Sunday 9 October 2016

KARNIVAL JELAJAH INFRATANI DAERAH KLANG

INFO BUKIT KAPAR

9.10.2016
KARNIVAL JELAJAH INFRATANI DAERAH KLANG

ALHAMDULILLAH pada pukul 11.25 malam tadi, KARNIVAL JELAJAH INFRATANI telah melabuhkan tirai dengan jayanya.

Larian 100 tahun Bukit Kapar telah menarik seramai 950 orang mendaftar hanya melalui sebaran media sosial.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakannya, samada dari pihak YB Exco, ADUN Meru, Pejabat Daerah Klang, Ketua-ketua kampung dan JKKK DUN Meru, Masjid Attaqwa Bkt Kapar, para urusetia dan petugas-petugas, polis trafik IPD Klang Utara, unit keselamatan JKKK, Unit Amal, para penyumbang dan penderma. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua pelbagai agensi kerajaan yang turut serta menjayakan program.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua penduduk di DUN Meru yang hadhir dan turut serta dalam pelbagai acara dan program. Tidak lupa juga kepada para peniaga yang menjual pelbagai aneka jualan.

Moga kita semua mendapat manfaat dalam program ini dan mendapat keredhaan, kerahmatan dan keberkatan dari ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment