Sunday 11 September 2016

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA

*INFO MASJID*

 الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد..
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Sempena Sambutan Eidul Adha 1437H ini, Saya mewakili seluruh Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid AtTaqwa, Kg. Bukit Kapar sesi 2016/2018 ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA".

Semoga nikmat perayaan Yang dikurniakn Allah Swt ini akan menjadikan diri kita semakin cinta dan sayang kepada agama Allah Swt.

Saya juga ingin mengajak kita semua agar bersama-sama menghidupkan hari-hari tasyrik bulan Zulhijjah ini dengan memperbanyakkan bertakbir, bertasbih dan bertahmid  memuji Dan memuja Allah SWT seterusnya melaksanakan ibadah korban pada tahun ini sebagai bukti kesyukuran kita terhadap Allah Swt.

Tidak dilupakan kepada para hujjah Yang telah dipilih oleh Allah SWT sebagai tetamu agung dengan menunaikan ibadah haji di tanah suci Makkah. Tiada doa yang kita semua panjatkan kepada mereka melainkan *"Semoga beroleh haji Yang Mabrur".* Insyallah.
 
Akhirnya, semoga seluruh warga Bukit Kapar sentiasa di bawah lembayung rahmah dan keberkatan hidup di dunia  Dan di akhirat..

Terima kasih,

*MOHD FARYZAN BIN SUBKHI*
Nazir
Masjid AtTaqwa, Kampung Bukit Kapar
Sesi 2016/2018
🕌🌻🕌🌻🕌🌻🕌

No comments:

Post a Comment