Tuesday 23 August 2016

INFO KESIHATAN Lima negeri catat kes Leptospirosis tertinggi

INFO KESIHATAN

Lima negeri catat kes Leptospirosis tertinggi

Sebanyak lima negeri menyumbang kes Leptospirosis tertinggi iaitu Sarawak sebanyak 551 kes, Selangor (502 kes), Kelantan (482 kes), Terengganu (419 kes) dan 205 kes di Kedah. Antara Januari hingga Ogos 2015 sebanyak 5,632 kes dicatatkan manakala Januari sehingga Ogos tahun ini, berkurangan kepada kepada 3,212 kes.

Dr Subramaniam berkata, kebiasaannya di tempat riadah atau rekreasi, penyakit itu mudah berjangkit berikutan pembiakan tikus yang banyak disebabkan sisa makanan yang tidak dibersihkan. Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya makan di tempat yang bersih dan elak meminum air atau mandi air sungai yang tidak mengalir laju kerana dikhuatiri dicemari penyakit itu.

"Kesan dan tanda awal dijangkiti penyakit ini adalah demam dan sakit badan. Pesakit boleh merujuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk membuat pemeriksaan darah atau pun air kencing.

"Pihak kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha meningkat kesedaran umum mengenai kebersihan persekitaran termasuk menghindari pembuangan sisa makanan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/184139

No comments:

Post a Comment