Tuesday 26 April 2016

INFO SELANGOR Empangan Sungai Selangor turun 2%

INFO SELANGOR
Empangan Sungai Selangor turun 2%, orang ramai mesti berjimat
Apr 26 2016 / Ezli
OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 APR: Empangan Sungai Selangor mencatatkan penurunan 2.42 peratus berbanding minggu lalu menjadikan paras takungan ketika ini sebanyak 63.70 peratus.

Rata-rata empangan lain di seluruh Selangor turut mengalami penurunan antara dua hingga tiga peratus.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Empangan Batu mencatatkan takungan 70.49 peratus, Semenyih (68.51 peratus) dan Langat (75.25 peratus).

air pahangManakala empangan Tasik Subang mencatatkan takungan 84.69 peratus dan empangan Sungai Tinggi (75.05 peratus).

Selain itu, empangan Klang Gates pula mencatatkan 61.02 peratus dan Kolam Takungan Sungai Labu pula 46.60 peratus dicatatkan.

Sebelum ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri memantau paras air di empangan dan Sungai di Selangor hampir setiap jam.

Katanya, ia bagi memastikan bekalan air sentiasa cukup untuk seluruh penduduk.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Kerajaan Negeri dalam usaha melakukan pelbagai inisiatif supaya masalah kekurangan air dialami sebelum ini tidak berulang.

Kerajaan Negeri juga yakin tiada catuan bekalan air sehingga hujung tahun ini berikutan rizab air positif dan beberapa langkah mitigasi awal diambil.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran fenomena El-Nino melanda negara bermula Januari lalu dijangka menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 hingga 60 peratus dan kenaikan suhu 0.5 hingga 0.2 peratus berbanding biasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya berjimat cermat dalam penggunaan air dan mengurangkan aktiviti luar sepanjang fenomena ini.

Johor mengambil langkah mencatu air ekoran paras empangan kritikal di negeri masing-masing ketika ini.

Manakala Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan akan mengambil langkah sama jika cuaca panas berterusan.
🌵🌲🌳🌵🌳🌲🌵

No comments:

Post a Comment