Thursday 12 May 2016

INFO AD-DEEN Hadis Sahih Muslim

INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0900.

Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., katanya anaknya meninggal di Qudaid atau di 'Usfan. Lalu dia berkata kepada sahayanya, "Hai, Kuraib! Cubalah kamu lihat, sudah banyakkah orang berkumpul untuk mensolatkan jenazah?" Kata Kuraib. "Aku pergi melihat, dan memang orang telah banyak berkumpul. Lalu ku beritahu kepada 'Abdullah." Tanya 'Abdullah, "Adakah mereka empat puluh orang?" Jawab Kuraib, "Ada!" Kata 'Abdullah, "Keluarkanlah jenazah! Aku mendengar

Rasulullah S.A.W. bersabda: Apabila seorang muslim meninggal dunia, lalu jenazahnya disolatkan oleh empat puluh orang muslim (yang tidak musyrik), maka Allah menerima syafaat mereka terhadap jenazah itu."
☪🕌☪🕌☪🕌☪

No comments:

Post a Comment