Tuesday 29 November 2016

INFO KESELAMATAN ROMPAKAN TERKINI...

INFO KESELAMATAN

ROMPAKAN TERKINI...
Baru2 ini terjadi di Puchong.
Cara rompakan terbaru dengan menggunakan nombor plat kereta.

Perompak akan mengekori anda ke lot letak kereta, selepas anda meninggalkan kenderaan anda, mereka menanggalkan plat nombor kereta anda dan tunggu.

Bila anda kembali dan memandu keluar, mereka mengekori anda, kemudian mereka memotong anda dan menunjukkan plat nombor kereta anda keluar jendela seolah-olah anda tercicir atau terjatuh dan mereka ingin memulangkan kembali kepada anda.

Bila anda berhenti untuk mendapatkan plat nombor kereta anda kembali, parang dikeluarkan dan kereta dilarikan. Bahkan besar kemungkinan anda akan dibawa bersama-sama kereta anda. Ini cara rompakan terbaru dan terancang dan setiap gerakan amat pantas.

Pemandu lain tidak menyedari apa yang berlaku kerana seolah-olah anda sendiri yang menghentikan kereta anda.
👮🏻👮🏻👮🏻👮🏻👮🏻👮🏻👮🏻

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment