Tuesday 31 January 2017

BANJIR DI KG BKT KAPAR

INFO KETUA KAMPUNG

31.1.2017
BANJIR DI KG BKT KAPAR

Assalamualaikum...
Dukacita lagi sekali banjir berlaku untuk kali yang ke 3 dalam tempoh 10 hari. Ta'ziah dan simpati kepada mangsa-mangsa banjir dari pihak ADUN Meru, Ahli majlis MPK, JKR, JPS, PEJ. DAERAH, JKKK, Kontraktor dan seluruh penduduk Kg Bkt Kapar.
Moga mangsa banjir diberi kekuatan dan terus bersabar.

Pihak JKKK dibantu petugas-petugas sukarela mengagihkan  nasi kepada mangsa untuk makan tengahari dan makan malam.

Pihak JKKK lagi sekali mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan agensi berkenaan seperti JKR/MPK/JPS/AHLI MAJLIS MPK/PKM/Konsultan/Kontraktor dan JKKK untuk mencari penyelesaian masalah banjir. Keputusannya pihak kontraktor diarahkan dan bersetuju untuk melakukan perkara berikut:

1. Melebarkan dan mendalamkan lagi perparitan sementara.

2. Menambah jumlah culvert(kelongkong) yang dipasang.

3. Memasang longkang konkrit 'U' bermula dari jalan Iskandar dahulu.

4. Memberhentikan menimbus parit lama yang belum ditimbus dan tidak mengorek perparitan baru yang sementara sehingga kerja-kerja pemasangan longkang konkrit 'U' dimulakan.

5. Menyiapkan pemasangan longkang 1500mm di seberang jalan dengan kadar segera.

6. Menyiapkan pemasangan longkang 'U' dengan kadar segera.

7. Memastikan perparitan tanah yang sementara dalam keadaan bersih dan tidak sempit sepanjang projek berjalan sehingga siap.

Pihak kontraktor akan menjalankan kerja-kerja seperti yang diarahkan sebaik sahaja air surut.
Moga tindakan kontraktor seperti yang diarahkan menghilangkan keresahan dan trauma mangsa-mangsa banjir. Penduduk dipohon memberi kerjasama sehingga pembinaan siap dijalankan.

Terima kasih
Masadan Mohsin
Ketua Kampung Bkt Kapar

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sebarkan pada penduduk Kampung Bukit Kapar

Kuliah Maghrib Khas Malam Ini 31 Jan 2017

MUNAJAT AKBAR & SOLAT HAJAT PERDANA

JADUAL PENGAJIAN MASJID AT TAQWA BULAN FEBRUARI

Sunday 29 January 2017

Saturday 28 January 2017

PROGRAM PENBAGUNAN PEMANDU PELANCONG SETEMPAT DI DAERAH KLANG

ROMBONGAN KE LADANG KELULUT

Anda ingin ikut rombongan ke Ladang Madu kelulut nova (Segamat Johor ) dan Wasilah Farm(ladang kambing ) pada 11/2/2017
BAS PERCUMA .Hanya bayar rm 100 untuk 2botol madu kelulut (270 gm)Dan rm 30(sarapan dll ) Berkumpul di masjid negeri Shah Alam
Follow this link to join my WhatsApp group: https://chat.whatsapp.com/DKtGRnbH4b3JqisDVEycL8

Kuliah maghrib malam ini 28 Jan 2017

KULIAH SUBUH 29 Jan 2017 SURAU JANGIDIN

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
29 Jan 2017 (Ahad)

SURAU JANGIDIN, BKT KAPAR TENGAH
Ust Izat bin Muhammad Ropi

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA

✨📝 Sebaran iBK ✨

Friday 27 January 2017

Kuliah Subuh Masjid At-Taqwa 28/1/2017

KULIAH SUBUH 28 Jan 2017 SURAU JANGIDIN

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
28 Jan 2017 (Sabtu)

SURAU JANGIDIN, BKT KAPAR TENGAH
Ust Ramzi Ishak

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA

✨📝 Sebaran iBK 📝✨

Kuliah maghrib malam ini 27 Jan 2017

INFO KESELAMATAN

INFO KESELAMATAN

Salam sejahtera semua. Info dari salah seorang pekerja letrik ini boleh memberi peringatan kpd kita dan anak2 kita utk sentiasa beringat sebelum terkena.

"Saya selaku org letrik ingin menyampaikan satu ilmu..

"Boleh ke elektrik masuk ke dlm badan kita melalui flash atau kamera digital?"

Ya betul.. kemungkinan tu agak tinggi boleh jadi.

❗Ini kejadian yg benar. Terjadi kepada pelajar Engineering yg berumur 21 tahun dan meninggal dunia di hospital dlm keadaan dia yg terbakar/hangus.

Puncanya time dia menunggu keretapi dgn kawan2 dia. Ramai yg amik gambar cam biasa selfie lah kan. Pakai kamera dgn phone.

Lelaki pun try nak selfie or wefie ramai2. Dari jarak dia berdiri. Dia tak boleh nak selfie dgn semua kawan2 dia. Jadi dia pun ke belakang sikit..

Tempat yg dia berdiri tu ada wayar elektrik yg voltannya 40,000 volt sedang mengalir.

Sebaik je dia tekan button kamera tu, elektrik yg 40,000 volt tu terus masuk ke kamera melalui flash dan terus ke seluruh badannya.

Kejadian ini berlaku dalam beberapa saat. 50% dari badannya terbakar. Dgn keadaan macam tu dia dibawa ke Hospital Keshwani dgn ambulans. Dia tak sedarkan diri utk sehari setengah. Badannya 50% terbakar dan doktor pun rasa dia takde harapan. Tak lama lepas tu dia meninggal dunia.

Benda ni boleh jadi kat semua orang.

❌*elakkan penggunaan phone di pam minyak

❌*elakkan penggunaan phone ketika memandu

❌*jangan angkat call bila phone tgah cas...kalau nak angkat call pun, cas kena bukak baru angkat call

❌*bila phone tgah cas jgn letak kat katil atau perabot kayu

❌*jangan guna flash kamera atau phone kat tmpat kereta api atau tmpat yg ada voltan tinggi

💯ini utk keselamatan. Selepas baca ni tolong sebarkan sebab semua nyawa boleh diselamatkan.

Pesanan yg sangat penting utk semua terutamanya kepada mereka yg rajin selfie.

✨📝 Sebaran iBK ✨

PENUTUPAN SEMENTARA PASAR PAGI DATARAN NIAGA JLN KEMPAS BUKIT KAPAR

INFO KETUA KAMPUNG

26.1.2017
PENUTUPAN SEMENTARA PASAR PAGI DATARAN NIAGA JLN KEMPAS BUKIT KAPAR

Untuk makluman semua penduduk Kampung Bukit Kapar bahawa pasar pagi di Dataran Niaga Jln Kempas Bukit Kapar ditutup sementara oleh kerana ada masalah teknikal.

In sha ALLAH pasar tersebut akan dibuka semula secepat mungkin setelah masalah tersebut diselesaikan.

Terima kasih

Masadan bin Mohsin
Ketua Kg. Bkt Kapar

✨📝 Sebaran iBK ✨

Thursday 26 January 2017

AMARAN CUACA BURUK Dikeluarkan pada 04:30pm pada 26 Januari 2017

INFO RAMALAN KAJI CUACA

AMARAN CUACA BURUK

Dikeluarkan pada 04:30pm pada 26 Januari 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang, Perak (Daerah Kerian dan Larut,Matang&Selama), Selangor (Daerah Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan, Melaka, Johor (Daerah Segamat, Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian), Pahang (Daerah Bentong, Bera dan Rompin), Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Nabawan), Pantai Barat (Daerah Papar) dan WP Labuan; dan Sarawak : Bahagian Limbang dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis 26 Januari 2017.
⚡🌧⛈🌧⛈🌧⚡

✨📝 Sebaran iBK ✨

KELAS TAMBAH NILAI IQRA' & AL-QURAN

KURSUS KEUSAHAWANAN PEMPROSESAN MAKANAN 2017

PELANCARAN KARNIVAL SIHAT SELANGOR 2017

TAWARAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI (TANAMAN) BAGI TAHUN 2017

INFO PERTANIAN

TAWARAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI (TANAMAN) BAGI TAHUN 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor akan menganjurkan Program Inkubator Usahawan Belia Tani (Tanaman) bagi Tahun 2017.

📍Program ini mensasarkan golongan belia yang mempunyai minat dan daya tahan fizikal yang tinggi untuk mempelajari bidang tanaman secara fertigasi sepenuh masa.

📍Program ini akan berlangsung selama 8 bulan dan bertempat di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.

Borang pendaftaran boleh didapati di

🔘 Laman Web Jabatan Pertanian Negeri Selangor

pertanian.selangor.gov.my

🔘Pejabat Pertanian Daerah berhampiran

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2017. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pertanian Daerah berhampiran untuk pengesahan oleh Pegawai Pertanian Daerah. Peserta yang layak akan dihubungi untuk sesi temuduga.

Jom daftar segera!

●○●○●○●○●○●○●○●○
YB TN HJ ZAIDY ABDUL TALIB
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani

✨📝 Sebaran iBK ✨

Wednesday 25 January 2017

Kuliah Maghrib malam ini 25 Jan 2017

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?

INFO AD-DEEN

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?

🌿Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dgn soalan yg ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini.

■Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.

↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.

↪Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yg meninggal mendpt redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar drpd rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yg beri suami dan yg tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dgr apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar drpd kisah Ummu Salamah yg pd asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yg diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dgn dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bila mana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.*

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dlm kereta saja, atau duduk jauh sikit drpd tmpt dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jgn takut apa org cakap.

■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yg nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kpd mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dlm kubur utk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dpt ganjaran, lebih baik drpd kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kpd kaum wanita. Hari ini org akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan org akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yg Allah Ta'ala suruh.

■Jika ikut cakap org kita dpt dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yg tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd Allah Ta'ala, kita akan dpt pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap org !
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh drpd kita.

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tak boleh keluar menunggu suami
dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.

■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain drpd hari pengkembumian. Kecuali, jika satu kg. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dlm hal ini – perempuan yg bawa jenazah, yg gali kubur, yg kebumikan, yg uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri byk berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm keadaan tenang dan tak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdapat bayak perbahasan ulama dlm kes isteri yg kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat, seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yg haram sekalipun. Dlm hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dgn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dpt dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia utk keluar bekerja. Tapi, kalau dgn dia tak bekerja, dia tak blh makan atau anak2nya tiada yg menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, dia ada sebab yg menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak blh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yg diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tmpt2 yg tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu'alam bissawab.
🌿🕌🌿🕌🌿🕌🌿

✨📝 Sebaran iBK ✨

CUTI TAHUN BARU CINA 2017 TASKI/SRI AL FIRDAUS KLANG. BUKIT KAPAR

CUTI TAHUN BARU CINA 2017 SRA BK BARAT

CUTI TAHUN BARU CINA 2017 SKBK

CUTI PERAYAAN YANG DI BERI OLEH KPM KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH

INFO PENDIDIKAN

CUTI PERAYAAN YANG DI BERI OLEH KPM KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH

TAHUN BARU CINA (28-29.01.2017)
26.01.2017 - Cuti
27.01.2017 - Cuti
28.01.2017 - Cuti Umum
29.01.2017 - Cuti Umum
30.01.2017 - Cuti Ganti Ahad
31.01.2017 - Cuti

HARI RAYA AIDILFITRI (25-26.06.2017)
25.06.2017 - Cuti Umum
26.06.2017 - Cuti Umum
27.06.2017 - Cuti Ganti Ahad
28.06.2017 - Cuti
29.06.2017 - Cuti
30.06.2017 - Cuti

DEEPAVALI (18.10.2017)
16.10.2017 - Cuti
17.10.2017 - Cuti
18.10.2017 - Cuti Umum
19.10.2017 - Cuti
20.10.2017 - Cuti

✨📝 Sebaran iBK ✨

RAWATAN KESIHATAN ASAS PERCUMA DI KLINIK SWASTA

RAWATAN KESIHATAN ASAS PERCUMA DI KLINIK SWASTA
Warga Selangor yang pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan dan ke bawah atau pendapatan individu RM1,500 sebulan dan ke bawah dialu-alukan untuk mendaftar Kad Peduli Sihat Selangor secara percuma.

Borang permohonan boleh diisi secara dalam talian di https://pedulisihat.com/; atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan. Pertanyaan lanjut sila hubungi: 03-20893911.

#PeduliSihat #PeduliRakyat #SmartSelangor
✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 24 January 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

24.01.2017
Dukacita dimaklumkan En Hairi B Ariffin(menantu En Seman), beralamat di Jln Batu, Kariah Jaya Setia, Kg Bkt Kapar, telah meniggal dunia sebentar tadi di Hospital. Jenazah akan dikebumikan esok pagi.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO BANJIR

INFO BANJIR

24.1.2017
Dukacita Bukit Kapar banjir lagi. Dalam tempoh lebih kurang satu bulan sudah 3 kali banjir. Pihak JKKK, ADUN Meru dan Lembaga Zakat Selangor Cawangan Klang bersimpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat, moga mangsa terus bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Pihak ADUN Meru YB Dr Abd Rani Osman dan Ahli Majlis MPK N42A Pn Umi Jumaina berbesar hati menyumbangkan sarapan pagi dan makan tengahari dan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir oleh  JKKK dan pegawai dari Lembaga Zakat Selangor iaitu Ust Saiful dan Ust Fitri.

ADUN Meru, Ahli Majlis MPK N42B, Ketua Kampung Bkt Kapar, Ketua Kampung Meru serta ahli JKKK sempat mengadakan perbincangan dengan pihak JKR serta kontraktor projek menaiktaraf pembinaan Jalan Meru Tambahan/Jalan Bukit Cerakah untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan risiko banjir pada masa akan datang semasa projek berkenaan masih berjalan. Semua penduduk Bukit Kapar diharap bersabar di atas sebarang kesulitan disebabkan pembinaan tersebut dan dipohon memberi kerjasama sehingga projek tersebut siap dibina.

Moga semuanya dipermudahkan agar kehidupan penduduk Bukit Kapar lebih selesa pada masa akan datang.
🌷☘🌷☘🌷☘🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

24.01.2017
Dukacita dimaklumkan bahawa ibu mertua En.Alias b.Hamzah (Fatimah bt.Hashim) yang tinggal di No.4 Lot 2784 Jalan Limau Bukit Kapar telah meninggal dunia jam 7.42 pagi tadi.
Jenazah akan disembahyangkan di Surau Al Huda Bkt. Dusun dan di kebumikan selepas solat Zuhur.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

INFO BANJIR

INFO BANJIR

24.01.2017
Hujan lebat yg berterusan telah mengakibatkan banjir di beberapa lokasi di Kampung Bukit Kapar.
Antara jalan2 yg dinaiki air ialah:
1. Jln Kempas - dpn Dataran Niaga
2. Jln Bahagia - dpn Surau Hamdani
3. Lorong Bahagia - dpn Pasti Hidayah

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan jln2 tersebut utk mengelakan sebarang kemalangan.

Pada pagi ini Ketua Kampung Bukit Kapar En Masadan Bin Mohsin dan Ajk JKKK Kg Bukit Kapar akan mengagihkan makanan kepada penduduk yg terlibat dgn banjir.
🌦☔🌦☔🌦☔🌦

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 23 January 2017

INFO SKBK

INFO SKBK

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KAPAR

1. Jutaan terima kasih kepada ibubapa murid thn. 6 yg hadir dialog prestasi mirid2 thn 6.

2. Kehadiran hya mencapai 49%.
    6 Arif 32/45
    6 Azam 32/45
    6 Bakti 28/45
    6 Budi  29/45
    6 Cekal 28/45
    6 Damai 15/45
    6 Ehsan 7/41
    6 Fikir 2/26 = 164/336 = 49%

3. Kehadiran tidak mencapai KPI.

Sarana ibubapa

4. Kehadiran ibubapa murid dari 6 Cekal hingga 6 Fikir dlm aktiviti kecemerlangan akademik adalah amat mendukacitakan.

5. Sebaliknya murid2 yg gagal majoriti dari kelas ini.

6. Sekiranye perkara ini berterusan adalah sukar pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik kerana ibubapa murid dari 6 Cekal hingga 6 Fikir tidak main peranan

7. Sekali lagi yg sudi hadir terima kasih moga Allah memberkati usaha kita.

Aamiin

Hjh Amnah Bt Rambli
Guru Besar SKBK
🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹

✨📝 Sebaran iBK ✨

TAKLIMAT MELANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR SESI KEMASUKAN 2017

*INFO PENDIDIKAN*

🇪🇬✈ *TAKLIMAT MELANJUTKAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR SESI KEMASUKAN 2017*

Bagi sesiapa yang ingin mendapat info berkaitan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Mesir sesi kemasukan 2017 boleh lah datang mendengar taklimat:

*Tarikh/Hari*: 26 Januari 2017/Khamis
*Masa*: 6.30pm(pendaftaran)
8.00pm(taklimat)
*Tempat* : Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam

*Terbuka* : Lepasan STAM seluruh Malaysia dan ibu bapa

*Fokus Taklimat*: Mengetahui kelebihan belajar di Universiti Al-Azhar & Penerangan pendaftaran secara online/ dokumentasi KPM.

*Anjuran* : Pertubuhan Lepasan Mahasiwa Mesir Malaysia ( ILMAM) 

Sertai taklimat dengan mendaftarkan diri ke    https://goo.gl/forms/DMWT6aqBKNi4t2TI2
(pastikan anda mempunyai gmail.com) 

*jamuan ringan disediakan

Untuk sebarang pertanyaan,sila hubungi:

*Ustaz Nazir* : +60182395716
*Ustazah Rabiatul* : +60182439259
🍃🍁🍃🍁🍃🍁🍃

✨📝 _Sebaran iBK_ ✨

KULIAH MAGHRIB SURAU AL-HUDA BKT. DUSUN 23-Jan-2017

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
SURAU AL-HUDA BKT. DUSUN

23-Jan-2017 (Isnin)
Dato Dr. Ust. Mujaini b. Tamirin
-Fiqh Muamalat-

Semua dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
"JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA"

Sebaran iBK

Kuliah Maghrib malam ini 23 Jan 2017

Sunday 22 January 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

22.01.2017
Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Ishak (Pemilik Restoran Sup Pak Lang) Kariah Seri Jaya, Bukit Kapar telah meninggal dunia 5.30 ptg tadi di HTAR.

Moga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 23/01/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman - Tajwid

🌹 25/01/17 (Rabu)
Ust Fathi Naim - Umum

🌹 27/01/17 (Jumaat)
Ust  Kamal - Tauhid

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH MAGHRIB SURAU AS SOBIRIN SERI JAYA

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
SURAU AS SOBIRIN SERI JAYA

22 JAN 2017 (AHAD )
PROF DR HABIB MAT SOM
KITAB LA THAHZAN

Semua jemaah dijemput hadir.

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
"Jom hadir ke Taman-taman Syurga"

✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 21 January 2017

Kuliah Subuh Masjid At-Taqwa 22/1/2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

21.01.2017
Dimaklumkan bahawa Pn Rozila Bt Roslan isteri Mohd Sibi, rumah Jalan Batu, telah meninggal dunia sebentar tadi. Jenazah akan  disolat selepas solat fardhu asar di Surau Az-Zubir. Semua ahli kariah dijemput hadir.

Moga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

KULIAH SUBUH SURAU HJ JANGIDIN 22 Jan 2017

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
SURAU HJ JANGIDIN

22 Jan 2017 (Ahad)
USTAZ HAIRULLAH HASHIM

Semua jemaah dijemput hadir.

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
"Jom hadir ke Taman-taman Syurga"

✨📝 Sebaran iBK ✨

Kuliah Maghrib malam ini 21 Jan 2017

ORANG YANG MEMAKMURKAN MASJID

INFO AD-DEEN

ORANG YANG MEMAKMURKAN MASJID

RAJIN2 BERKUNJUNG KE RUMAH ALLAH SAMBIL BERNIAT BERTEMU TUAN RUMAH, IN SHA ALLAH KITA BAKAL DIUNDANG MENETAP DI TAMAN-NYA NANTI

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid untuk berjemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah: ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda:
"Ada 7 golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya... seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid. " (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa.  Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

Ya Allah, semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)
🌻🕌🌻🕌🌻🕌🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