Sunday 31 July 2016

INFO KEBERSIHAN - Sampah anda tidak di kutip

INFO KEBERSIHAN

Jika anda dapati sampah anda tidak di kutip oleh Lori pengutip sampah dan ingin membuat pengaduan, anda bolehlah membuat demikian:

1. Mengambil gambar sampah yg tidak di ambil.

2. Mengisi maklumat saperti contoh berikut:

Tarikh :
Masa :
Lokasi :
Pengadu :
Hp :
Catatan :

CONTOH
Tarikh : 15.07.2016
Masa : 6.40pm
Lokasi : Lot 2829, jln Durian off Jln Belimbing, Bukit Kapar, Klang.
Pengadu : Farid
Hp : 019-6921706

Catatan : sudah lebih kurang 7 hari lori sampah tak kutip utk lot tersebut, last kutip sebelum raya, mungkin disebabkan kawasan tersebut x byk rumah dan terpencil.

🆗 Hantar gambar sampah dan maklumat saperti contoh di atas.. Whatsapp ke 👉 �Info Bukit Kapar (iBK)
🌻🍁🌻🍁🌻🍁🌻

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

Sambutan Hari Raya Masjid Asy Syarif

Jadual Pengajian Masjid At-Taqwa Ogos

Saturday 30 July 2016

Kuliah Subuh Masjid 31/7/2016

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

JAMUAN RAYA SEKAMPUNG 2016

Info Bukit Kapar:
*INFO KG BKT KAPAR*

30.7.2016
*JAMUAN RAYA SEKAMPUNG 2016*
Alhamdulillah malam tadi telah berlangsung Program Jamuan Raya Sekampung di Masjid At-Taqwa Bkt Kapar yang dianjurkan oleh Masjid At-Taqwa Bkt Kapar bersama JKKK Kg. Bkt. Kapar dan Ahli Majlis MPK N42A. Program berjalan dengan meriah  dengan kehadhiran ramai penduduk Kg. Bkt. Kapar.

Para tetamu disajikan dengan makanan yang disediakan dan dihiburkan dgn persembahan cempoling dan nasyid. Majlis turut dihadhiri ADUN Kawasan Meru YB Dr Hj Abd Rani bin Osman bersama isteri, Pegawai Tadbir Agama (Kadi) Daerah Klang Ust Jamali bin Adnan dan tetamu jemputan khas yg lain.

Pada majlis yang sama turut diraikan adalah bakal-bakal haji pada tahun ini. Tidak lupa juga diraikan 5 atlit Taekwando kanak-kanak dan remaja terdiri daripada warga Bkt Kapar yang mengharumkan nama kampung dan negara kerana memenangi pingat emas, perak dan gangsa dlm pertandingan *World Taekwando Culture Expo 2016* di Korea Selatan. Mereka adalah adik:

1. Muhammad Nasruddin bin Azrin (pingat emas)
2. Mohammad Amir Darwish bin Mohammad Zulkifli (pingat gangsa)
3. Nurdiayana bt Ahmadi (pingat gangsa)
4. Adam Daniel bin Ahmadi
5. Iman Nur'aina bt Parizal (gangsa).

Seorang atlit sukan lasak (ironman) yang memenangi banyak pertandingan dalam dan luar negara juga turut diraikan iaitu Sdr Izwan bin Md Sumairi.

Mereka semua dianugerahkan sijil pengahargaan dan wang tunai yang disumbangkan oleh ADUN Meru, JKKK, Masjid At-Taqwa dan Ahli majllis.

Terima kasih kepada kepada semua yang menjayakan program terutama para tetamu yang hadhir memeriahkan majlis. Mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan. In sha ALLAH jumpa lagi di tahun hadapan.
Terima kasih

Masadan b Mohsin
Ketua Kampung Bukit Kapar
💐🌻💐🌻💐🌻💐

Kuliah Subuh Masjid 30/7/2016

Friday 29 July 2016

Jamuan Raya Sekampung

INFO KEMALANGAN

*INFO KEMALANGAN*

29.7.2016
Berlaku kemalangan pada pagi ini jam 7.40 pagi di simpang Jln Dusun/ Jln Meru Tambahan di Kariah Bt 81/2.

Kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang terjatuh dan dilanggar oleh kenderaan lain dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa diberitakan tinggal di Puncak Alam. Moga rohnya diampuni dan dilimpahi rahmat oleh ALLAH SWT.

Sehubungan dengan itu penduduk Bkt Kapar khususnya dan para pemandu semua dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati, berhemah, cermat,bertimbangrasa dan berwaspada untuk mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini, lebih-lebih lagi memandu di Jalan Meru Tambahan(Meru-Puncak Alam) yang sedang dinaiktaraf dan jalan dlm keadaan tidak sempurna serta banyak halangan.

*PANDU CERMAT IN SHA ALLAH JIWA SELAMAT*

Thursday 28 July 2016

Borang Penertaan Qurban/Aqiqah 1437H/2016 di Uganda

INFO IMIGRESEN

INFO IMIGRESEN

Seramai 820,000 org Rakyat Malaysia yang telah di Senarai Hitam untuk ke luar negara hari ini. Untuk mengetahui status anda, boleh layari...

http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx

atau klik pada link tersebut untuk semakan lebih lanjut.

🌸🍁🌸🍁🌸🍁🌸

Wednesday 27 July 2016

MAKLUMAN

*MAKLUMAN*                                            Saya Idris Bin Darum serta keluarga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kehadiran tuan/puan menziarahi arwah isteri saya Khanita Binti Suratmin. Saya memohon agar tuan/puan memaafkan segala kesilapannya serta menghalalkan makan minumnya. Akhir sekali doakan arwah ditempatkan di kalangan ahliljannah.
🌹🍂🌹🍂🌹🍂🌹

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

Cara Ringkas Solat Jenazah

Jamuan Raya Sekampung

INFO LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

INFO LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

*Nombor Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343*

Nombor Talian Zakat Selangor ditukar daripada 1800 88 5353 kepada 1 300 88 4343 mulai 1 Ogos ini.

Ia beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Melalui talian ini, para pelanggan Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) terutamanya asnaf fakir dan miskin boleh membuat panggilan bagi sebarang pertanyaan berkaitan kutipan dan agihan zakat.

Manakala untuk panggilan kepada kakitangan, pelanggan boleh menggunakan talian operator 03 8314 2222.

Kami mengucapkan terima kasih untuk sokongan berterusan ini dan akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di Zakat Selangor.
🌸🍃🌸🍃🌸🍃🌸

INFO KEMATIAN

Info Bukit Kapar:
*INFO KEMATIAN*
        إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

26.7.2016
Dimaklumkan Isteri Cikgu Idris “KHANITA BT SURATMIN” telah meninggal malam tadi jam lebih kurang 11.40. Tinggal di alamat  "LOT 2304, JLN ISKANDAR BKT KAPAR 42200 KAPAR" Lorong Hj Darum (Kariah Masjid)

Moga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Tuesday 26 July 2016

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

INFO AD-DEEN Hadis Sahih Bukhari

INFO AD-DEEN
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1767.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi S.A.W. bersabda: "Setiap yang masuk ke dalam syurga, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam neraka, kalau seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya 
kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam syurga, kalau seandainya dia mengerjakan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya."
☪🕌☪🕌☪🕌☪

PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA 2016

PINJAMAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA 2016

Permohonan bagi Sesi Kedua akan dibuka bermula 1 - 30 Ogos 2016. Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan. Sila layari portal rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor untuk maklumat lanjut.

http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/index.php/tentang-kami/pinjaman-pelajaran-negeri-selangor

Monday 25 July 2016

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

2016 Pesta Buku

KULIAH MUSLIMAT

🌹INFO WANITA🌹

KULIAH MUSLIMAT

Jadual Kuliah Muslimat di Masjid At Taqwa Bukit Kapar jam 3.00ptg

🌹25 julai - Isnin - Tajwid

🌹27 julai - Rabu  - Aqidah

🌹29 julai - Jumaat - Tauhid

Semua muslimat di jemput hadir
🌻🌷🌻🌷🌻🌷🌻

INFO KEMATIAN

*INFO KEMATIAN*
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

25.7.2016
Dimaklumkan En Mukri bin Sayuti telah meninggal pagi tadi. Tinggal di alamat Jalan Bahagia Kg Bkt Kapar (Kariah Hamdani)

