Monday 13 February 2017

PERMOHONAN BANTUAN NELAYAN, PETANI & PENTERNAK KINI DIBUKA!!

INFO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PERMOHONAN BANTUAN NELAYAN, PETANI & PENTERNAK KINI DIBUKA!!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa pentadbiran ini dibawah Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor telah membuka Permohonan Bantuan Siri 1 sehingga 28 Februari 2017 (SELASA).

Berikut adalah skim² bantuan di bawah Kerajaan Negeri Selangor :

1) Program Bantuan Nelayan & Akuakultur

2) Program Bantuan Petani & Penternak

3) Program Bantuan Projek IAT

Sehubungan itu, YB Dato'/YB Tuan/YB Puan boleh menghantar permohonan daripada dun masing² ke Pejabat YB Tn Hj Zaidy Abdul Talib, Tingkat 15, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam untuk diproses oleh pihak jabatan sebelum/pada 28 Feb 2017 (Selasa).

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas, sila hubungi :

Encik Hariz - 0355447150
Puan Ziha - 0355447676

Disediakan oleh,

Pejabat YB Tn Hj Zaidy Abdul Talib
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani
07 Feb 2017

✨📝 Sebaran ✨

No comments:

Post a Comment