Tuesday 30 August 2016

INFO KEMATIAN

*INFO KEMATIAN*
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

30.08.2016
Dimaklumkan bahawa En Zuremi bin Md Jan@Kassim (Lot 6371 Jln Meranti) Kariah Jaya Setia telah kembali ke Rahmatullah jam 5 petang tadi. Jenazah akan dikebumikan esok pagi.

Moga rohnya diampuni dan dilimpahi rahmat serta kasih sayang ALLAH SWT.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya, moga sabar dengsn ketentuan dan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌿🍃🌿🍃🌿🍃🌿

Majlis Yassin & Solat Hajat Surau Al Falah

Sambutan Malam Kemerdekaan Kampung Bukit Kapar

Ceramah Bulan Agung

KULIAH MAGHRIB SURAU AL-HUDA BKT. DUSUN

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
SURAU AL-HUDA BKT.DUSUN

30/8/2016 (Selasa)
Ust.Yazid b.Jais

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

Monday 29 August 2016

Kenyataan palsu KPM

Musibah menimpa Imam 2 Masjid AtTaqwa, Tn Hj Hasal bin Senin.

INFO MASJID

Assalamualaikum wrt...

Kita amat bersimpati dengan musibah yang menimpa kepada Imam 2 Masjid AtTaqwa, Kg. Bukit Kapar, Tn Hj Hasal bin Senin.

Tanggal 29/8/2016, jam 11.30pg, rumah beliau telah dipecah masuk oleh pencuri dan menyebabkan pelbagai barang peribadi beliau & keluarga telah hilang seperti laptop, barang kemas dll barang berharga.

Oleh itu,  Biro Kebajikan Masjid AtTaqwa Bkt Kapar telah mengambil inisiatif dengan memberi bantuan awal kepada beliau bagi mengurangkan bebanan beliau.

Pihak Jawatankuasa Masjid juga ingin mengajak kepada sesiapa yang ingin membantu seikhlasnya, bolehlah menyumbang terus ke akauan peribadi beliau: HASAL BIN SENIN  *BIMB 1201 0020 2110 46*.

Semoga sumbangan anda dapat mengurangkan kesusahan yang menimpa beliau.

Terima kasih.

*Biro Kebajikan*
*Masjid At Taqwa, Bukit Kapar.*

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

Hari Terbuka - Kelulusan Serta Merta

Jawatan kosong pengawal keselamatan di-Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar

INFO JAWATAN KOSONG

Jawatan kosong pengawal keselamatan di-Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar dan Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai Meru.
Hubungi: 011-12359835 atau terus pada Pegawai Peronda En Norazwan 011-21144810
👮🏻👮🏻👮🏻👮🏻👮🏻👮🏻

INFO KEMERDEKAAN

INFO KEMERDEKAAN

Sempena menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2016, pihak JKKK Kg Bukit Kapar mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 59 kepada seluruh penduduk Kg Bukit Kapar.

Marilah kita semua menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah swt.

Dengan tema Selangorku : 'Sehati Sejiwa' semoga
menyemarakkan seluruh rakyat malaysia cintakan negara, tidak mengira warna kulit, keturunan mahupun fahaman. Untuk menzahirkan semangat ini marilah kita kibarkan bendera Malaysia di rumah atau di mana saja.

Sempena menyambut hari kemerdekaan tahun ini pihak JKKK dan Masjid At-Taqwa Bukit Kapar menganjurkan program pada 30 dan 31 Ogos 2016 di Masjid At-Taqwa:

1. Kuliah Maghrib Khas
    *'Merdeka yg Hakiki'
2. Solat Hajat Perdana
3. Qiamullail
4. Kuliah Subuh Khas

Dijemput seluruh penduduk Kg Bukit Kapar untuk hadhir
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Program Sambutan Malam Kemerdekaan Kampung Bukit Kapar

INFO MASJID

Program Sambutan Malam Kemerdekaan Kampung Bukit Kapar

30 - 31 Ogos 2016

Marilah bersama-sama Sehati Sejiwa mengimarahkan Masjid At-Taqwa dengan majlis Ilmu, bermunajat & berqiamullail menunjukkan rasa kesyukuran dengan nikmat Merdeka yang kita kecapi. Insya'Allah
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Sunday 28 August 2016

PIALA SUMBANGSIH LIGA BRAYAN 2016

*INFO SUKAN*

*PIALA SUMBANGSIH LIGA BRAYAN 2016*

28.8.2016
Hari ini telah berlangsung perlawanan Piala Sumbangsih Liga Brayan 2016 di Padang Awam Jln Kopi Bkt Kapar.

Perlawanan dimenangi oleh pasukan United 81 menewaskan Inter 78 dgn sepakan penalti 5 - 3 setelah seri 1- 1 sehingga tamat perlawanan. Tahniah kepada pasukan United 81.

*TUBUH SIHAT, MINDA CERDAS, KUAT IBADAT*

*100 TAHUN BKT KAPAR*
⚽💯⚽💯⚽💯⚽

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

INFO KEMATIAN

*INFO KEMATIAN*
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

28.08.2016
Dimaklumkan HJ HAMSANI BIN YUSOF (suami Ustzh Rukiah bt Hj Siwan - mantan Guru Besar SRA Bukit Kapar Timur) telah kembali ke rahmatullah malam tadi pada jam 10.30 mlm di Hospital Selayang. Jenazah akan dikebumikan pagi ini.

Moga rohnya diampuni dan dilimpahi rahmat serta kasih sayang ALLAH SWT.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya, moga sabar dengan ketentuan dan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

Saturday 27 August 2016

Kuliah Subuh Masjid 28/8/2016

JADUAL KULIAH MUSLIMAT Masjid At-Taqwa

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
3.00 petang

🌹 29/8/2016 (Isnin)
Ust Abd Rahman - Tajwid Al-Quran

🌹 31/8/16 (Rabu) - cuti

🌹 02/09/16 (Jumaat)
Ust Rafiq - Amalan ulama

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

KULIAH SUBUH SURAU AL-HUDA BKT. DUSUN

*INFO SURAU*

*KULIAH SUBUH*
*SURAU AL-HUDA BKT.DUSUN*

28/8/2016 (Ahad)
Ust.Mohd.Akdi b.Yaakop

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

Kuliah Subuh Masjid 27/8/2016

Friday 26 August 2016

program penyerahan pinjaman HIJRAH

*INFO NIAGA*

26.8.2016
Hari ini program penyerahan pinjaman HIJRAH bagi kawasan DUN Meru telah dijalankan di pejabat HIJRAH Klang Central. Lebih 50 pemohon telah berjaya dan layak menerima pinjaman setelah dikenal pasti oleh pegawai-pegawai HIJRAH. Peniaga menerima pinjaman di antara 3 ribu ringgit hingga 20 ribu ringgit. Pinjaman disampaikan oleh ketua-ketua kampung DUN Meru.

HIJRAH diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membantu peniaga-peniaga kecil bagi menambah modal dan mengembangkan perniagaan. Dengan cara ini in sha ALLAH para peniaga dapat meningkatkan pendapatan dan menambah keuntungan. Di samping itu HIJRAH juga dapat mengelakkan para peniaga terjebak dengan along.

Peluang ini masih dibuka kepada seluruh peniaga-peniaga kecil DUN MERU untuk memohon . Sila berhubung dengan Ibu pejabat HIJRAH Selangor untuk keterangan lanjut. Tel: 03 55212458 atau 03 55191692.

Karnival Geng Masjid

Sertai peraduan Selfie With Klang!

INFO UMUM

Sertai kami dalam peraduan Selfie With Klang! Hadiah lumayan berupa wang tunai bakal dimenangi. Peraduan ini akan bermula pada 26 Ogos - 14 September 2016.

Syarat-syarat peraduan:
1. 'Like' page Selfie With Klang.
2. 'Share' video "Selfie With Klang".
3. Post gambar 'selfie' anda di ruangan komen post ini beserta #SelfieWithKlang.
4. Gambar 'selfie' anda mestilah berlatar belakangkan tempat-tempat menarik di Klang.
5. Peserta akan dinilai melalui jumlah 'likes' yang terbanyak.
6. Keputusan adalah muktamad.

Jom beramai-ramai serlahkan keindahan Klang Bandar Diraja dengan memuatnaik gambar 'selfie' anda! :)

#SelfieWithKlang #MPKCare

Thursday 25 August 2016

Pengecualian murid hadir sempena peperiksaan UPSR 2016

Unisel Kemasukan Oktober 2016

KULIAH SUBUH SURAU JANGIDIN

*INFO SURAU*

*KULIAH SUBUH*
*SURAU JANGIDIN*

27/8/2016 (Sabtu)
Ust Ramzi Ishak

28/8/2016 (Ahad)
Ust Khairullah Hashim

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

INFO SURAU KULIAH MAGHRIB

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
25/8/2016  
22 Zulkaedah 1437
Surau Bukit Dusun
Ust.Dahim b.Jalal
(Kitab Fiqh Asyafie)

Semua di jemput hadir
☪🕌☪🕌☪🕌☪

INSENTIF PERKAHWINAN BELIA SELANGOR (Rm500/seorang).

INSENTIF PERKAHWINAN BELIA SELANGOR
(Rm500/seorang).

Syarat syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama & pendapatan.
- Permohonan secara individu~ pengantin lelaki dan perempuan.
- Berumur 35 tahun kebawah.
- Perkahwinan kali PERTAMA sahaja.
- lahir & menetap di Selangor.
- @ bukan lahir Selangor tetapi telah 10 tahun bermastautin (Pengesahan Ketua Kampung).
-  Permohonan sah dlm tempoh 3 BULAN drpd tarikh nikah/daftar Perkahwinan.

Salinan dokumen diperlukan:
- Mykad pemohon.
- Sijil nikah/ Daftar Perkahwinan JPN.
- Muka depan buku akaun Tabung Haji (Islam)
- Salinan sijil berhenti sekolah (jika bukan lahir di Selangor)

Serahan insentif :
- Bank in Tabung Haji.
- Bukan Islam, melalui sijil Simpanan Premium BSN.

Permohonan secara online;
http://mes.selangor.gov.my

# Maklumat lanjut, sila hubungi @ hadir ke JKKK/ PKM Dun Meru.
Tel: 0333934877
pkm_dunmeru@yahoo.com
🌻🌹🌷🌺🌻🌷🌹

Wednesday 24 August 2016

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
24/8/2016
Surau Al Islah, Setia Jaya
Guru: Ust Hj Aidijonly bin Saidon
Kitab: Tafsir

Muslimin muslimat di jemput hadir
☪🕌☪🕌☪🕌☪

INFO KESIHATAN

INFO KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melaporkan satu (1) kes disahkan difteria. Kes merupakan seorang kanak-kanak warganegara berumur 3 tahun yang tidak pernah mendapat imunisasi difteria kerana keluarganya mengamalkan kaedah rawatan homeopati. Kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan muntah semenjak 13 Ogos 2016. Pesakit telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada 18 Ogos 2016 kerana sesak nafas dan telah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan dan pengawasan rapi. Ujian kultur swab tekak pesakit ini didapati positif bakteria Corynebacterium diphtheria. Pesakit telah menerima rawatan antitoksin dan kini masih diberi rawatan antibiotik.
Adalah dimaklumkan bahawa setakat ini kesemua empat belas (14) orang kontak pesakit tersebut adalah berada dalam keadaan sihat termasuk tiga (3) orang kontak yang tinggal serumah dengan pesakit dan sebelas (11) orang kontak lagi di rumah pengasuh. Status imunisasi kesemua 14 kontak ini adalah tidak lengkap. Pemantauan ke atas mereka masih diteruskan.
Sehingga hari ini, bilangan kes disahkan difteria di Malaysia meningkat kepada 27 kes termasuk 5 kematian; iaitu Kedah sembilan (9) kes dengan satu (1) kematian, Negeri Sembilan tujuh (7) kes dan tiada kematian, Sabah lima (5) kes dengan tiga (3) kematian, Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Pulau Pinang dua (2) kes dan tiada kematian dan Selangor satu (1) kes.

KKM ingin menegaskan bahawa istilah vaksin homeopati tidak diiktirafkan oleh badan-badan homeopati antarabangsa termasuklah Majlis Perubatan Homeopati Malaysia. Malah, badan-badan ini menyokong pemberian vaksin konvensional sebagai satu cara yang berkesan dan selamat bagi melindungi dari penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya. Vaksin sedia ada telah terbukti keberkesanan dan keselamatannya melalui kajian saintifik berskala besar sebelum ia digunakan ke atas manusia.
LIHAT KENYATAAN AKHBAR KPK 3 DISEMBER 2016 MENGENAI ISU PENGAMBILAN “VAKSIN HOMEOPATI”
Justeru, ibubapa diseru untuk memastikan anak-anak di bawah umur 7 tahun diberikan imunisasi. Pastikan mereka mendapat imunisasi lengkap untuk keberkesanan optima bagi mengelakkan jangkitan penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya.
Sekian, terima kasih.
 
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
23 Ogos 2016
🚑🚑🚑🚑🚑🚑🚑

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

Tuesday 23 August 2016

INFO WANITA - Kelas Masakan

🌷 *INFO WANITA* 🌷

23/8/2016
Biro Wanita JKKK Bukit Kapar telah menganjurkan kelas masakan (dessert) iaitu:
🍓1. Panna Cotta
🍓2. Cheezy Merry
di balai jkkk Bukit Kapar pada jam 9.00 pagi. Ketua Kampung En Masadan bin Mohsin telah sudi hadir untuk merasmikan dan memberi kata kata nasihat pada peserta yg hadir.
Seramai 18 orang telah menyertai kelas tersebut.

Semoga program ini dapat memberi manafaat pada semua yg hadir.
🌹🌷🌹🌷🌹🌷🌹

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

INFO KESIHATAN Lima negeri catat kes Leptospirosis tertinggi

INFO KESIHATAN

Lima negeri catat kes Leptospirosis tertinggi

Sebanyak lima negeri menyumbang kes Leptospirosis tertinggi iaitu Sarawak sebanyak 551 kes, Selangor (502 kes), Kelantan (482 kes), Terengganu (419 kes) dan 205 kes di Kedah. Antara Januari hingga Ogos 2015 sebanyak 5,632 kes dicatatkan manakala Januari sehingga Ogos tahun ini, berkurangan kepada kepada 3,212 kes.

Dr Subramaniam berkata, kebiasaannya di tempat riadah atau rekreasi, penyakit itu mudah berjangkit berikutan pembiakan tikus yang banyak disebabkan sisa makanan yang tidak dibersihkan. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya makan di tempat yang bersih dan elak meminum air atau mandi air sungai yang tidak mengalir laju kerana dikhuatiri dicemari penyakit itu.

"Kesan dan tanda awal dijangkiti penyakit ini adalah demam dan sakit badan. Pesakit boleh merujuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan darah atau pun air kencing.

"Pihak kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha meningkat kesedaran umum mengenai kebersihan persekitaran termasuk menghindari pembuangan sisa makanan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/184139

Monday 22 August 2016

Sunday 21 August 2016

Pintu pagar belakang sekolah akan ditutup bermula 22/8/16

*INFO SKBK*

Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar

21/8/2016
1. Dimaklumkan kepada semua ibu bapa penjaga yang menghantar anak melalui pintu pagar belakang sekolah.

2. Pintu pagar belakang sekolah akan ditutup untuk 2 minggu bermula esok 22/8/2016 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

3. Penutupan ini kerana kerja-kerja naik taraf lantai kantin. Kantin akan di pasang tiles.

4. Diharapkan semua ibu bapa bersabar demi keselesaan anak-anak kita di masa hadapan.

5. Ibu bapa / penjaga dikehendaki menggunakan pintu pagar utama.
🍃🌿🍃🌿🍃🌿🍃

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

*INFO WANITA*

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
3.00 petang

🌹 22/8/2016 (Isnin)
Ust Abd Rahman - Tajwid Al-Quran

🌹 24/8/16 (Rabu)
Ust Noraziz - Umum

🌹 26/8/16 (Jumaat)
Ust Kamal - Tauhid

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

KELAS MASAKAN

*INFO WANITA*

🌹 *KELAS MASAKAN* 🌹
Biro Wanita JKKK Bukit Kapar akan mengadakan kelas masakan (2 jenis dessert) di ketetapan berikut:

