Friday 10 June 2016

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN INDUSTRI KOMUNITI KAMPUNG 2016

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN INDUSTRI KOMUNITI KAMPUNG 2016
*#SmartSelangor #SmartUMPH*
ANJURAN _Jawatankuasa Tetap Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor_

Program ini mensasarkan golongan belia desa yang memiliki kelayakan, golongan ibu tunggal dan masyarakat desa yang berminat. Calon yang berminat perlu mengisi borang dengan lengkap dan akan ditemuduga untuk menilai komitmen mereka.
Antara kriteria yang perlu dimiliki oleh usahawan ialah :

1.Pemohon mestilah terdiri daripada *rakyat Negeri Selangor / telah bermastautin* di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun;

2.Berumur di antara *21 hingga 49 tahun*;

3.Memiliki kelulusan akademik *sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)*; atau

4.*Telah mengamalkan amalan perubatan tradisional* (kursus stimulatherapy), *telah mula berniaga* atau sedang dalam berjinak-jinak dengan jual beli dan aktiviti keusahawan bagi usahawan makanan jajaan dan minuman;

5.*Tidak pernah* mengikuti program yang sama serta tidak menerima bantuan dari mana-mana agensi kerajaan lain;

6.Hanya *seorang peserta* daripada *satu keluarga* layak mengikuti program ini;

7.Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga. Jika permohonan anda *tidak menerima jawapan* dalam tempoh *2 minggu* dari tarikh permohonan, maka permohonan anda dianggap *tidak berjaya*.

*KURSUS YANG DITAWARKAN*
1. Usahawan Kiosk Makanan
_(Aiskrim Colek/Pau Maharani/Ice Blended/Cendol dan Rojak/Apam Balik/Keropok Lekor)_
2. Usahawan Terapi Komplimentari
_(Stimulatherapy)_
3. Usahawan Membaiki Kasut
4. Usahawan Gunting Rambut

*BORANG DAN SYARAT PENYERTAAN*
boleh muat turun di capaian ini
http://bit.ly/1TWQPtN

*TARIKH TUTUP PENYERTAAN*
*01 JULAI 2016 (Jumaat) jam 4.00 petang*

*MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI*
*Urusetia* : 03-5544 7921 / 7922 atau rujuk
*Pusat Khidmat Masyarakat DUN* berhampiran

_iklan ini dikeluarkan pada_ *09 Jun 2016 (Khamis)*

#SmartSelangor
#SmartUMPH

No comments:

Post a Comment