Thursday 31 March 2016

INFO SYABAS

INFO SYABAS

Gangguan bekalan air berlaku di sekitar Kg Bukit Kapar ekoran dari paip pecah di Jalan Sebaya. Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan dan maklumat terkini bahawa kerja pembaikan dijangka selesai pada pukul 7.00PM. Sekian Dimaklumkan.
‼‼‼‼‼‼‼

Jadual kuliah Surau Al Falah Bt8

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1171.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Siapa yang merosak nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil,sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya."
☪🕌☪🕌☪🕌☪

Jadual kuliah Masjid At Taqwa

INFO PERNIAGAAN

INFO PERNIAGAAN

PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN BERMULA 1 APRIL
Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengeluarkan borang permohonan permit Bazar Ramadan 2016 bermula 1 hingga 30 April ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, terdapat sebanyak 37  tapak dan 2000 petak bazar disediakan bagi tahun ini.

"Peniaga yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di Pusat Info,Lobi MPK  dan menyediakan beberapa dokumen termasuk mempunyai lesen perniagaan  yang sah daripada Majlis.

“Kadar bayaran bagi tapak jualan makanan RM150 dan RM130 (jika melibatkan tapak pasar malam) dan bayaran tambahan sebanyak RM60 kepada peniaga yang menjual air tebu dan kelapa,” katanya

Norfiza berkata, pemohon juga perlu menunjukkan suntikan Tifoid dan bayaran permit atau perniagaan sedia ada semasa menghantar borang serta wajib menghadiri ceramah kesihatan perdana yang diadakan.

Katanya, bagi Bazar Ramadhan Jalan Taiping,bidaan untuk petak-petak berkenaan akan bermula pada harga RM3,500 dan kaedah berkenaan diwujudkan  bertujuan mengelakkan petak dijual dan disewakan seperti sebelum ini...

📰JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MPK
💰💰💰💰💰💰💰

Wednesday 30 March 2016

Kuliah Maghrib Masjid At Taqwa

INFO AD-DEEN

Petua Memilih Kawan dari Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Monday 28 March 2016

Kuliah Maghrib Masjid At Taqwa

INFO WANITA

INFO WANITA
Jadual Kuliah Muslimat di Masjid At-Taqwa
Jam 3.00 petang

1. 28 Mac 2016 Isnin
Guru: Ust Ahyar
Tajuk: Tajwid

2. 30 Mac 2016 Rabu
Guru: Ust Rafiq
Tajuk: Umum

3. 01 Apr 2016 Jumaat
Guru: Ust Noraziz
Tajuk: Feqah

Tolong war-warkan pada yang tak ada whatsapp. Tksh..
🌻🌷🌼🌻🌼🌷🌻

Sunday 27 March 2016

INFO IT

INFO IT
Tahukah anda?
Anda boleh ringankan whatsapp yang menyebabkan hp anda jadi lembab, tersekat2 dengan cara memadam dan membuang mesej2 serta gambar2 yang lepas.

Caranya:
1. Buka whatsapp rakan, whatsapp group atau whatsapp broadcast group yg nak di bersihkan,
2. Tekan sentuh 3 titik sebelah atas kanan atau menu
3. Pilih 'More' (Lagi)
4. Pilih 'Clear chat' (Padam sembang)
5. Dalam Clear chat? (Padam sembang?)

    Pilih antara satu:
    o All Messages 'clear all' (Padam semua)
    (pilihan ini akan memadamkan SEMUA msg2, gambar2, audio2, video2 whatsapp anda sahaja.)
    o Messages older than 30 days (mesej berusia lebih 30 hari)
    o Messages older than 6 month (mesej berusia lebih 6 bulan)

    👉Pilih Clear (Padam)

6. Tunggu tamat prosess.

👍Selamat mencuba..
📲📲📲📲📲📲📲

Kuliah maghrib masjid

INFO TRAFIK

INFO TRAFIK

Makluman kepada semua penduduk Kg Bkt Kapar...
Hari ini 27.3.2016 Jalan Meru terutama di Pekan Meru mengalami kesesakan lalu lintas,ia disebabkan lawatan kaum cina yang beragama budha ke Fairy Fark Meru. Oleh yang demikian elakkan menggunakan jalan tersebut supaya anda tidak terperangkap dalam kesesakkan, gunakan jalan altenatif ,kami doakan semoga perjalanan anda lebih lancar dan selamat...sekian.
🚐🚚🚙🚛🚕🚗🚑

Saturday 26 March 2016

Kuliah subuh Masjid

Kuliah subuh Masjid

Program pelancaran Tabung Waqaf

INFO MASJID AT-TAQWA
Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar buat julung kali nya akan melancarkan TABUNG WAQAF AM pada malam ini 26 Mac 2016 sebelum Kuliah Maghrib Khas 'Bicara 3G'. Program pelancaran Tabung Waqaf ini akan dirasmikan oleh Ketua Kampung Tn Masadan Mohsen. Sesiapa yang berhajat untuk berwaqaf, bolehlah menghubungi Nazir masjid atau Bendahari masjid.
Terima Kasih
☪🕌☪🕌☪🕌☪

Kuliah maghrib khas 'Bicara 3G'

Friday 25 March 2016

INFO AD-DEEN

Tergesa-gesa itu dari Syaitan, kecuali pada 5 perkara:
1⃣ Menjamu tetamu
2⃣ Memakamkan mayat
3⃣ Menikahi gadis
4⃣ Melunaskan hutang
5⃣ Bertaubat dari dosa

Hilyatul Auliya' Li Abi Nu'aim (8/82)
● العجلـة مـن الشيطـان إلا فـي خمـس :

١) إطعـام الضيـف.
٢) تجهيـز الميـت.
٣) تزويـج البكـر.
٤) قضـاء الديـن.
٥) التوبـة مـن الذنـب.

[الحليـة لأبـي نعيـم (٨ / ٨٢)]
🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸🌿

KULIAH MAGHRIB AT TAQWA

Kuliah Maghrib malam ini disampaikan oleh Ustaz Marzuki Burhanudin

INFO DARI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Thursday 24 March 2016

INFO KEMALANGAN

Kejadian berlaku di jalan sekolah berhadapan sek KEB B. Kapar di lintasan zebra. Mangsa adik Wan Nabell bin Azizan dari 3 Budi. Masa kejadian 12.28pm disebabkan rempuhan oleh penunggang motorsikal no plate BHD 5301. Kecederan agak teruk pendarahan di kepala Dan kecederan di kaki. Sebab kemalangan menunggang dgn laju dan tidak berhati2 di kawasan sekolah. Mangsa telah di hantar ke klinik kesihatan meru.

Pembukaan Gelanggang & Pengambilan Ahli Baru Sesi 2016 oleh Persatuan Seni Silat Saudara

Mesyuarat Agung PIBG ke 13 SAMNI

INFO KERJAYA

INFO KERJAYA

KARNIVAL KERJAYA @ MAEPS SERDANG

Tarikh: 26 Mac 2016
Tempat: Dewan C, MAEPS
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

SENARAI MAJIKAN TURUT SERTA:

1. SMK Electronics (M) Sdn Bhd
2. Giesecke & Devrient
3. APM Corporate Services Sdn Bhd
4. Mewah-Oils Sdn Bhd
5. Seacera Group Berhad
6. Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
7. Top Thermo Mfg (M) Sdn Bhd
8. Hartalega NGC Sdn Bhd
9. Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd
10. Southern Acids Industries Sdn Bhd
11. Denso (Malaysia) Sdn Bhd
12. Hanwha QCells Sdn Bhd
13. Kumpulan Media Karangkraf
14. Boh Plantations Sdn Bhd
15. F&N Dairies Sdn Bhd
16. Tan Chong Motor Group
17. DRB-HICOM Berhad
18. Konsortium Logistik Berhad
19. Euromobil Sdn Bhd
20. Hicom HBPO Sdn Bhd
21. Pos Malaysia Berhad
22. KL Airport Services Sdn Bhd
23. Sime Darby Property Berhad
24. Protasco Berhad
25. Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor
26. Concorde Group (KLIA & Shah Alam)
27. The Royale Bintang Kuala Lumpur
28. Global Facilities Management
29. Westports Malaysia Sdn Bhd
30. STT Technologies Sdn Bhd
31. Fresenius Medical Care Malaysia Sdn Bhd
32. Safeguards G4S Sdn Bhd
33. Rahhill Bersekutu Sdn Bhd
34. Alam Flora Sdn Bhd
35. Honda Malaysia Sdn Bhd
36. Thai Odyssey Sdn Bhd
37. Golden Scoop Sdn Bhd
38. Trendcell Sdn Bhd
39. AEON Index Living Sdn Bhd
40. Sports Direct MST Sdn Bhd
41. 99 Speedmart Sdn Bhd
42. Home Product (M) Sdn Bhd
43. Parkson Corporation Sdn Bhd
44. PNB Commercial Sdn Bhd
45. ASTRO Group Services Sdn Bhd
46. Phablet Sdn Bhd (iMalaysian.com)
47. Hap Seng Management Services Sdn Bhd
48. Renesas Semiconductor KL Sdn Bhd
49. TCIM Sdn Bhd
50. HR Management
51. Padini Holdings Sdn Bhd

Kepada sahabt2...anak2....jiran mua yg ingin mencari peluang pekerjaan bolehlah hadir dan bawa resume anda bersama
💵💵💵💵💵💵💵

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3225.

Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Malik bin Mughawwil memberitahukan kepada kami, dari Abdur Rahman bin Said bin Wahb Al-Hamdani bahawa Aisyah isteri Nabi S.A.W berkata:

"Aku bertanya tentang ayat ini: (Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut), (Al-Mu'minun: 60), apakah mereka itu orang-orang yang meminum dan mencuri?" Beliau bersabda:

"Tidak, hai anak perempuan Ash Shiddiq, tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, solat dan bersedekah sedangkan mereka takut kalau tidak diterima amal kebaikan mereka, merekalah orang-orang yang cepat dalam kebaikan-kebaikan dan mereka berlumba untuknya"

Hadis ini hasan diriwayatkan dari Abdur Rahman bin Sa'id dari Abi Hazim dari Abi Hurairah dari Nabi S.A.W seperti ini.
📚🕌📚🕌📚😬📚

Wednesday 23 March 2016

Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKBK ke 40

Seminar Agrogems Selangor

INFO SKBK

INFO SKBK
Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar

Esok Aktiviti kokurikulum akan berjalan seperti biasa. Walaubagaimana pun aktiviti akan hanya melibatkan aktiviti kelab Dan unit uniform (bukan aktiviti di tempat terbuka). Tiada aktiviti sukan & permainan.
Waktu kokurikulum utk hari esok:
Sesi pagi : 7.45 - 9.45
Sesi petang : 2.30 - 4.30

Makluman Dari unit kokurikulum SK Bukit Kapar
📚📚📚📚📚📚📚

Tuesday 22 March 2016

Liga Sukan untuk semua (LiSUS)

Tawaran Yayasan Universiti Multimedia

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2209.

Dari Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda :

'Takutlah kamu akan berbuat zalim. Kerana perbuatan zalim itu menyebabkan kegelapan kelak di hari kiamat. Dan takutlah kamu akan berlaku bakhil. Kerana berlaku bakhil itu telah membinasakan orang-orang yang sebelum kamu kerana telah menyebabkan mereka saling menumpahkan darah dan menyebabkan mereka melanggar larangan (segala yang diharamkan) Allah.
🕌📚🕌📚🕌📚🕌

Monday 21 March 2016

INFO SAMNI

INFO SAMNI

SEKOLAH AGAMA MENENGAH NURUL IMAN..BUKIT CERAKAH.

Assalamualaikum...sek telah beri taklimat tentang isu panas melampau dlm perhimpunan pg td  anataranya :
a. minum air yg cukup...3 liter dptkan air dr sukida
b.aktiviti pj di bawah bumbung
c.hubungi guru bertugas jika berlaku perkara yg tidak diingini
d.sebarang latihan luar yg melibatkan pelajar ditangguhkan...contoh bola sepak
e.sentiasa patuhi arahan sekolah ppd jbtn dan kpm dan kkm
sekian.tk

Drpd,
Puan Junainah
Pngtua SAMNI
📚📚📚📚📚📚📚📚

Kuliah Maghrib Masjid

INFO TRAFIK

🚦INFO TRAFIK🚦

Kemalangan jalanraya berlaku di simpang 3 Jln Sg Buloh - Puncak Alam. Di Persiaran Mokhtar Dahari sebentar tadi.

Kpd sesiapa yg ingin menghala ke Sg Buloh menggunakan jln Shah Alam - Sg Buloh atau ingin menghala ke Puncak Alam atau dari Sg Buloh ke Shah Alam,dinasihatkan untuk mencari laluan alternatif lain

🚦🚗🚕🚙🚛🚌🚦

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 3080.

Maksudnya :"Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Jarir memberitahukan kepada kami dari Qabus bin Abu Dzabyan dari ayahnya dari Ibnu Abbas, ia berkata :"Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya seseorang yang didalam hatinya tidak ada sesuatu dari Al Quran adalah seperti rumah yang rosak".

Hadis ini hasan sahih.
📚🕌📚🕌📚🕌📚

Jawatan kosong MAIS

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Dun MERU 2016.

INFO KETUA KAMPUNG

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang  (APC) Dun MERU 2016.

Kelayakan & Syarat2. Keputusan peperiksaan tahun 2015.

KALAYAKAN:
*Upsr - 5A
*Psra - Mumtaz
*PT3 - 8A
*SPM- 7A
*SMA- Mumtaz
*STPM - 3.5
*STAM- Mumtaz
*Tahfiz - 30 juzuk.

SYARAT2:
1. Mykad Pelajar, Ibu & Bapa beralamat di DUN Meru.
2. Ibu & Bapa adalah pengundi SPR Dun Meru.
3. Sila hantar salinan2 keputusan peperiksaan, Mykad pelajar & ibubapa bersama no phone yg aktif hingga 30 Mac 2016 ke Pusat Khidmat Masyarakat sahaja.
4. Peserta yang melepasi syarat2 & berjaya akan dihubungi urusetia program melalui phone & surat jemputan.
📚📚📚📚📚📚📚

INFO WANITA Jadual Kuliah Muslimat

INFO WANITA
Jadual Kuliah Muslimat di Masjid At-Taqwa
Jam 3.00 petang

1. 21 Mac 2016 Isnin
Guru: Ust Ahyar

2. 23 Mac 2016 Rabu
Guru: Ust Hidayat

3. 25 Mac 2016 jumaat
Guru: Ust kamal

Tolong war-warkan pada yang tak ada whatsapp. Tksh..
🌻🌷🌼🌻🌼🌷🌻

Sunday 20 March 2016

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2315.

Mahmud bin Ghailan menceritakan kepada kami, Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami, Makmar memberitahukan kepada kami dari Hamman bin Munabbih dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Hari kiamat tidak datang sehingga muncul para pendusta iaitu dajjal-dajjal mendekati tiga puluh orang setiap mereka mengaku bahawa dia utusan Allah."

Dalam bab ini terdapat hadis dari Jabir bin Samurah dan Ibnu Umar. Hadis ini adalah hadis hasan sahih.
🍁🌷🍁🌷🍁🌷🍁

INFO SKBK

INFO SKBK
Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar

Sekolah akan dibuka seperti biasa esok 21 Mac 2016 dan pihak sekolah berharap ibubapa dapat membekalkan air minuman yg mencukupi untuk anak masing2. Ini bersesuaian dengan cuaca panas melampau disamping pihak Sekolah Dan PIBG akan menyediakan "water station" bagi pelajar menambah bekalan air...
📚📚📚📚📚📚📚

