Friday 23 September 2016

MENDAFTARLAH SEBAGAI PEMILIH.

INFO AM

Usia 21 tahun adalah had umur demokrasi bagi sistem pilihan raya Malaysia. Sekali gus memberi makna pertambahan pengundi untuk pilihan raya umum akan datang.

Bilangan pengundi muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih amat merugikan perancangan polisi negara pada masa depan. Kelompok generasi muda ini boleh jadi mahasiswa universiti, pekerja muda yang mula memikirkan tentang taraf hidup atau orang muda yang hidup di bandar dan luar bandar. Mereka perlu disedarkan supaya polisi pembangunan yang dirancang nanti memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Diharap, dengan kesempatan waktu yang ada ini dapat dimanfaatkan oleh golongan muda dan belia Kampung Bukit Kapar agar turun ke pejabat SPR atau POS yang berhampiran untuk mendaftar sebagai pemilih. Kepada anak muda Melayu yang selama ini tidak begitu peduli akan perjalanan politik tanah air atau tidak pernah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

*Tolonglah! Tunaikan tanggungjawab anda dengan pergi mendaftar sekarang!*

*MASA HADAPAN NEGARA DITANGAN ANDA. MENDAFTARLAH SEBAGAI PEMILIH.*
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

No comments:

Post a Comment