Friday 22 April 2016

INFO MES - TAWAS Penjelasan Berkenaan Penutupan Akaun Sijil Simpanan Tetap TAWAS -Ambank

INFO MES - TAWAS
Penjelasan Berkenaan Penutupan Akaun Sijil Simpanan Tetap TAWAS -Ambank

Untuk makluman tuan/puan, sms ini hanya merujuk kepada ahli Tawas yang telah mendapat Sijil Simpanan Tetap Tawas AmBank. Di awal pelaksanaan program Tawas dulu, anak anak Tawas akan mendapat Sijil Simpanan Tetap Tawas AmBank bernilai RM100.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2014 Yawas sudah tidak bekerjasama dengan AmBank kerana telah digantikan dengan Penyata Simpanan Tawas yang dikeluarkan sendiri oleh Kerajaan Negeri bernilai RM 1500.

Oleh yang demikian pada ibu bapa yang telah mengambil Sijil Simpanan Tetap Tawas AmBank tersebut, dikehendaki untuk membuat penutupan akaun bagi melayakkan ahli Tawas mendapat manfaat khairat kematian.

Ini bermaksud sekiranya anak meninggal sebelum usia 18 tahun ibubapa boleh membuat tuntutan khairat kematian RM1500.

Sekiranya tidak maka tuntutan khairat kematian hanya bernilai rm100.

Walaubagaimanapun sekiranya anak sihat walafiat waktu pengeluaran (usia 18 tahun) nanti anak dikehendaki mengambil rm100 daripada AmBank dan balance rm1400 daripada tawas.

Untuk makluman, bagi ibubapa yang telah buat penutupan akaun, RM100 tersebut akan dikembalikan semula kepada Kerajaan Negeri dan apabila anak mencapai usia 18 tahun kelak mereka akan mendapat RM 1500.

Pemegang amanah dikehendaki hadir ke cawangan AmBank seperti yang tertera dalam sms dengan membawa Mykid/Sijil Lahir anak, IC pemegang dan juga Sijil Simpanan Tetap Tawas.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat TAWAS 0354818830 / 8832 / 8811

No comments:

Post a Comment