Friday 26 August 2016

program penyerahan pinjaman HIJRAH

*INFO NIAGA*

26.8.2016
Hari ini program penyerahan pinjaman HIJRAH bagi kawasan DUN Meru telah dijalankan di pejabat HIJRAH Klang Central. Lebih 50 pemohon telah berjaya dan layak menerima pinjaman setelah dikenal pasti oleh pegawai-pegawai HIJRAH. Peniaga menerima pinjaman di antara 3 ribu ringgit hingga 20 ribu ringgit. Pinjaman disampaikan oleh ketua-ketua kampung DUN Meru.

HIJRAH diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membantu peniaga-peniaga kecil bagi menambah modal dan mengembangkan perniagaan. Dengan cara ini in sha ALLAH para peniaga dapat meningkatkan pendapatan dan menambah keuntungan. Di samping itu HIJRAH juga dapat mengelakkan para peniaga terjebak dengan along.

Peluang ini masih dibuka kepada seluruh peniaga-peniaga kecil DUN MERU untuk memohon . Sila berhubung dengan Ibu pejabat HIJRAH Selangor untuk keterangan lanjut. Tel: 03 55212458 atau 03 55191692.

No comments:

Post a Comment