🍓Peach Panna Cotta
🍓Cheezy Marrie
🍓Hari: Selasa
🍓Tarikh: 23/8 jam 9.00pg
🍓Tempat: Balai JKKK Jln Iskandar
🍓Yuran: rm15

Terbuka kpd semua wanita- Remaja dan Dewasa

🍓Utk daftar blh whatsapp atau hubungi 01119762182.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

INFO SK BUKIT KAPAR

INFO SK BUKIT KAPAR

1. Dimaklumkan kepada semua ibu bapa penjaga yang menghantar anak melalui pintu pagar belakang sekolah.

2. Pintu pagar belakang sekolah akan ditutup untuk 2 minggu.

3. Penutupan ini kerana kerja-kerja naik taraf lantai kantin. Kantin akan di pasang tiles.

4. Diharapkan semua ibu bapa bersabar demi keselesaan anak-anak kita di masa hadapan.
📚❤📚❤📚❤📚

Saturday 20 August 2016

Kuliah Subuh Masjid 21/8/2016

KULIAH SUBUH Surau Bukit Dusun

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Tarikh : 21-Ogos-2016
Hari :  Ahad
Masa : selepas subuh
Tempat : Surau Bukit Dusun
Guru : Ust.Tasrudin b. Marpongi

Semua muslimin & muslimat di jemput hadir.
🌻🍁🌻🍁🌻🍁🌻

Info Sukan

INFO SURAU KULIAH SUBUH

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
21/8/2016  (Ahad)
Surau Jangidin
Guru: Ust Farid Zainal
(Peg. Zakat Shah Alam)

🌻Jom hadir ke taman2 syurga🌻
🍁🍃🍁🍃🍁🍃🍁

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

INFO SUKAN Pemilihan pasukan bola sepak liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Klang

INFO SUKAN

Pemilihan pasukan bola sepak liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Klang akan diadakan pada 20/8 pkl 8-10 pg & 21/8 pkl 4-7 ptg bertempat di Stadium Kota Raja. Pemilihan pasukan akan dikendalikan oleh Coach Asmawi Bakiri ( X players Selangor). Had umur pemilihan bawah 28 tahun & bawah 21 tahun. Semua warga Klang dijemput hadir ke sesi pemilihan. sebarang pertanyaan sila hubungi en Thalib (017-6861262)
⚽🏃🏻⚽🏃🏻⚽🏃🏻⚽

Kuliah Subuh Masjid 20/8/2016

Friday 19 August 2016

Kuliah Maghrib Masjid malam ini

Banduan terlepas

Karnival Jelajah INFRATANI Dun Sungai Air Tawar 20 ogos 2016

WARKAH GURU KEPADA IBU BAPA

*WARKAH GURU KEPADA IBU BAPA*

Ibu bapa yang dikasihi sekalian,

Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi. Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik.

Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu, adalah seorang artis; yang tak perlu memahami matematik.

Ada juga yang berjiwa usahawan, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.

Ada juga berkemungkinan ahli muzik, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.

Ada ahli sukan, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.

Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah. Namun jika tidak, tolonglah jangan rampas keyakinan dan maruah diri mereka.

Katakan pada mereka, tak mengapa, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup

Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, anda tetap sayangkan mereka, dan tidak menilai mereka.

Jelaskan juga kepada mereka, redha dengan apa sahaja ketentuan ALLAH SWT. ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

Terangkan juga kepada mereka, apa saja pekerjaan yang mereka lakukan samada doktor, pensyarah, peguam, peniaga, jurutera, pekerja kilang, mahupun tukang cuci  atau tukang sapu atau apa saja semuanya ada nilai kejayaan bila mana mereka meletakkan ALLAH dan RASUL dalam hati mereka.

Sila berbuat begini dan setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia. Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.

Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.

Yang benar,
Guru

Utk para ibubapa.. sgt bermakna buat kami semua ibubapa yg sentiasa mengharapkan kejayaan yg cermerlang pd ank2.. moga ALLAH sentiasa permudahkan urusan ank2 kita utk mengadapi peperiksaan.. Aamiin Ya Rabbal A'lamin..