Tuesday 20 December 2016

INFO SYABAS 20.12.2016 STATUS TERKINI

INFO SYABAS

20.12.2016
STATUS TERKINI: Pemulihan Berjadual Bekalan Air berdasarkan Zon bg Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Kerja-kerja penyelengaraan pihak TNB telah siap dilaksanakan mengikut jadual dan ketiga-tiga loji rawatan air SSP 1, SSP 2 & SSP 3 telah kembali beroperasi secara normal awal pagi tadi. Proses meningkatkan paras kolam-kolam perkhidmatan dan penyelarasan sistem agihan sedang giat dijalankan dan pihak kami sedang berusaha sebaik mungkin bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan.

Pemulihan bekalan mengikut Zon akan bermula pada jam 4.00 petang ini secara berperingkat bermula dengan pemulihan bagi  Zon 1. (rujuk jadual pemulihan berjadual).
🌿🍃🌿🍃🌿🍃🌿

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment