Monday 15 August 2016

INFO NIAGA - DATARA NIAGA

*INFO NIAGA*

14.8.2016
Hari ini Dato Dr Yunus B Hairi (Exco Kerajaan Negeri) diiringi ADUN Meru Yb Dr Abd Rani B Osman bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang (pembangunan) Tuan Shahrul Efendi B Baharudin serta Ahli JKKK Bkt Kapar melawat tapak Dataran Niaga di Jln Kempas Kg Bkt Kapar yang baru siap dibina.

Dataran Niaga tersebut dibina bagi tujuan membantu penduduk Kg Bkt Kapar menjalankan pelbagai perniagaan di tapak tersebut. Mudahan dengan adanya kemudahan ini dapat menjana pendapatan penduduk dan tidak secara langsung merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi bagi Kg Bkt Kapar.

Ketua Kampung dan Ahli JKKK serta penduduk Kg Bkt Kapar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang menyalurkan peruntukan kepada Pejabat Daerah Klang untuk melantik kontraktor bagi membina dan menyiapkan Dataran Niaga tersebut.

No comments:

Post a Comment