Friday 5 February 2016

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadith Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadith Nombor 3579.

Yusuf bin Isa menceritakan kepada kami, Salamah bin Warrah memberitahukan kepada kami dari Anas bin Malik: "Bahawa seseorang datang kepada Rasulullah S.A.W lalu bersabda:

"Wahai Rasulullah apa doa yang paling utama?" Beliau bersabda: "Mintalah kepada Tuhan mu kesihatan dan perlindungan di dunia dan akhirat", kemudian dia datang kepada Beliau pada hari yang kedua lalu berkata: "Wahai Rasulullah! apa doa yang paling utama?" Lalu beliau bersabda seperti tadi. Dia datang kepada beliau pada hari ketiga, kemudian berkata kepada beliau seperti tadi, maka beliau bersabda: "Jika kamu diberi perlindungan di dunia dan diberi perlindungan di akhirat maka benar-benar kamu beruntung."

Hadith ini adalah hasan dari sanad ini yang kami mengetahuinya dari hadith Abu Salamah bin Wardan.
🌷🌲🌷🌲🌷🌲🌷

No comments:

Post a Comment