Wednesday 13 April 2016

INFO JALANRAYA

INFO JALANRAYA

Hari ini 13.4.2016 pihak Konsesi JKR  sedang menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan menurap Jln Limau Bkt Kapar sedang dijalankan.
Moga penduduk Bkt Kapar dapat menggunakan jln tersebut dengan selesa dan lebih selamat oleh kerana sebelum ini jalan tersebut banyak kerosakan yang menyebabkan berlaku kemalangan sehingga berlaku kematian.
Bagaimanapun penduduk dinasihatkan memandu dengan berhati-hati, berwaspada dan berhemah oleh kerana di pengguna jalanraya di Kg Bkt Kapar terdiri daripada pelbagai golongan seperti orang tua, wanita dan budak remaja yg sebahagian besarnya kurang memahami peraturan jalanraya.
Makluman berikutnya pihak JKKK difahamkan pada bulan Mei nanti Jln Kempas yang banyak berlaku kerosakan akan dibaiki dan diturap semula. Kita berdoa agar perancangan tersebut dapat terlaksana.
🚛🚲🚕🏍🚙🚲🚚

No comments:

Post a Comment