Friday 25 November 2016

PERJUMPAAN MAHABBAH (KASIH SAYANG) JKKK, IMAM-IMAM , AJK MASJID ATTAQWA BERSAMA-SAMA DJ DAN PENGUSAHA-PENGUSAHA PA SYSTEM.

INFO KETUA KAMPUNG

25.12.2016
PERJUMPAAN MAHABBAH (KASIH SAYANG) JKKK, IMAM-IMAM , AJK MASJID ATTAQWA BERSAMA-SAMA DJ DAN PENGUSAHA-PENGUSAHA PA SYSTEM.

ALHAMDULILLAH shukur kepada ALLAH SWT satu perjumpaan kasih sayang telah izinkan oleh ALLAH SWT malam tadi antara JKKK, Imam-imam, AJK Masjid At-Taqwa bersama Dj dan Pengusaha-pengusaha PA System. Pertemuan yang amat harmoni, mesra dan penuh kasih sayang . Tujuan pertemuan adalah untuk menghindarkan salah sangka atau prejudis, mewujud kesefahaman dan menjalin kerjasama antara semua pihak.

Terima kasih dan syabas kepada yang hadhir:
1. Ketua Kampung dan ahli
    JKKK.
2. Imam-imam Masjid Attaqwa.
3. Nazir dan AJK Masjid Attaqwa.
4. Dj dan pengusaha PA system:
  - BO Entertainment
    En Mohd Idrus b Syarif
    (Kariah Masjid)
  - En Syamsul b Badi
    (Kg Bkt Kerayong)
  - ABAZ Entertainment
    En Hafiz Hairol b Rahmat
    (Apek)
   - Dj SS Entertainment dan
    WAWA Entertaiment.
    En Mehtar b Ahmad
    (Kariah Jangidin)
   - SS Entertainment
    En Salam b Ali.
    (Kariah Jaya Setia)
   - En Syahimi  ( Jimie)
     (Kariah Bt 8)
   - Manora Entainment
     En Azman b Ngapan
     (Kariah Jays Setia)
   - En Mohd Ridhuan b Md zainal
     (Kariah Bt 8)
   - Citra Irama Audio
     En Masyudi b Ahmad Dasuri
     (Kariah Bkt Dusun)
   - BOB Event dan Entertaiment.
     En Hasni b Husin
     (Kariah Bkt Dusun)

Berdasarkan kepada visi, misi, objektif dan moto Kg Bkt Kapar, beberapa kesepakatan telah dipersetujui bersama dengan beberapa rumusan penting seperti berikut:
1. Dj, PA system dan karaoke
    dibolehkan dengan mengikut
    lunas-lunas dan syariat Islam.
2. *GARIS PANDUAN* yang akan
     disediakan oleh pihak Masjid
     Attaqwa akan diedarkan dan
     dihebahkan kepada Dj,
     pengusaha PA system dan
     penduduk kampung untuk
     menjadi rujukan yang diikuti.
3. Semua pihak bersetuju untuk
    bekerjasama dan saling
    membantu agar sesuatu majlis
    berjalan dengan harmoni dan
    penuh kesederhanaan agar
    sesuatu majlis itu dirahmati
    dan diberkati agar semua
    golongan samada tua ataupun
    muda diraikan dan dapat
    manfaat bersama.
4. Dj dan pengusaha PA system
    mempunyai peranan dan
    tanggungjawab yang besar
    untuk menyampai mesej yang
    baik kepada masyarakat
    antaranya maklumat masjid,
    maklumat kampung, maklumat
    umum dan mesej- mesej
    dakwah yang memberi
    manfaat yang baik kepada
    masyarakat.
5. Peranan DJ dan pengusaha
    PA system jika diaksanakan
    mengikut lunas-lunas dan
    syariat ALLAH SWT akan
    menjadi saham yang amat
    menguntungkan di akhirat dan
    disenangi oleh masyarakat
    dan juga in sha ALLAH akan
    mendapat keuntungan yang
    besar di dunia.

Masyarakat digalakkan memilih
Dj dan pengusaha-pengusaha tempatan sebagai penyeri dan penghibur majlis agar majlis yang
diadakan terkawal perjalanannya mengikut lunas-lunas agama jika berpandukan dan mengikut garis panduan yang diberi. Moga majlis yang di adakan diberkati dan dirahmati dan natijahnya visi kampung kita untuk menjadi KAMPUNG YANG MENDAPAT KEBAIKAN DAN KEAMPUNAN ALLAH SWT akan dimakbulkan.. Aamiin.

Masadan Mohsin
Ketua Kampung Bukit Kapar
🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment