Saturday 4 June 2016

INFO KETUA KAMPUNG - Ramadhan

INFO KETUA KAMPUNG BKT KAPAR.

4.6.2016
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillh.. in sha ALLAH 2 hari lagi kita akan berpuasa pd bulan Ramdhan 1437H. Kita juga bershukur kerana diberi kesempatan utk berjumpa dgn Ramadhan pada tahun ini, bulan yang permulaan penuh kerahmatan.. pertengahannya keampunan dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka.. dan berharap agar puasa pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.. penuh dengan keimanan dan ihtisaban agar semua dosa-dosa kita yang lalu diberi keampunan.

Saya mewakili JKKK Kg Bkt Kapar mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh penduduk Kg Bkt Kapar dan berpesan kepada diri sendiri dan anda semua agar berlumba-lumba beramal ibadat.

Pesanan untuk penduduk:

1. PENIAGA BAZAR
a) Memilih kedudukan tapak niaga yg selamat..
- jarak yang selamat dari jalan raya.
- tidak menghalang pemandangan.
- tidak di simpang-simpang jalan.
- tempat niaga yg kemas dan teratur.
b. Meminta izin
- minta izin kpd tuan rumah jika berniaga di hadapan rumah orang.
- minta izin dengan pekedai jika berniaga di hadapan kedai orang.
- minta izin dgn JKKK atau masjid atau pihak berkenaan jika berniaga di kawasan penjagaannya.
c. Jaga kebersihan.
-  kebersihan diri dan pakaian
- kebersihan makanan dan peralatan
- kebersihan persekitaran perniagaan.
- sampah dimasukan dalam plastik yang kuat dan diletakkan di tong/tempat sampah.
d. Pemilihan bahan masakan.
- bahan masakan yg suci dan halal
- bahan masakan yg berkualiti dan berzat.
e. Harga.
- harga yang berpatutan.
f. Mesra
- melayan pelanggan dgn mesra, ramah dan senyum serta ikhlas.
g. Menjaga hubungan baik sesama peniaga.
- bertolak ansur
-bekerjasama
- saling membantu
- tiada dengki dan irihati
- perihatin
- sabar
h. Jaga amalan
- solat fardhu
- menutup aurat
- zikir
- baca Quran
- doa

2. PENGUNJUNG BAZAR
a. jaga keselamatan diri dan harta utk mengelak dari peragut.
b. menungang kenderaan berhati-hati dan berwaspada utk mengelak kemalangan.
c. meletak kenderaan dengan teratur dan tidak menghalang lalulintas.
d. elakkan pembaziran.
e. Menutup aurat dgn sempurna
semasa di bazaar Ramadhan

3. BARANG TERLARANG
a. dilarang berniaga barang-barang yang dilarang oleh pihak berkuasa.. contohnya
mercun merbahaya yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian.

Mohon kerjasama dari semua penduduk agar ambil berat pesanan ini utk kebaikan kita bersama , moga kita semua mendapat kerahmatan n ALLAH SWT.

Terima kasih.
Masadan bin Mohsin

*BERSIH SEKAMPUNG*
*100 TAHUN KG BKT KAPAR*
💯💯💯💯💯💯💯

No comments:

Post a Comment