Sunday 5 June 2016

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan' 1437H

INFO MASJID

Assalamualaikum wrt...

Saya mewakili seluruh Jawatankuasa Masjid At-Taqwa sesi 2016/2018  mengucapkan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan' 1437H, khasnya kepada para penduduk Kg. Bukit Kapar & amnya kepada seluruh jama'ah Muslimin yang dikasihi sekelian.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan diri kita untuk menjadi hamba Allah yg benar2 bertaqwa dalam segenap aspek kehidupan.

Disepanjang Bulan yg mulia ini, Masjid At-Taqwa membuka pintu seluas-luasnya kepada anda semua untuk bersama mengimarahkan dan menghidupkan Masjid sesuai dengan matlamat dan anjuran Islam sebagai bukti kesyukuran kita dengan kedatangan bulan penuh barakah ini.

Semoga kita beroleh kelebihan, rahmat dan keampunan dari Allah SWT, Insyaallah...

#ramadhankareem
#ramadhanmubarak

Mohd Faryzan bin Subkhi
Nazir
Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar.
🕌💯🕌💯🕌💯🕌

No comments:

Post a Comment