Wednesday 11 January 2017

sumbangan untuk Program Food Flotilla For Myanmar(Rohingya)

INFO MASJID

Assalamualaikum...

Pihak Masjid AtTaqwa Kg. Bukit Kapar ingin merakamkan penghargaan kepada masyarakat kampung yang telah memberi pelbagai sumbangan untuk Program Food Flotilla For Myanmar(Rohingya) yang telah diwar-warkan sejak 6 Januari 2017.

Untuk makluman semua, berikut adalah maklumat berkaitan sumbangan anda :

*Beras - 33 kampit
*Pakaian - 24 kotak/ 44 bungkusan
*Napkin pakai Buang - 4 kotak
*Mee Hon - 1 kotak
*Makanan ringan - 1 kotak
*Mineral water - 6 kotak
*Sardin - 2 kotak
*Kacang Peas - 1 kotak
*Biskut - 2 tin Besar
*Mee kering - 1 kotak Besar
*Mee Maggie - 1 kotak Besar

Segala sumbangan tersebut telah dihantar ke Pusat pengumpulan di Masjid Al Amin, Kg. Delek malam tadi dan akan dibawa ke pelabuhan Klang selewat-lewatnya pada *30 Januari 2016.*

Inilah tanda ikatan ukhuwah kita kepada saudara seIslam kita yang dizalimi.

Semoga Sumbangan ikhlas tuan-puan diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh  serta dikurniakan pahala yang berpanjangan seterusnya ia menjadi asbab untuk tuan-puan dimasukkan ke dalam *Jannatul Firdaus* nanti.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Ustaz Faryzan Subkhi
Nazir Masjid At-Taqwa Bukit Kapar
🌻🕌🌻🕌🌻🕌🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment