHD
LANTAI 17 BANGUNAN TABUNG HAJI,
201 JALAN TUN RAZAK,
50400 KUALA LUMPUR.

FAKS : 03-21611700
TELEFON : 03-21622700

atau emailkan kepada :-

mashitah@thhotels.com.my
suhailin@thhotels.com.my
rozaimiabdulrahimthgs@gmail.com
rozaimirahim@thhotels.com.my
🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2039.

Yahya bin Musa menceritakan kepada kami, dia berkata: "Aku berkata kepada Abdur Rahim bin Harun Al-Ghassani, Apakah AbdulAziz bin Abi Rawad menceritakan kepada mu dari Nafi' dari Ibnu Umar dari Rasulullah S.A.W, bersabda:

"Jika seseorang berdusta maka malaikat menjauhinya sejauh satu batu kerana busuknya perbuatan dusta yang dia lakukan".

Yahya berkata: "Abdur Rahim bin Harun mengakuinya dan berkata: "Ya". Hadis ini adalah hasan. Aku tidak mengetahuinya selain dari sanad ini. Abdur Rahim bin Harun meriwayatkan hadis ini sendirian.
🌻🌼🌻🌼🌻🌼🌻

Kuliah Maghrib Masjid At-Taqwa

Saturday 20 February 2016

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG
Hari ini 20.2.2015 waris warga emas yang telah meninggal dunia menerima sumbangan fasa 2 SMUE (Skim Mesra Usis Emas) sebanyak RM 1500..
Sumbangan sebanyak RM 1000 telah diterima sebelum ini...

Seramai lebih kurang 50 waris dari DUN meru , DUN sementa dan DUN Sg Pinang menerima sumbangan tersebut...
🍁🌿🍁🌿🍁🌿🍁

INFO KETUA KAMPUNG Lawatan kerja Ketua-Ketua Kampung Daerah Sepang ke Kg Bukit Kapar

INFO KETUA KAMPUNG
Lawatan kerja Ketua-Ketua Kampung Daerah Sepang ke Kg Bukit Kapar pada 19.02.2016. Seramai  lebih kurang 36 peserta datang ke Kg Bukit Kapar sempena Kg Bukit Kapar dinobatkan sebagai juara Kampung Tradisi Terbaik Peringkat Negeri Selangor 2015. Peserta dibawa melawat ke kandang kuda, pusat sukan memanah(Meru Riding Club) dan gelanggang gasing. Turut hadir Yb Dr Rani bin Osman dan Pegawai Daerah Sepang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Sepang dan penghulu-penghulu mukim Daerah Sepang...
🍂🌼🍂🌼🍂🌼🍂

Friendly Match MTFC Vs ASFC

INFO BIRO BELIA & SUKAN Bengkel Asas Hias Kek Cawan

INFO BIRO BELIA & SUKAN
Hari ini sabtu 20 Feb 2016 satu Bengkel ASAS HIAS KEK CAWAN telah berjalan dengan lancar. Program Khusus untuk Beliawanis yang dianjurkan oleh Biro Belia & Sukan, JKKK kampung Bukit Kapar ini mendapat sambutan daripada para beliawanis Kampung Bukit Kapar. Semoga Beliawanis-beliawanis Kampung Bukit Kapar dapat mengambil manfaat daripada program-program yang dianjurkan oleh Biro Belia & Sukan, JKKK Kampung Bukit Kapar pada masa-masa akan datang.
🌻🍁🌻🍁🌻🍁🌻

INFO SURAU Kuliah Subuh

INFO SURAU
Kuliah Subuh
21 Feb 2016 Ahad
Surau Jangidin
USTAZ IDRUS ALI

#SARAPAN DISEDIAKAN
Semua dijemput hadir
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Kuliah Subuh 21 Feb Surau Al Falah

Kuliah Subuh 21 Feb 2016 Masjid


INFO AD-DEEN Hadis Sunan At-Termizi

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3577.

Abdul Warits bin Abdush Shamad bin Abdul-warits menceritakan kepada kami, dia berkata: Ayahku menceritakan kepada kami,dia berkata: Muhammad bin Tsabit Al Bunnani menceritakan kepada kami, ayahku menceritakan kepada kami dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Jika kamu melalui taman-taman syurga maka makan minumlah", mereka bertanya: "Apa itu taman syurga?" Beliau bersabda: "Lingkaran orang-orang yang berzikir."

Hadis ini adalah hasan  dari sanad ini dari hadis Tsabit dari Abi Anas.(zikir adalah makanan dan minuman rohani)
🌸🍂🌸🍂🌸🍂🌸

Thursday 18 February 2016

INFO SURAU - Kursus Haji khusus utk muslimat

INFO SURAU
Kursus Haji khusus utk muslimat
Tarikh : 21 Jan 2016
Masa : 2.00 - 4.30ptg
Hari : Khamis
Lokasi : Surau Al Huda Jalan Dusun
Penceramah : Hjh Siti Rubiah binti Abd Wahab
Pendaftaran : RM 30
Buku Fardu Ain Haji RM20
Jumlah kursus : 5 siri
Tarikh : 21 Jan         
              04 Feb
              18 Feb
              03 Mac
              17 Mac

Tentatif program :
2.00pm : Pendaftaran   
2.10pm : Ucapan Dari pengerusi Majlis
2.15pm - 4.15pm : Slot Kursus Haji
4.15pm - 4.30pm : Jamuan ringan/bersurai
🌻🍁🌻🍁🌻🍁🌻

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4258.

Mewartakan kepada kami Mahmud bin Ghailan; mewartakan kepada kami Al-Fadhl bin Musa, dari Muhammad bin 'Amr, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Banyak-banyaklah kamu mengingat perkara yang akan menghancurkan segala kenikmatan, yaitu maut".

Hadis ini hasan
🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼

INFO SURAU Kuliah Maghrib

INFO SURAU
Kuliah Maghrib
18 Feb 2016 (malam ini)
Surau Jangidin
Ust Faryzan Subkhi

Semua di jumput hadir
🌸🍂🌸🍂🌸🍂🌸

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG
Alhamdulillah..
Rumput yg tinggi yg mengganggu pemandangan lalulintas di simpang Jln Iskandar/Jln Limau dan Jln Durian/Jln Dusun telah dipotong rumputnya oleh JKKK..
Seterusnya di simpang2 yg lain yg rumputnya panjang..
Mohon penduduk beritahu jika ada rumput yg panjang di simpang2 jalan.

Tuesday 16 February 2016

INFO KEMALANGAN

INFO KEMALANGAN
Kemalangan depan shell Meru.. kancil bertembung dengan lori lebih kurang kul 10 pg tadi.. Pemandu bernama Maira Nur Batrisyia binti Muhamad Mohid, tinggal di Taman Desa Bukit Permata, Jln Rebung, Bukit Kapar.. tiada info setakat tentang pemandu.. hanya waris terdekat telah dimaklumkan..
🚗🚗🚗🚗🚗🚗

Karnival Jom JPJ Negeri Selangor

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun..
Dimaklumkan pagi ni jam 6.15 pg 16.2.2016 Sdr Mohd Nazrul b. Mohd Yusuf  telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya, tinggal di lot 2312 Jln Dusun Kg Bkt Kapar. Jenazah telah dihantar ke hospital Klang..

In sha ALLAH jenazah akan dikebumikan selepas zuhur.

Mudahan rohnya diampuni dan dilimpahi kasih sayang ALLAH sebanyak2nya.
Takziah diucapkan kpd ahli keluarganya

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Kuliah Maghrib Masjid

Maklum pemindahan klinik gigi