Saturday 30 July 2016

JAMUAN RAYA SEKAMPUNG 2016

Info Bukit Kapar:
*INFO KG BKT KAPAR*

30.7.2016
*JAMUAN RAYA SEKAMPUNG 2016*
Alhamdulillah malam tadi telah berlangsung Program Jamuan Raya Sekampung di Masjid At-Taqwa Bkt Kapar yang dianjurkan oleh Masjid At-Taqwa Bkt Kapar bersama JKKK Kg. Bkt. Kapar dan Ahli Majlis MPK N42A. Program berjalan dengan meriah  dengan kehadhiran ramai penduduk Kg. Bkt. Kapar.

Para tetamu disajikan dengan makanan yang disediakan dan dihiburkan dgn persembahan cempoling dan nasyid. Majlis turut dihadhiri ADUN Kawasan Meru YB Dr Hj Abd Rani bin Osman bersama isteri, Pegawai Tadbir Agama (Kadi) Daerah Klang Ust Jamali bin Adnan dan tetamu jemputan khas yg lain.

Pada majlis yang sama turut diraikan adalah bakal-bakal haji pada tahun ini. Tidak lupa juga diraikan 5 atlit Taekwando kanak-kanak dan remaja terdiri daripada warga Bkt Kapar yang mengharumkan nama kampung dan negara kerana memenangi pingat emas, perak dan gangsa dlm pertandingan *World Taekwando Culture Expo 2016* di Korea Selatan. Mereka adalah adik:

1. Muhammad Nasruddin bin Azrin (pingat emas)
2. Mohammad Amir Darwish bin Mohammad Zulkifli (pingat gangsa)
3. Nurdiayana bt Ahmadi (pingat gangsa)
4. Adam Daniel bin Ahmadi
5. Iman Nur'aina bt Parizal (gangsa).

Seorang atlit sukan lasak (ironman) yang memenangi banyak pertandingan dalam dan luar negara juga turut diraikan iaitu Sdr Izwan bin Md Sumairi.

Mereka semua dianugerahkan sijil pengahargaan dan wang tunai yang disumbangkan oleh ADUN Meru, JKKK, Masjid At-Taqwa dan Ahli majllis.

Terima kasih kepada kepada semua yang menjayakan program terutama para tetamu yang hadhir memeriahkan majlis. Mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan. In sha ALLAH jumpa lagi di tahun hadapan.
Terima kasih

Masadan b Mohsin
Ketua Kampung Bukit Kapar
💐🌻💐🌻💐🌻💐

No comments:

Post a Comment