Tuesday 14 February 2017

ORANG YANG CERDIK

INFO AD-DEEN

ORANG YANG CERDIK

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Dari Syaddad bin Aus dari Nabi SAW baginda bersabda: "Orang yang cerdik adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang jahil adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah."  (HR Tirmizi No: 2383) Status: Hasan

Pengajaran:

1.  Orang yang cerdik adalah mereka yang sentiasa bermuhasabah terhadap amal dirinya agar sentiasa bersedia dengan amal soleh dan menghindar diri dari perbuatan maksiat

2.  Orang yang cerdik akan sentiasa mendekatkan diri menjadi orang yang bertakwa dengan amal soleh dan menjauhi yang mungkar.

3.  Orang yang cerdik akan sentiasa berwaspada terhadap kematian yang akan datang bila-bila masa.

4.  Orang yang jahil adalah mereka yang terpedaya dengan hawa nafsu.

5.  Orang yang jahil juga adalah yang hanya berangan-angan namun tidak ada usaha dan kesungguhan melakukan amal.

Mari kita menjadi orang yg  cerdik dengan mempersiapkan diri dengan beramal soleh dan menjauhi maksiat.
🌷☘🌷☘🌷☘🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment