Tuesday 28 February 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

28.2.2017

Dukacita dimaklumkan Hj Abu Bakar (Rohani) bin Hj Lias tinggal di Jln Hj Abdul Latif, Kariah Masjid Kg Bkt Kapar telah meninggal dunia. Jenazah akan  dikebumikan lepas Asar ini.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO AM

INFO AM

Tolong beri ingatan pada  anak2 dan Cucu kita, agar TIDAK Bergurau dgn cara MENARIK BANGKU/KERUSI, ketika anak lain nak duduk...

Ada Pelajar SMK, minggu yg lalu, ketika dia nak duduk, KERUSI nya ditarik oleh kawan lelaki nya, sehingga dia jatuh terduduk, dan dia langsung 'TERDIAM dan hanya mengeluarkan air mata'

Kemudian, pihak sekolah langsung membawa nya ke Rumah Sakit...

Tapi, sampai saat ini, Pelajar/Anak Perempuan tersebut menderita KELUMPUHAN, dan TIDAK dapat Bercakap

Menurut Dokter, dia terjatuh dan terkena tulang ekor nya...

Para GURU di Sekolah/Kolej/Uni, tolong beri INGATAN kepada murid2 kamu tentang HAL ini...

Para IBUBAPA & KAWAN2, marilah kita sama2  MENGINGATkan ANAK CUCU kita tentang HAL ini, agar TIDAK terjadi lagi peristiwa, yg kelihatannya hanya 'remeh',  tetapi dapat MEMUSNAHkan Masa Depan anak orang lain

✨📝 Sebaran iBK ✨

JANGAN BERGURAU DENGAN CARA MENARIK BANGKU/KERUSI

INFO AM

Tolong beri ingatan pada  anak2 dan Cucu kita, agar TIDAK Bergurau dgn cara MENARIK BANGKU/KERUSI, ketika anak lain nak duduk...

Ada Pelajar SMK, minggu yg lalu, ketika dia nak duduk, KERUSI nya ditarik oleh kawan lelaki nya, sehingga dia jatuh terduduk, dan dia langsung 'TERDIAM dan hanya mengeluarkan air mata'

Kemudian, pihak sekolah langsung membawa nya ke Rumah Sakit...

Tapi, sampai saat ini, Pelajar/Anak Perempuan tersebut menderita KELUMPUHAN, dan TIDAK dapat Bercakap

Menurut Dokter, dia terjatuh dan terkena tulang ekor nya...

Para GURU di Sekolah/Kolej/Uni, tolong beri INGATAN kepada murid2 kamu tentang HAL ini...

Para IBUBAPA & KAWAN2, marilah kita sama2  MENGINGATkan ANAK CUCU kita tentang HAL ini, agar TIDAK terjadi lagi peristiwa, yg kelihatannya hanya 'remeh',  tetapi dapat MEMUSNAHkan Masa Depan anak orang lain

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 27 February 2017

KULIAH MAGHRIB SURAU AL-HUDA BKT. DUSUN

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
SURAU AL-HUDA BKT.DUSUN

27-Feb-2017 (Isnin)
Ust. Ghazali b..Omar
-Aqidah Sunnah Waljamaah-

Semua dijemput hadir.
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻

"JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA"

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 26 February 2017

PROGRAM NIKAH PERDANA

INFO MASJID

💍PROGRAM NIKAH PERDANA

Anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Klang
Tarikh : 18 MAC 2017 (Sabtu)
🕌Masjid AtTaqwa Kg Bkt Kapar Klang
💰Bayaran *RM1000*
🌹Antara pakej menarik dsediakn tmasuk :
💘Upah nikah
💘Surat Perakuan Nikah
💘Kad kahwin
💘Kek Pengantin
💘BungaTangan
💘Pelamin
💘Makan Beradab
Utk pngantin dan ibu bapa sahaja
💘Hadiah Pengantin
💘Santapan Tetamu
tiada limit

😱hanya ade 8 tempat kosong
😱Sape cepat dia dpt...

Jom wassup laju2.....jangan menyesal... pernikahan anda akan menjadi detik terindah
TILL JANNAH
☎0133762518 Ust Nasrul Hadi
☎0176368725 Ustazah Norazrin
🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 25 February 2017

KULIAH SUBUH SURAU AL-HUDA BKT.DUSUN

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
SURAU AL-HUDA BKT.DUSUN

26-Feb-2017 (Ahad)
Ust.Mohd.Akdi b.Yaakop

Semua dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
"JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA"

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH SUBUH Surau Hj Hamdani

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Hj Hamdani
(Pengajian kitab Anak Kunci Syurga)

26.2.2017 (Ahad)
Ust. Dahim bin Jalal

Semua dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
*"JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA"*

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH SUBUH Surau Hj Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Hj Jangidin
Kariah Bukit Kapar Tengah

26.2.2017 (Ahad)
Ust. Hairullah Hashim

Semua dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
*"JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA"*

✨📝 Sebaran iBK ✨

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

INFO PENDIDIKAN

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Semua ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan 5-6 tahun yang lahir pada tahun 2011 & 2012 boleh mendaftarkan anak ke sekolah kerajaan melalui sistem online.

Tuan / puan boleh melayari
http://public.moe.gov.my mulai
1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.

Sebarang pertanyaan tuan/ puan boleh menghubungi pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
JPN- 055015110/5106.

✨📝 Sebaran iBK ✨

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 27/02/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman - Tajwid

🌹 01/03/17 (Rabu)
Ust Endang - Kitab Imam As Syafiee

🌹 03/03/17 (Jumaat)
Ust  Rafiq - Amalan Ulama Silam

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Friday 24 February 2017

INFO PENDIDIKAN

INFO PENDIDIKAN

Pelajar2 yg tunggu result SPM boleh isi online IPG. Tahun ini pengambilan Guru dalam Program PISMP di IPG seluruh negara - Sesiapa berminat boleh online. Kali pertama pengambilan utk lepasan Spm tahun ini.
http://www.mysumber.com/permohonan-ipg-guru-pismp.html
🎓🎓🎓🎓🎓🎓🎓

✨📝 Sebaran iBK ✨

PIALA FA FAS 2017

INFO SUKAN

PIALA FA FAS 2017
Tarikh perlawanan akhir Piala FA FAS 2017 akan berlangsung pada:
Tarikh :10 Mac 2017
Tempat :Stadium Selayang.
Masa :8.45 malam

NPNG EMKAY VS BUKIT KAPAR FC

#MisiJuaraPialaFACup
⚽⚽⚽⚽⚽⚽⚽

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH SUBUH Surau Hj Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Hj Jangidin
Kariah Bukit Kapar Tengah

25.2.2017 (Sabtu)
Ust. Ramzi Ishak

26.2.2017 (Ahad)
Ust. Hairullah Hashim

Semua dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
*"JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA"*

✨📝 Sebaran iBK ✨

Thursday 23 February 2017

KULIAH MAGHRIB SURAU AL-HUDA

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
SURAU AL-HUDA BKT. DUSUN

23-Feb-2017 (Khamis)
Ust. Dahim bin Jalal
- Fiqh As Syafie -

Semua dijemput hadir.

🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
"JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA"

✨📝 Sebaran iBK ✨

Wednesday 22 February 2017

SKIM KESIHATAN WANITA

INFO KESIHATAN

SKIM KESIHATAN WANITA

Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru Akan Mengadakan Program Mammogram Selangor (Skim Kesihatan Wanita, Pemeriksaan Payudara) Secara PERCUMA, Pada Bulan Mar 2017.

Tarikh : 25 Mar 2017 (Sabtu).
Masa : 8.00pagi.
Tempat : Hospital KPJ KLANG

Pengangkutan Disediakan

SYARAT- SYARAT

1.  Wanita Berumur genap 40 tahun hingga 60 tahun Sahaja.
2.  Warganegara Malaysia
3. Tidak mengandung dan tidak menyusukan
4. Alamat MyKad di Selangor

Terhad Kepada 40 Orang Peserta Sahaja. Jika Berminat Boleh Datang Ke Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru Untuk Mengambil Borang. Sila Bawa Salinan Kad Pengenalan.

Untuk Keterangan Lanjut Boleh Hubungi :
016 2509117 (Pn R.Lilee Mokhtar)
03 0333934877 (Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru)

✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 21 February 2017

PENDAFTARAN KAD PEDULI SIHAT

INFO BKT KAPAR

PENDAFTARAN KAD PEDULI SIHAT

KAUNTER PENDAFTARAN AKAN DIBUKA:

TARIKH: 21.2.2017 (Selasa)
MASA : 5.00 Ptg - 10.00 Mlm
TEMPAT: PASAR MALAM
                 BT 8, KT KAPAR.

PEMOHON YG BERKELAYAKAN DIMINTA BAWA DOKUMEN BERIKUT:

1. SALINAN IC/MY KAD/MY KID/SURAT BERANAK ANAK

2. SALINAN PENYATA GAJI
ATAU PENGESAHAN PENDAPATAN YG BEKERJA SENDIRI(BORANG PENGESAHAN DISEDIAKAN
DI KAUNTER).

3. PENGESAHAN MASTAUTIN UTK KELAHIRAN LUAR SELANGOR. ALAMAT IC HENDAKLAH ALAMAT SELANGOR.(BORANG DISEDIAKAN)

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 20 February 2017

INFO AM - GEAR TRANSMISI

INFO AM

GEAR TRANSMISI

BAGI sesetengah orang, memandu memang susah pada awalnya, tetapi menjadi semakin mudah apabila semakin kerap memandu. Bagaimanapun, ramai pemandu tidak sedar mereka sedang terbiasa melakukan tabiat buruk yang mampu merosakkan kereta.

Apabila menyentuh hal baik pulih kereta, semua orang tahu apa saja isu yang ada kaitan dengan kotak gear, gear atau transmisi memang menelan belanja mahal. Pastinya anda mahu lakukan sesuatu yang terbaik untuk melindungi bahagian kereta paling penting itu ataupun rela merana dengan jumlah bil tidak masuk akal.

Tahukah anda apakah tabiat memandu yang boleh menjahanamkan transmisi kereta? Mungkin anda boleh terus buat apa yang sudah biasa anda lakukan sambil menganggap tiada apa pun berlaku selama ini. Tetapi sekali terkena, menyesal pun tiada gunanya lagi.

Di bawah ini kami terjemahkan 5 tabiat buruk yang boleh merosakkan transmisi automatik kereta yang diolah daripada Engineering Explained.

* Pandu - D; Undur - R; Parkir - P

1. TURUN BUKIT DALAM GEAR 'N'

Anda mungkin menggunakan posisi gear N ketika memandu menuruni bukit pada situasi tertentu, dan ramai pemandu tidak sedar mereka sedang melakukan aksi bahaya.

Dengan harapan dapat mengurangkan kos bahan api, pemandu biasanya akan membiarkan kereta mereka meluncur menuruni bukit tanpa perlu memijak pedal minyak. Tetapi, tahukah anda cara itu boleh memburukkan kondisi transmisi kenderaan, terutama apabila anda tiba-tiba memasukkan gear ketika kereta sedang bergerak laju?

Di beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS), tabiat tersebut dianggap sebagai kesalahan dan boleh dikompaun kerana boleh mengundang bahaya. Ini kerana memandu dalam gear N ketika menuruni bukit membuatkan anda perlu bergantung sepenuhnya kepada sistem brek selain menghilangkan fokus kawalan ke atas pengendalian kereta.

2. TIDAK BERHENTI SEPENUHNYA SEBELUM TUKAR GEAR

Dek mahu menjimatkan masa, gopoh atau mungkin tidak tahu, anda terus saja menukar gear daripada R kepada D, atau sebaliknya tanpa menunggu kereta berhenti terlebih dahulu. Jangan terkejut kalau ada sesetengah pemandu melakukan tabiat ini hampir setiap masa.

Setiap kali menukar gear, pengapit gelung transmisi (transmission band clamp) akan berada pada gear, tetapi jika anda tidak berhenti sepenuhnya, gelung transmisi itu sendiri yang berfungsi menghentikan kereta anda.

Disebabkan ia - gelung transmisi - tidak direka untuk berfungsi seperti sistem brek, anda sedang meletakkan tekanan yang tidak diperlukan ke atas transmisi. Menggantikan gelung tidaklah mahal, tetapi kerja mendiagnosis masalah itu yang menyebabkan ia mahal kerana memakan banyak masa dan usaha.

Biasakan diri membrek dan menghentikan kereta betul-betul sebelum bergerak daripada D kepada Ra atau R kepada D.

3. PECUT ALA DRAG GUNA 'N'

Ini antara tabiat yang kerap dilakukan pemandu, iaitu memecut laju kononnya seperti seorang pelumba drag dalam posisi kereta berhenti atau gear N. Taktiknya, enjin dilahukan (rev) sehingga meter RPM mencanak naik sebelum memasukkan gear D bagi mendapatkan ekstra kuasa pecutan.

Ingat, apabila anda menukar gear selepas melahukan enjin, anda sedang meletakkan tekanan ke atas gelung transmisi, dan jika konsisten memecut cara ini, bersedialah mendapat resit bil bengkel yang tinggi.

Sebenarnya, melonjakkan kelajuan kenderaan daripada posisi berhenti boleh dilakukan tanpa tekanan ke atas transmisi dan merosakkannya. Anda sepatutnya biar saja kereta dalam D. Letakkan satu kaki pada brek, manakala satu kaki lagi memijak pedal minyak. (PENTING: Jangan ambil masa terlalu lama kerana kepanasan yang dibina juga mampu merosakkan transmisi). Angkat kaki daripada brek untuk menikmati lonjakan pecutan yang anda mahukan.

Menurut Jason Fenske daripada Engineering Explained, cara begini turut mengenakan tekanan ke atas transmisi, tetapi masih alternatif yang lebih baik berbanding memecut D daripada N.

4. 'N' DI LAMPU ISYARAT MERAH

[KONTROVERSI]

Dengan harga minyak semakin naik, carian dan usaha ke arah menjimatkan minyak seakan tidak pernah berakhir. Tetapi banyak perkara yang anda cuba lakukan untuk menjimatkan wang itu sebenarnya lebih cenderung mendatangkan keburukan dan masalah ke atas diri sendiri. Salah satunya ialah isu kontroversi seperti ini. Ada orang beritahu anda supaya meneutralkan gear untuk menjaga transmisi, tetapi Fenske pula berpendapat sebaliknya.

Selain cuba menjimatkan minyak, ramai pemandu percaya cara itu - letak posisi N setiap kali berhenti (DIULANGI: setiap kali) - boleh mengurangkan tekanan ke atas transmisi. Faktanya, salah!

Ini kerana enjin cenderung melahu lebih tinggi dalam posisi N berbanding D. Malah berpotensi menyebabkan masalah gelincir pada plat klac (melalui proses D-N-D), sekali gus menghauskan bahagian mekanikal tersebut.

Cara begini juga tidak menunjukkan perbezaan penjimatan bahan api yang ketara. Jika betul-betul mahu jimat minyak, caranya ialah mematikan terus kenderaan anda di lampu isyarat. 

Anda sebenarnya tidak perlu pun menukar N setiap kali (DIULANGI: setiap kali) berhenti di lampu isyarat - atau ketika kesesakan - kerana proses anjakan D-N-D yang kerap itu boleh menyebabkan transmisi haus. Malah, berhenti dalam D, dengan membrek secara normal tanpa memijak pedal minyak tidak merosakkan transmisi seperti yang anda sangkakan.

5. TERUS TUKAR 'P' SEBELUM BERHENTI

Ia tidak ubah seperti melompat dari atas pelana kuda yang belum pun berhenti sepenuhnya. Silap haribulan, tulang anda patah.

Dalam situasi kereta, jika terus menolak gear pada kedudukan P, tuas parkir (parking pawl) akan berkait untuk menghalang kenderaan daripada bergerak. Jadi, meletakkan kereta sebelum berhenti boleh menyebabkan tuas parkir bertindak seakan brek dan boleh memusnahkan semua proses.

Berusaha mengubah tabiat buruk ini mampu memberikan kesan kepada bajet kewangan anda. Jadi sila beri perhatian tentang bagaimana menukar gear dengan betul. Ada cara yang lebih baik untuk anda menghentikan kenderaan sekiranya pedal minyak tersekat - atau dalam kecemasan.

Anda cuma perlu matikan kenderaan dan tekan brek perlahan-lahan. Ini akan memberikan anda hasil sama yang anda harapkan tanpa merosakkan sistem transmisi.
🚗🚕🚙🚗🚕🚙🚗

✨📝 Sebaran iBK ✨

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 20/02/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman - Tajwid

🌹 22/02/17 (Rabu)
Ust Rafiq - Amalan Ulama

🌹 24/02/17(Jumaat)
Ust  Kamal - Tauhid

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 19 February 2017

KOKURIKULUM SKBK LATIHAN SUKAN & SUKANEKA

INFO SKBK

KOKURIKULUM SKBK
LATIHAN SUKAN & SUKANEKA

Kepada semua murid TAHUN 1 - TAHUN 6

1. Memakai baju sukan setiap hari mulai ISNIN hingga JUMAAT
20 hb FEB - 24 hb FEB 2017

2. Latihan mengikut sesi persekolahan masing-masing.

3. Buku di bawa mengikut jadual seperti biasa. Andai hujan, murid akan belajar seperti biasa.

4. Jangan lupa bekalkan air minum yang cukup untuk anak-anak.

Unit Kokurikulum

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

19.2.2017
Dukacita dimaklumkan En Zulkhairi B Yahya, tinggal di Jln Sekolah, Kariah Jangidin Kg Bkt Kapar telah meninggal dunia  pagi tadi. Jenazah akan  dikebumikan pagi ini

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتinَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

KHATAMAN SENI SILAT SAUDARA.

INFO BKT KAPAR

18.2.2017 (JAM 11.14 MLM)
KHATAMAN SENI SILAT SAUDARA.

Sedang berlangsung Khataman Seni Silat Saudara di Gelanggang Seni Silat Saudara Jln Johar, Kg Bkt Kapar.
Khataman silat dirasmikan oleh YB Dr Dr Hj Abd Rani Osman ADUN Meru. Dalam ucapannya YB memuji En Nazri selaku  pengasas dan mahaguru Persatuan Seni Silat Saudara kerana melatih anak-anak muda belajar silat untuk mempertahankan diri di samping melatih menjadi manusia yang mempunyai jati diri dan berdisplin. Seterusnya YB menyumbang  kewangan kepada persatuan untuk menampung perbelanjaan khataman.

Tahniah En Nazri.. tahniah anak-anak murid pesilat.. tahniah Persatuan Seni Silat Saudara.. anda semua memang hebat..

✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 18 February 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

18.2.2017

Dukacita dimaklumkan Cikgu Yusuf B Palil tinggal di Jln Meru Tambahan, Kariah Bt 8, Bkt Kapar telah meninggal dunia  pagi tadi. Jenazah akan  dikebumikan selepas zuhur.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتinَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

Wednesday 15 February 2017

RAWATAN KESIHATAN ASAS PERCUMA DI KLINIK SWASTA

INFO KESIHATAN

RAWATAN KESIHATAN ASAS PERCUMA DI KLINIK SWASTA
Warga Selangor yang pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan dan ke bawah atau pendapatan individu RM1,500 sebulan dan ke bawah dialu-alukan untuk mendaftar Kad Peduli Sihat Selangor secara percuma.

Borang permohonan boleh diisi secara dalam talian di https://pedulisihat.com/; atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan. Pertanyaan lanjut sila hubungi: 03-20893911.

#PeduliSihat #PeduliRakyat #SmartSelangor

JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA..

✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 14 February 2017

INSENTIF PERKAHWINAN BELIA SELANGOR (Rm500/seorang)

INFO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

INSENTIF PERKAHWINAN BELIA SELANGOR
(Rm500/seorang).

Syarat syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama & pendapatan.
- Permohonan secara individu~ pengantin lelaki dan perempuan.
- Berumur 35 tahun kebawah.
- Perkahwinan kali PERTAMA sahaja.
- lahir & menetap di Selangor.
- @ bukan lahir Selangor tetapi telah 10 tahun bermastautin (Pengesahan Ketua Kampung).
-  Permohonan sah dlm tempoh 3 BULAN drpd tarikh nikah/daftar Perkahwinan.

Salinan dokumen diperlukan:
- Mykad pemohon.
- Sijil nikah/ Daftar Perkahwinan JPN.
- Muka depan buku akaun Tabung Haji (Islam)
- Salinan sijil berhenti sekolah (jika bukan lahir di Selangor)

Serahan insentif :
- Bank in Tabung Haji.
- Bukan Islam, melalui sijil Simpanan Premium BSN.

Permohonan secara online;
http://mes.selangor.gov.my

# Maklumat lanjut, sila hubungi @ hadir ke JKKK/ PKM Dun Meru.
Tel: 0333934877
pkm_dunmeru@yahoo.com
🌹💍🌹💍🌹💍🌹

✨📝 Sebaran iBK ✨

ORANG YANG CERDIK

INFO AD-DEEN

ORANG YANG CERDIK

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Dari Syaddad bin Aus dari Nabi SAW baginda bersabda: "Orang yang cerdik adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang jahil adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah."  (HR Tirmizi No: 2383) Status: Hasan

Pengajaran:

1.  Orang yang cerdik adalah mereka yang sentiasa bermuhasabah terhadap amal dirinya agar sentiasa bersedia dengan amal soleh dan menghindar diri dari perbuatan maksiat

2.  Orang yang cerdik akan sentiasa mendekatkan diri menjadi orang yang bertakwa dengan amal soleh dan menjauhi yang mungkar.

