Tuesday 8 March 2016

INFO AD DEEN

INFO AD-DEEN
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 2565.

Maksudnya :Muhammad bin Yahya Al-Azdi Al-Bashri menceritakan kepada kami, Abdush Shamad bin Abdul-Warits memberitahukan kepada kami, Hasyim bin Sa'id Al-Kufi memberitahukan kepada kami, Zaid Al-Khats'ami menceritakan kepada kami dari Asma' binti Umais Al-Khats. 'Amiyyah berkata: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

"Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang membanggakan diri dan sombong dan lupa kepada Zat Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang sombong dan sewenang-wenang dan lupa kepada Zat yang Maha Kuat lagi Maha Tinggi.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang lupa dan bersenang-senang dan lupa kuburan dan kebusukan.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang sombong dan melampaui batas dan lupa permulaan dan kesudahannya.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang mencari dunia dengan perbuatan akhirat.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang mencari akhirat dengan perkara-perkara yang syubhat (samar).

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang dituntun oleh kerakusan.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba pemuas hawa nafsu yang menyesatkannya.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang pencinta (dunia) yang merendahkannya".

Ini hadis hasan dari sanad ini.
📚☪📚☪📚☪📚

No comments:

Post a Comment