INFO MASJID

INFO MASJID
Kuliah maghrib Masjid At-Taqwa ditangguhkan kerana Ustaz Zamri Syafik yang dijadualkan kuliah malam ini tidak dapat hadir, harap maklum.
🌸🌿🌸🌿🌸🌿🌸

INFO MASJID
Info terkini.. Kuliah maghrib di Masjid At Taqwa Kg Bukit Bapar malam ini akan disvampaikan oleh Tuan Hj Amir bin Senin, insyaAllah
🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Saturday 19 March 2016

INFO SURAU KULIAH SUBUH

INFO SURAU
KULIAH SUBUH
20-Mar-2016 Ahad
Selepas Solat Subuh

1. Surau Al-Huda Bkt.Dusun
Guru: Ust.Tasrudin b.Marpongi

2. Surau AlFalah Bt.8
Guru: Tn Hj Hasnol Suleiman

3. Surau Jangidin
Guru: Ust Idrus Ali
Sarapan: disediakan

4. Surau As-Sobirin, Seri Jaya
Guru: Tn Hj Surani Hj Sulaiman

Semua muslimin-muslimat di jemput hadir.

INFO MASJID KULIAH SUBUH

INFO MASJID
20 Mac 2016 Ahad
Kuliah Subuh
Ust. Muhamad bin Ahmad

Semua dijemput hadir
☪🕌☪🕌☪🕌☪

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Dari Usman bin Affan r.a katanya Rasulullah S.A.W bersabda:

Barangsiapa yang berwuduk dengan sempurna , maka keluarlah segala dosa dari tubuhnya hingga dari bawah kukunya juga.
🌸🌾🌸🌾🌸🌾🌸

Kuliah Maghrib Khas Masjid

Jemputan keseminar pembiayaan usahawan

Friday 18 March 2016

INFO JENAYAH

INFO JENAYAH
Perhatian motosikal Hj Alwi pemandu van jenazah hilang di masjid pagi tadi/Legenda warna hitam  BKD2848 sesispa yg terjumpa tlg  gi tau
🏍🏍🏍🏍🏍🏍🏍

Kuliah Subuh Masjid

INFO SURAU - Kuliah Subuh & Maghrib

Pesanan Sultan Muhammad Al Fateh

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2583.

Maksudnya : Hannad menceritakan kepada kami, Waki' memberitahukan kepada kami dari Ar Rabi' bin Shabih dari Yazid bin Aban iaitu Ar Raqasyi dari Anas bin Malik berkata :"Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang akhirat menjadi cita-citanya, maka Allah menjadikan ia kaya hatinya dan mengumpulkan baginya segala urusannya yang bermacam-macam dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk kepadanya. Dan barang siapa yang dunia menjadi cita-citanya maka Allah menjadikan kefakiran di antara kedua matanya dan memisahkan urusan-urusannya dan dunia tidak datang kepadanya melainkan apa yang telah ditentukan baginya".

Hadis ini hasan
☪🕌☪🕌☪🕌☪

Wednesday 16 March 2016

Kem Bestari Solat di Masjid At-Taqwa

INFO MASJID AT-TAQWA
Kem Bestari Solat di Masjid At Taqwa pada 16 Mac 2016.

Seramai 322 orang peserta lelaki dan perempuan telah menyertai Kem Bestari Solat di Masjid At Taqwa hari ini. Ketua Kampung Bukit Kapar En Masadan bin Mohsin telah merasmikan program tersebut. Peserta Kem terdiri dari perlajar2 berumur dari 8 tahun sehingga 15 tahun. Kebanyakan peserta terdiri dari anak2 warga Info Bukit Kapar. Terima kasih ibu bapa iBK Admin ucapkan.