3.  Orang yang cerdik akan sentiasa berwaspada terhadap kematian yang akan datang bila-bila masa.

4.  Orang yang jahil adalah mereka yang terpedaya dengan hawa nafsu.

5.  Orang yang jahil juga adalah yang hanya berangan-angan namun tidak ada usaha dan kesungguhan melakukan amal.

Mari kita menjadi orang yg  cerdik dengan mempersiapkan diri dengan beramal soleh dan menjauhi maksiat.
🌷☘🌷☘🌷☘🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 13 February 2017

JAWATAN KOSONG - PEGAWAI KESELAMATAN SJK(C) KOK BIN, MERU

INFO PEKERJAAN

JAWATAN KOSONG - PEGAWAI KESELAMATAN  SJK(C) KOK BIN, MERU

Kepada sesiapa yang berminat, boleh menelefon En Zainudin 016-3664456 atau Pn Hasnah 011-12359835

Diperlukan SEGERA!
✨📝 Sebaran iBK ✨

PERMOHONAN BANTUAN NELAYAN, PETANI & PENTERNAK KINI DIBUKA!!

INFO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PERMOHONAN BANTUAN NELAYAN, PETANI & PENTERNAK KINI DIBUKA!!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa pentadbiran ini dibawah Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor telah membuka Permohonan Bantuan Siri 1 sehingga 28 Februari 2017 (SELASA).

Berikut adalah skim² bantuan di bawah Kerajaan Negeri Selangor :

1) Program Bantuan Nelayan & Akuakultur

2) Program Bantuan Petani & Penternak

3) Program Bantuan Projek IAT

Sehubungan itu, YB Dato'/YB Tuan/YB Puan boleh menghantar permohonan daripada dun masing² ke Pejabat YB Tn Hj Zaidy Abdul Talib, Tingkat 15, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam untuk diproses oleh pihak jabatan sebelum/pada 28 Feb 2017 (Selasa).

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila hubungi :

Encik Hariz - 0355447150
Puan Ziha - 0355447676

Disediakan oleh,

Pejabat YB Tn Hj Zaidy Abdul Talib
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani
07 Feb 2017

✨📝 Sebaran ✨

INFO IT

INFO IT

Tahukah anda?
Anda boleh save apa2 msg yg anda terima dalam Whatsapp

CARANYA :
1 - tekan lama msg yg kite nk save tu
      ..akan keluar gmbr star kat atas
3 - tekan star kat bahagian atas tu (msg dh save dlm Whatsapp)
      ..selesai..

CAMNE NAK TENGOK MSG2 TU?
1 - pergi dkt chats bnyk2 tu (muka depan whatsapp)
2 - tekan 3 titik atas kanan
3 - pilih 'Starred messages'
      ..terpapar semua msg2 yg kita save
4. Tekan lama msg... untk tidakan
    ..terpapar di atas untk tindakan tidak Star, padam atau forward msg.

Selamat mencuba..
✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN

BERTERIMA KASIH PADA MANUSIA BERSYUKUR PADA ALLAH

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَا يَشْكُرُ النَّاسَ لَا يَشْكُرُ اللَّهَ

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang tidak pandai bersyukur (berterima kasih) kepada manusia, bererti ia belum bersyukur kepada Allah." (HR Tirmizi No: 1877) Status hadis : Hasan Sahih.

PENGAJARAN:

1.  Satu daripada sifat terpuji ialah mengucapkan terima kasih di atas pemberian serta pertolongan orang lain terhadap kita... Jazakallahu khairan.

2.  Orang yang kebiasaannya tidak berterima kasih terhadap kebaikan orang dan tidak bersyukur atas kebaikan mereka, maka niscaya termasuk kebiasaannya adalah kufur terhadap nikmat Allah  dan tidak bersyukur kepada-Nya.

3.  Allah tidak menerima syukurnya seorang hamba atas kebaikan Allah kepadanya jika seorang hamba tidak berterima kasih kepada kebaikan orang lain dan kufur terhadap kebaikan mereka. (Sunan Abu Daud dengan Syarah Al Khaththaby, 5/ 157-158).

Ucaplah terima kasih.. jazakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) di atas kebaikan dan pertolongan orang lain kepada kita. Moga kita menjadi orang yang bersyukur.

🌻🕌🌻🕌🌻🕌🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 12 February 2017

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 13/02/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman - Tajwid

🌹 15/02/17 (Rabu)
Ust Safuan  - Umum

🌹 17/02/17(Jumaat)
Ust  Khairullah- feqah

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

KURSUS KEUSAHAWANAN MAKANAN (CENDOL & LAKSA)

INFO KURSUS KEUSAHAWANAN

Kursus PERCUMA untuk ANDA Rakyat Selangor 
KURSUS KEUSAHAWANAN MAKANAN  (CENDOL & LAKSA)
Siri Ketiga dibuka untuk pendaftaran sekarang
Kursus anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad

Tempoh pendaftaran dan tapisan sehingga seminggu seblm program

Masa Kursus : 8 hari. Iaitu  13-16  dan 20-23 Februari 2017
Hari dan Masa : Isnin-Khamis, 8.30 pagi-4.30 petang
Tempat : Dewan Hijrah, Hijrah Training, No.5B Pusat Perdagangan SURI PUTERI Sec 20 Shah Alam
Yuran : PERCUMA
Peserta : terhad kpd 30 org shj

Syarat :
1. Warga Negara Malaysia
2. Lahir di Selangor atau yang telah bermastautin di Selangor lebih 2(dua) tahun, sila dapatkan surat sokongan Ketua Kampung
3. Tidak sedang bekerja tetap di mana-mana majikan
4. Pendapatan keluarga di bawah RM 3,000.00
5. Menerima syarat dan peraturan yang ditetapkan

Dokumen :
1. Salinan Kad Pengenalan (depan belakang)
2. Salinan Bil (Air atau Elektrik)
3. Surat Sokongan Ketua Kampung, jika berkenaan

Pra-Pendaftaran :
hantar <Nama Penuh> <No IC>  <Emel> <Alamat>
Emel ke hijrah.training@gmail.com
atau whatsapp ke 01110735029
untuk pertanyaan lanjut hubungi
019-2725153 (suhaimi)
012-2105104 (arifin)

https://www.facebook.com/Kursus-Keusahawanan-Makanan-861596600517535/
✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 11 February 2017

KULIAH SUBUH 12/2/2017 SURAU HAJI JANGIDIN

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
12/2/2017
SURAU HAJI JANGIDIN
Tuan Hj Ameer Senin

Semua di jemput hadir
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Friday 10 February 2017

INFO SYABAS

INFO SYABAS

Jumaat 10 Feb 2017

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Wilayah Klang/Shah Alam ekoran kejadian paip pecah bersaiz 100mm AC di Jln Hj Alias Bkt Kapar Klang.

Kawasan terlibat adalah seperti berikut :

1) Jln Hj Alias, Kg Bukit Kapar

Masa Siap :

4.30 pm (10/02/2017) dan bekalan air akan dibuka sejurus kerja2 pembaikan siap serta pemulihan bekalan adalah secara berperingkat.
🚱🚱🚱🚱🚱🚱🚱

✨📝 Sebaran iBK ✨

Wednesday 8 February 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

08.02.2017
Dukacita dimaklumkan bahawa Pn Salmah Bt Yasin(Isteri En. Salleh B Sukir), tinggal di Kariah  Jaya Setia, Kampung Bukit Kapar telah meninggal dunia pukul 7.10 petang tadi. Jenazah akan dikebumikan esok pagi.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتinَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR

INFO PENDIDIKAN

TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR
Bantuan pembiayaan pendidikan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

Permohonan bagi Program Khas Peduli Siswa dan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor masih dibuka sehingga 28 Februari ini

Untuk maklumat lanjut, layari laman web: tkwbns.selangor.gov.my/
🌷☘🌷☘🌷☘🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH SUBUH KHAS 09 Feb 2017 SURAU HAJI JANGIDIN,

INFO SURAU

KULIAH SUBUH KHAS
09 Feb 2017 (Khamis)

SURAU HAJI JANGIDIN, BKT KAPAR TENGAH
Ust Ghazali Omar
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA

✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 7 February 2017

INFO MINI RTC BUKIT KAPAR

INFO MINI RTC BUKIT KAPAR

1. Kelas Seni Kreatif - kraf bunga drpd sudu
📆15feb2017 (rabu)
⏰9pg-1.00 tghri
📍Mini RTC Bukit Kapar
💰RM15

2. Kelas Hair Spa - merawat rambut masalah, anti stress,melegakan sakit kepala,menyejukkan kulit kepala
📆18feb2017 (sabtu)
⏰9pg-1.00 tghri
📍Mini RTC Bukit Kapar
💰RM15

3. Kelas Jahitan -nursing blouse
📆22feb2017 (rabu)
⏰9pg-5ptg
📍Mini RTC Bukit Kapar
💰RM50

4. Kelas eUsahawan - perniagaan digital (fb ads, SEO, Google trend, copywriting,whtsapp,instagram,photo editing
📆25feb2017 (sabtu)
⏰9pg -5ptg
📍Mini RTC Bukit Kapar
💰RM 15 (yuran komitmen)

5. Kursus Pengendalian Makanan & Suntikan Typoid
📆26feb2017 (ahad)
⏰9pg - 1.00 tghri
📍Mini RTC Bukit Kapar
💰RM60

*sila daftar (nama,no ic&no hp) ke 0123388364 (pn ct zubaidah) -msg/whtsapp SHJ.
*tempat adalah terhad
*makan/mnum akn dsdiakan

#kklw
#mrtcbktkapar
#eusahawan
#membandarkanluarbandar
#satuhentianpelbagaiperkhidmatan

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO SURAU

INFO SURAU

🌷🌿🌷🌿🌿🌷🌿🌷
Assalamualaikum...

Tuan/puan/bapa2/ibu2/saudara2/saudara/saudari2/adik2 ..Dijemput hadir
Kuliah Tahsinul Ibadat (solat)
Oleh : AlFadhil Prof Dr Hasnan bin Kasan.
UKM Bangi.
Tarikh/Hari : 8 Feb 2017/Rabu
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Surau Kariah Hj.Hamdani, Jalan Bahagia, Bukit Kapar, Klang, Selangor.

Mari solat seperti solat nabi dgn mentadabbur kitab Mari Mendirikan Solat drpd kupasan/ringkasan kitab Mughni Muhtaj. Kitab ini sesuai dimiliki oleh semua orang sbg panduan n rujukan solat versi rumi dgn harga RM 50.00 sebuah.
Dapatkan kitab tersebut semasa kuliah diadakan...

Semua muslimin n muslimat dijemput hadir..

🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷
✨📝 Sebaran iBK ✨

TARIKH-TARIKH PENTING UPU BAGI LEPASAN SPM DAN STPM SETARAF SESI 2017/2018

INFO PENDIDIKAN

TARIKH-TARIKH PENTING UPU BAGI LEPASAN SPM DAN STPM SETARAF SESI 2017/2018

06 February : Permohonan UPUOnline dan Jualan unik ID BSN DIBUKA

30 March : Jualan unik ID BSN DITUTUP

31 March : Permohonan UPUOnline  DITUTUP

09 Apr ~ 15 Apr : Semakan Panggilan Temuduga Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier

21 May ~ 27 May : Hebahan Keputusan Permohonan  Lepasan SPM/ Setaraf ke UA/Politeknik Premier

21 May ~ 27 May : Hebahan Keputusan Permohonan Lepasan SPM ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA

21 May ~ 27 May : Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

28 May ~ 31 May : Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

11 Jun ~ 17 Jun: Semakan Panggilan Temuduga (Pendidikan) bagi Lepasan STPM/Setaraf

28 May ~ 31 May : Semakan Panggilan Temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi Lepasan STPM/Setaraf

18 Jun ~ 24 Jun : Hebahan Keputusan Rayuan Permohonan bagi Lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

12 June : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DIBUKA

22 June : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) bagi Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP

06 Aug ~ 12 Aug : Hebahan Keputusan Permohonan bagi Lepasan STPM/Setaraf

06 Aug ~ 12 Aug : Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM/Setaraf

13 Aug ~ 19 Aug : Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM/Setaraf

27 Aug ~ 31 Aug : Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM/Setaraf

17 Sep ~ 23 Sep : Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM/Setaraf

Sumber: - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) @ www.mohe.gov.com
🌻🌿🌻🌿🌻🌿🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

07.02.2017
Dukacita dimaklumkan bahawa En Mohammad Akhir tinggal di Taman Bkt Kapar(Taman Onn) Kampung Bukit Kapar telah meninggal dunia. Jenazah akan dikebumikan pagi ini.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 6 February 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

06.02.2017
Dukacita dimaklumkan bahawa Hj Katim B Hussain tinggal di no 20, Lot 5323, Jln Bahagia, Kampung Bukit Kapar telah meninggal dunia pukul 1.10 petang tadi. Jenazah akan dikebumikan petang ini selepas waktu asar.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

06.02.2017
Dukacita dimaklumkan bahawa Anak cikgu Shahrizal b. Mohd Asnawi 9 bulan Tmn Desa Kencana jln Iskandar, Kariah Jangidin, Kampung Bukit Kapar telah meninggal dunia malam tadi, jenazah akan dikebumikan pagi ini

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 5 February 2017

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 06/02/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman - Tajwid

🌹 08/02/17 (Rabu)
Ust Endang - kitab Imam Syafiee

🌹 10/02/17(Jumaat)
Ust  Khairullah - feqah

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

05.02.2017
Dukacita dimaklumkan bahawa Hj Sohari bin Judi, Jalan Cherakah Kariah Sebaya, Kampung Bukit Kapar telah meninggal dunia malam tadi, jenazah akan dikebumikan pagi esok.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 4 February 2017

PROGRAM TUSYEN RAKYAT SELANGOR 2017 DUN MERU

INFO PENDIDIKAN

PROGRAM TUSYEN RAKYAT SELANGOR 2017 DUN MERU

Penyertaan adalah PERCUMA!!!
Terbuka untuk pelajar SPM 2017 sahaja.

Antara tarikan PTRS 2017

* Bahan/Nota disediakan percuma
* Guru yang berpengalaman
* Program Motivasi  Successful Intelligent
* Program Pecutan Akhir (Tips menjawab soalan)
* dll..

Berminat? Sila hubungi / What's app ke Nombor
016-3397874 Fadli Ramli
(Kordinator Pembangunan Modal Insan.)

Atau datang terus ke Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru.

Daftar segera sebelum 15 hb Februari 2017.  Terhad 100 orang pelajar sahaja.

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO SURAU

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
5 Feb 2017 (Ahad)

1. SURAU HAJI JANGIDIN, BKT KAPAT TENGAH
Ust Munir Soim

2. SURAU AS-SOBIRIN, SERI JAYA
Ust Hj Surani bin Sulaiman

3. SURAU HAJI MOKRI, TAMAN SERI CERAKAH
Ust Wan Mohamad

4. SURAU AL-HUDA, BUKIT DUSUN
Ust Mohd. Shahar bin Basar

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

05 Feb 2017
KULIAH MAGHRIB

SURAU ASSOBIRIN, SERI JAYA BKT KAPAR
Ustaz Hj Akdi b. Yaakub
Kitab: Hadis

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🕌🌻🕌🌻🕌🌻
"JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA"

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH SUBUH 05 Feb 2017 SURAU ASSOBIRIN

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
05 Feb 2017 (Ahad)

SURAU ASSOBIRIN, SERI JAYA BKT KAPAR
Ustaz Hj Surani b. Sulaiman

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA

✨📝 Sebaran iBK 📝✨

KULIAH SUBUH 05 Feb 2017 SURAU HAJI JANGIDIN,

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
05 Feb 2017 (Ahad)

SURAU HAJI JANGIDIN, BKT KAPAR TENGAH
Ust Ustaz Munir Soim
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA

✨📝 Sebaran iBK 📝✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

04.02.2017
Dukacita dimaklumkan Misnan b Ahmad Lot 6368 Jaya Setia, Bukit Kapar telah meninggal dunia malam tadi, jenazah akan dikebumikan pagi ini

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

Friday 3 February 2017

RAWATAN KESIHATAN ASAS PERCUMA DI KLINIK SWASTA

INFO KESIHATAN

RAWATAN KESIHATAN ASAS PERCUMA DI KLINIK SWASTA
Warga Selangor yang pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan dan ke bawah atau pendapatan individu RM1,500 sebulan dan ke bawah dialu-alukan untuk mendaftar Kad Peduli Sihat Selangor secara percuma.

Borang permohonan boleh diisi secara dalam talian di https://pedulisihat.com/; atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan. Pertanyaan lanjut sila hubungi: 03-20893911.

#PeduliSihat #PeduliRakyat #SmartSelangor
✨📝 Sebaran iBK ✨

PASAR PAGI, DATARAN NIAGA, JLN KEMPAS, BKT KAPAR

INFO KETUA KAMPUNG

3.2.2017
PASAR PAGI, DATARAN NIAGA, JLN KEMPAS, BKT  KAPAR

Merujuk perkara di atas, setelah berbincang dan merujuk dengan pihak Pejabat Exco YB Dr. Ahmad Yunus B Hairi, Pejabat Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang, dan setelah mempertimbangkan beberapa perkara untuk kebaikan semua pihak maka pihak penganjur (JKKK) mengambil keputusan menutup sementara pasar pagi tersebut sehinggalah permohonan pihak penganjur untuk mendapatkan kelulusan mengadakan dan mengendalikan pasar pagi tersebut daripada pihak Jabatan Pelesenan MPK diluluskan.

Pihak penganjur mohon maaf kepada para peniaga dan penduduk Kg. Bukit Kapar di atas sebarang kesulitan yang berlaku.

In sha ALLAH pasar pagi tersebut akan dibuka semula sebaik saja mendapat kelulusan dari pihak berkenaan.

Pihak peniaga masih kekal di petak niaga yang sama untuk menjalankan perniagaan pada masa akan datang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus kepada pihak penganjur.

Kerjasama daripada para peniaga dan semua pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Masadan Mohsin
Ketua Kg Bkt Kapar.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Masih ada kekosongan

Projek untuk tabung Madrasah As-Solihin

JADUAL KULIAH FEBRUARI 2017 MASJID NEGERI

Kuliah Maghrib Malam Ini 03 Feb 2017

Thursday 2 February 2017

PROGRAM MALAM JUMAAT & HARI JUMAAT MASJID AT-TAQWA KAMPUNG BUKIT KAPAR

INFO MASJID

PROGRAM MALAM JUMAAT & HARI JUMAAT MASJID AT-TAQWA KAMPUNG BUKIT KAPAR

2/1/2017 (Khamis)
PROGRAM MALAM JUMAAT
- Bacaan Surah Al-Kahfi
di pimpin oleh Imam Masjid At Taqwa

3/2/2017 (Jumaat)
SOLAT JUMAAT
Khatib :
Ust Hj Mohd Akdi Yaakob
Imam 1 Masjid At-Taqwa

Bilal :
Ust Subkhi Hamdani
Pembantu Bilal Masjid At-Taqwa

"Masjid Imarah Ummah Bertaqwa"

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH MAGHRIB SURAU HJ. JANGIDIN

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
02 Feb 2017 (Malam ini)

SURAU HJ. JANGIDIN, BKT KAPAR TENGAH
Ust Endang Wahyudi Yusuf
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA

✨📝 Sebaran iBK 📝✨

BANJIR DI KG BKT KAPAR

INFO KETUA KAMPUNG

2.2.2017
BANJIR DI KG BKT KAPAR

Assalamualaikum...

Dukacita lagi sekali banjir berlaku untuk kali yang ke 3 dalam tempoh 10 hari. Ta'ziah dan simpati kepada mangsa-mangsa banjir dari pihak ADUN Meru, Ahli majlis MPK, JKR, JPS, PEJ. DAERAH, JKKK, Kontraktor dan seluruh penduduk Kg Bkt Kapar.
Moga mangsa banjir diberi kekuatan dan terus bersabar.

Untuk makluman pada 31.1.2017, pihak JKKK dibantu petugas-petugas sukarela mengagihkan  nasi kepada mangsa untuk makan tengahari dan makan malam.

Pada tarikh yang sama, pihak JKKK lagi sekali mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan agensi berkenaan seperti JKR/MPK/JPS/AHLI MAJLIS MPK/PKM/Konsultan/Kontraktor dan JKKK untuk mencari penyelesaian masalah banjir. Keputusannya pihak kontraktor diarahkan dan bersetuju untuk melakukan perkara berikut:

1. Melebarkan dan mendalamkan lagi perparitan sementara.

2. Menambah jumlah culvert(kelongkong) yang dipasang.

3. Memasang longkang konkrit 'U' bermula dari jalan Iskandar dahulu.

4. Memberhentikan menimbus parit lama yang belum ditimbus dan tidak mengorek perparitan baru yang sementara sehingga kerja-kerja pemasangan longkang konkrit 'U' dimulakan.

5. Menyiapkan pemasangan longkang 1500mm di seberang jalan dengan kadar segera.

6. Menyiapkan pemasangan longkang 'U' dengan kadar segera.

7. Memastikan perparitan tanah yang sementara dalam keadaan bersih dan tidak sempit sepanjang projek berjalan sehingga siap.

Pihak kontraktor akan menjalankan kerja-kerja seperti yang diarahkan sebaik sahaja air surut.

Moga tindakan kontraktor seperti yang diarahkan menghilangkan keresahan dan trauma mangsa-mangsa banjir.

Penduduk dipohon memberi kerjasama sehingga pembinaan siap dijalankan.

Pihak JKKK, Ahli Majlis & PKM akan membuat pemantauan dan progress terhadap cadangan2 tersebut demi memastikan ia dilaksanakan sebaiknya.

Terima kasih,

Masadan Mohsin
Ketua Kampung Bkt Kapar

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

02.02.2017
Dukacita dimaklumkan  Pn.Hjh Sumirah Bt Munodo, beralamat di No 2822 Jalan Ciku off Jalan Kopi, Kariah Darul Aman Kg Bkt Kapar, telah meniggal dunia sebentar tadi di Hospital. Jenazah akan dikebumikan pagi ini.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

Wednesday 1 February 2017

Kuliah Maghrib Malam Ini 01 Feb 2017

Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor

Bagi anak Selangor yang menuntut di universiti awam (selain UIA, UITM, UPM dan UKM Kampus Selangor) dan swasta seluruh negara, Kerajaan Negeri menawarkan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Sesi Pertama 2017 yang dibuka bermula 1 - 28 Februari 2017.
Untuk permohonan dan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor.

http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/