Moga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

Sunday 24 July 2016

Bengkel jahitan Lattice (bantal hiasan) pada:

*INFO WANITA*

🌷🌷🌷PWB dan Biro Wanita JKKK Bukit Kapar akan mengadakan bengkel jahitan Lattice (bantal hiasan) pada:

Tarikh: 09 ogos 2016
hari: Selasa
Jam 0830 pagi
Tempat: Balai Rakyat Jln Kopi
Bayaran: PERCUMA
🌹Bahan disediakan
🌹Pada yg berminat sila daftar pd 011 19762182
🌹Tempat adalah terhad- harap daftar segera.
🌻🌸🌻🌸🌻🌸🌻

Kuliah Subuh Masjid 24/7/016

Saturday 23 July 2016

INFO DUN MERU

INFO DUN MERU

23.7.2016
*JAMUAN HARI RAYA DUN MERU 2016*
Alhamdulillah hari ini sudah berlangsung Jamuan Hari Raya DUN MERU di Dewan MPK Meru.
Ramai tetamu yang hadhir dari pelbagai lapisan masyarakat yang duduk di kawasan DUN Meru samada dari bangsa Melayu ,Cina dan India.
Datuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin B Ali bersama isteri turut hadhir memeriahkan majlis jamuan, juga tidak ketinggalan beberapa exco kerajaan negeri, tetamu kenamaan, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang lain.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang dimasak secara gotong royong oleh petugas-petugas yang dikhaskan dan kanak-kanak diberi duit raya sebelum pulang.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadhir, in sha ALLAH jika umur panjang jumpa lagi pada tahun hadapan.

INFO UNISEL

Friday 22 July 2016

Kuliah Subuh Masjid 22/7/016

Munaikan solat hajat

INFO MASJID

Assalamualaikum wrh wth.
Merujuk kepada kenyataan *DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Negeri Selangor*,  saya mengarahkn supaya Masjid & seluruh surau di Kampung Bukit Kapar menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat ini dan diteruskn di Masjid At-Taqwa Dan surau2 kariah setiap kali selesai solat maghrib sehingga 25/7/16 (Isnin).

Semoga kita & negeri ini dipelihara Allah Swt  daripada kemurkaanNya.

*Mohd Faryzan bin Subkhi*
Nazir
Masjid At Taqwa
Kg. Bukit Kapar
🕌🕌🕌🕌🕌🕌

Jamuan Raya Sekampung

KULIAH SUBUH Surau Hj Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Hj Jangidin (Bukit Kapar Tengah)

23/07/2016 Sabtu
Ustaz Ramzi Ishak
               
24/07/2016 Ahad
Ustaz Khairullah Hashim

Semua dijemput hadir
☪🕌☪🕌☪🕌☪

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN

Hadis Riwayat Muslim No. 854

Abu Hurairah Rhadhiyalahu 'Anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda.

" Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah Hari Jumaat; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Jumaat) Nabi Adam Alaihissalam dimasukkan ke dalam Syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari Syurga.

Dan tidaklah Kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini (Jumaat).
🌸🕊🌸🕊🌸🕊🌸

INFO KEMATIAN

*INFO KEMATIAN*
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

22.07.2016
Dimaklumkan Saudara JASMAN BIN SAMIT  (mantan pekerja SKBK) Lot 4035-A jalan kempas, Kg Bukit Kapar baru kembali kerahmatullah. (Sekarang jenazah ade dirumah anaknye di Banting)

Jenazah nye akan disembahyangkan di Masjid As Syariff pekan Meru selepas solat jumaat dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Meru.

Moga rohnya diampuni dan dilimpahi rahmat serta kasih sayang ALLAH SWT.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya, moga sabar dengan ketentuan dan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

Thursday 21 July 2016

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG

21.7.2016

Hari ini Yb Dr Hj Abd Rani B Osman bersama Ketua Kg Bkt Kapar dan Ketua Kg Meru serta petugas PKM menziarahi keluarga orang yang telah meninggal dunia seterusnya memberikan sumbangan kewangan di samping mengucapkan ta'ziah dan bersabar dgn ujian ALLAH SWT.

Pada masa yang sama juga YB menziarahi mangsa-mangsa ribut di Kg Bkt Kapar dan Kg Meru yang berlaku pada 1 Syawal dengan mengucapkan ta'ziah dan bersimpati dengan mangsa, juga tidak lupa memberikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa.

Tiang dan kabel telefon yang jatuh di persimpangan Jln Rebung dan Jln Setia Jaya

INFO KEMUDAHAN AWAM

Tiang dan kabel telefon yang jatuh di persimpangan Jln Rebung dan Jln Setia Jaya telah dibaiki oleh Kontraktor TM Telekom petang tadi, walaubagaimana pun penyambungan talian akan disambung esok.
🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

INFO KEBERSIHAN

INFO KEBERSIHAN

Jika anda dapati sampah anda tidak di kutip oleh Lori pengutip sampah dan ingin membuat pengaduan, anda bolehlah membuat demikian:

1. Mengambil gambar sampah yg tidak di ambil.

2. Mengisi maklumat saperti contoh berikut:

CONTOH
Tarikh : 15.07.2016
Masa : 6.40pm
Lokasi : Lot 2829, jln Durian off Jln Belimbing, Bukit Kapar, Klang.
Pengadu : Farid
Hp : 019-6921706

Catatan : sudah lebih kurang 7 hari lori sampah tak kutip utk lot tersebut, last kutip sebelum raya, mungkin disebabkan kawasan tersebut x byk rumah dan terpencil.

Hantar gambar sampah dan maklumat saperti di atas.. Whatsapp ke 👉�Info Bukit Kapar (0196921706)
🌻🍁🌻🍁🌻🍁🌻

INFO SK BUKIT KAPAR

INFO SK BUKIT KAPAR

1. Pihak disiplin sekolah telah membuat pemeriksaan mengejut pada hari Rabu 20.7.2016.

2. Didapati ramai murid yang membawa duit raya ke sekolah.

3. Diharapkan ibu bapa penjaga memantau perkara tersebut. Dikhuatiri berlaku kehilangan, kecurian atau keciciran.

4. Untuk majlis jamuan hari raya pada hari Jumaat, murid-murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit atau camera.

Terima kasih

UNIT DISIPLIN SKBK
📚📚📚📚📚📚📚

Tabung Warisan Anak Selangor(TAWAS) akan membuka kaunter pendaftaran

Wednesday 20 July 2016

INFO KEMATIAN

*INFO KEMATIAN*
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

20.7.2016
Dimaklumkan Hajah Siti Maksumah binti Hj Hanapi telah meninggal dunia di hospital pukul 6.45 ptg tadi. Jenazah masih di hospital dan In SyaAllah akan diuruskan di rumahnya di Lot 467 Jalan Sri Jaya, Kg. Bkt. Kapar dan akan dikebumikan esok.

Moga rohnya diampuni dan dilimpahi rahmat serta kasih sayang ALLAH SWT.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya, moga sabar dengan ketentuan dan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🍃🌾🍂🍃🌾🍂🍃

INFO KEMATIAN

*INFO KEMATIAN*
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

20.07.2016
Dimaklumkan En Malik B Salamon telah meninggal dunia pukul 3.00 ptg tadi. Jenazah akan diuruskan di rumah mertuanya di Lot 2326 Jln Iskandar, Kg. Bkt. Kapar, Klang dan akan dikebumikan pada malam ini.

Moga rohnya diampuni dan dilimpahi rahmat serta kasih sayang ALLAH SWT.

Ta'ziah diucapkan kpd ahli keluarganya, moga sabar dengsn ketentuan dan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🌷🍃🍂🌷🍂🍃🌷

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

Jom Sertai Ibadah Korban Masjid At Taqwa 2016/1437H