Monday 8 August 2016

INFO KWSP

INFO KWSP

PENTING!!.. SEGERA BERUBAH KE KWSP SIMPANAN PATUH SHARIAH BERMULA 8/8/2016

Alhamdulillah, hasil desakan & kesedaran orang ramai sehingga membawa kepada survey rasmi oleh KWSP, keputusannya lebih 71 % inginkan simpanan KWSP Patuh Shariah, hasilnya, BERMULA 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP boleh mula beralih ke KWSP Simpanan Shariah.

Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah. Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Untuk tujuan tersebut, kalian perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli.

Dari sudut hukum Syariah, adalah *WAJIB* bagi *pencarum beragama Islam* untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah. Had awal yang ditawarkan kepada pencarum adalah RM100 bilion sahaja, justeru SEGERA bertindak sebelum kehabisan tempat dan terpaksa menunggu lebih lama.

Untuk malumat lanjut sila buka link http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/index.html
☪💵☪💵☪💵☪

No comments:

Post a Comment