Tahniah juga diucapkan kepada Biro Pendidikan JKKK Bukit Kapar & Biro Muslimat Masjid At-Taqwa yang telah berkerja keras menjayakan Kem Bestari Solat ini. Kem telah berjalan dengan lancar dan telah berakhir pada waktu asar tadi.
🕌☪🕌☪🕌☪🕌

INFO KEBAKARAN

INFO KEBAKARAN
Rabu 16 mac kebakaran telah berlaku di kedai runcit Hikmah di Jln Limau Bukit Kapar pada tengahari tadi akibat litar pintas. Mesin parut kelapa dan peti ais yg terbakar. Barangan yang lain selamat.
Jiran kedai sempat mencabut fius utama dan kebakaran dapat dipadamkan.
Peringatan untuk semua penduduk kampung supaya berhati hati dalam membuat penyambungan kabel eletrik agar pekara saperti ini dapat di elakkan.
🚒🔥🚒🔥🚒🔥🚒

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBK

INFO SEK KEB BKT KAPAR.

MESYUARAT AGUNG PIBG Kali ke 40 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 26 Mac 2016
Hari: Sabtu
Masa: 7.45 pg
Tempat: Sek Keb Bkt Kapar

Semua ibubapa dan penjaga dijemput hadir bagi kemajuan pelajaran
anak...

"Kecemerlangan sekolah dan anak-anak bermula daripada kesepaduan dan kesepakatan ibubapa dan guru"
📚📚📚📚📚📚📚

Dana Usahawan Mikro Selangor

Monday 14 March 2016

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
        اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.

Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

Dimaklumkan petang tadi 14.3.2016 Pn Hjh Komaliah Bt Johar telah meninggal dunia.
Beliau tinggal di Jalan Bkt Cerakah , Kariah Hamdani, Bkt Kapar..

Jenazah akan dikebumikan pada esok pagi.

Takziah diucapkan kpd ahli keluarganya dan moga bersabar dgn ujian ALLAH...

Mudahan rohnya diampuni dan dilimpahi kasih sayang ALLAH sebanyak2nya.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

INFO KESIHATAN

INFO KESIHATAN

STOP VAPING, START HEALING: E-ROKOK & ‘POPCORN LUNG’

Oleh: Dr Firdaus Azim

Satu kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan saintis dari Harvard School of Public Health pada hujung tahun 2015 telah mendapati sejenis bahan kimia diasetil (diacetyl) dijumpai dalam 75% e-rokok berperisa dan cecair isiannya. Diacetyl telah dikaitkan dengan sejenis penyakit peparu yang dikenali sebagai ‘popcorn lung’ (peparu jagung bertih).

‘Popcorn lung’ atau ‘bronchiolitis obliterans’ adalah sejenis penyakit serius di mana tisu pada pundi udara (‘air sac’) peparu menjadi parut. Sehingga kini, satu-satunya rawatan bagi memulihkan keadaan ini adalah melalui pemindahan peparu. Pesakit mengalami batuk-batuk dan sesak nafas sebagaimana yang dilihat dalam pesakit yang mengalami penyakit pulmunari (peparu) sumbatan kronik (COPD) dan lelah (asthma).

Pesakit menunjukkan simptom penyakit ini secara perlahan-lahan. Pesakit juga boleh menghadapi demam, berpeluh pada waktu malam dan hilang berat badan. Penyakit memerlukan kepada beberapa jenis ujian seperti pemeriksaan fungsi peparu, x-ray dan CT scan. Hanya melalui biopsi tisu peparu sahaja dapat membuat pengesahan ke atas penyakit berkenaan.

Maka, adakah kita masih mahu mengambil mudah akan isu ini?

Usaha memerangi budaya vaping atau apa sahaja bentuk rokok yang jelas mendatangkan 1001 keburukan memerlukan kepada usaha yang berterusan. Pendidikan awam memerlukan kepelbagaian pendekatan dan berkreativiti bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran.

Sumber:
1. http://ehp.niehs.nih.gov/wp-content/uploads/advpub/2015/12/ehp.1510185.acco.pdf

2. http://www.cdc.gov/niosh/topics/flavorings/

3. http://www.medicinenet.com/popcorn_lung_symptoms_and_causes/views.htm
🌹🍁🌹🍁🌹🍁🌹