Saturday 18 June 2016

INFO MASJID CATATAN KULIAH SUBUH

INFO MASJID
KULIAH SUBUH
Masjid At Taqwa.
13 Ramadhan 1437.
18 Jun 2016 Sabtu
Ustaz Dahim

Golongan yg mendapat doa para malaikat.

1. Orang yg tidur dlm keadaan bersuci. Barang siapa yg tidur dlm keadaan suci malaikat akan bersama dlm pakaian. Ia tak akan bangun hingga ia berdoa ya Allah ampunilah hamba-Mu ini.

#Tiada siapa yg boleh jamin tidurnya itu akan membolehkan dia bangun semula.

#Malakat akan jaga dikepalanya dan akan menjaganya dan memudahkan untuk dia bangun tahajjud sahur dan baca Quran dan berdoa.

#Makan sahur elok ditakhirkan dan x perlu banyak kerana hakikat yg mengenyangkan ialah Allah kerana Allah akan beri keberkatan pd sahur.

2. Manusia yg mendapat doa dari malaikat ialah orang yg duduk sambil menunggu solat fardhu berjamaah. Berbuatlah ketika ini Ya Allah aku nak datang lagi kemasjidbutk solat zohor nanti yg Allah.

#Manusia dibangunkan dari kubur sesuai dgn niat terakhirnya. Sebab itu kena niat selalu untuk jadi soleh.

3.Golongan ke tiga yg dapat doa malaikat ialah mereka yg berada di saf hadapan solat berjamaah terutama disebelah kanan. Berlumba2 utk solat di saf hadapan.

4. Orang yg menyambung saf yg terputus dlm solat berjamaah. Jgn biarkan saf hadapan kita kosong.

#Saf terbaik utk muslimat dipung belakang sekali.

#Sekarang pihak masjid buat kempen Jom solat terawekh sampai akhir ramadhan.

5. Malaikat mengaminkan imam yg selesai membaca Fatihah. Ucapan amin kita yg bersamaan dgn Imam akan bersamaan dgn Amin malaikat. Rugilah mereka yg tidak solat berjamaah.

#Tempat terbaik lelaki ialah solat berjamaah di masjid. Orang yg tinggal bersebelahan dgn masjid tapi x ke masjid nak jawab macamana diakhirat nanti.

#Tempat terbaik orang perempuan solat di rumah.

6. Malaikat berdoa utk orang yg duduk sebentar selepas solat fardhu. Ya Allah ampunilah dan sayangilah hamba-Mu ini. Jgnlah lepas Salam bangun.

7. Malaikat berdoa utk orang yg solat subuh dan Asar berjamaah.
Malaikat berkumpul pd waktu subuh dan Asar dan akan bertukar shift. Malaikat malam ditanya apakah yg sedang dilakukan oleh orang ini kpd malaikat siang. Maka dijawabnya orang ini sedang solat berjamaah.

8. Orang yg mendoakan saudaranya tanpa diketahui sahabatnya. Doa seorang muslim utk Muslim lainnya adalah doa yg diterima dan Malaikat juga mendoakan orang yg mendoakan mendapat sebagaimana doanya.

#Dua doa yg disuruh
1. Doakan orang hilang barang dimasjid supaya tidak ditemui.

2. Doakan rugi orang yg berniaga dlm masjid.

#Rajin2lah doa utk sahabat kita.

9. Malaikat berdoa utk orang yg berinfak. Doanya ya Allah gantikan lah yg lebih baik pd orang yg berderma ini. Dan Malaikat yg lain pula berdoa ya Allah kau hancurkan lah orang yg vakg ini.

#Banyakkan bersedeqah kpd apa jua masalah yg kita lalui.

#Bacaan ketika bersedeqah Bismillahi walillah....aku bersedeqah kerana Allah. Malaikat akan mengaminkan.

#Petua umur panjang banyakkan bersedeqah.

10. Malaikat berdoa pd orang yg sedang bersahur puasa wajib mauoun puasa sunat. Waktu sahur adalah saat  bersahur dan juga 5 minit sebelum berbuka.

11. Malaikat mendoakan seorang mukmin yg menziarahi sahabatnya yg sakut. Dia diiringi 60 malaikat.
Asalullah hal A'zim Rabbal a'rsyil A'zim Al Asfiat. Ialah doa menziarahi orang sakit.

Bismillah 5.
#Doa nak hilang bisa dlm badan. Baca Al-Fatihah kemudian baca
Bismillahirrahmanirrahim...
Bismillahi Syafi,
Bismillahi kaafi,
Bismillahi mua'fi,
Bismillahilladzi layadhurru maasmihi syai un filard wahuwassami'ul alim.

12. Malaikat doakan orang yg sedang mengajar orang lain. Semua makhluk di air dan udara mendoakan kebaikan untuknya. Tidak mesti utz atau guru. Jangan ngajarkan ilmu yg salah. Jika dia mati orang yg amalkan dia juga dapat sahamnya. Kecuali dia berpesan supaya tinggalkan amalan yg salah.

#Ajarlah anak2 kita wudhu, solat. Check dan tengok solat subuh anak kita. Pahala anak ini solat jika diamalkan kita dapat pahala walaupun kita sudah mati.

#Jgn tinggalkan anak yg tak selesai urusan fardhu lainnya.

#Doa malaikat makbul kerana malaikat x ada dosa dan dia sentiasa mentaati Allah.

Wallahua'lam moga ada manfaatnya .
🕌🌿🕌🌿🕌🌿🕌

No comments:

Post a Comment