Friday 31 March 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

31.3.2017 - Jumaat
Dukacita di maklumkan bahawa Hj. Haron bin Hj. Said (Cikgu Haron) telah meninggal dunia di rumah nya sebentar tadi di Lot 5262 Jln. Iskandar (Kariah Masjid) Bkt. Kapar

Jenazah nya akan di kebumikan selepas ishak

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

PASAR PAGI DI DATARAN NIAGA, JALAN KEMPAS , KG BUKIT KAPAR

INFO NIAGA

PASAR PAGI DI DATARAN NIAGA, JALAN KEMPAS , KG BUKIT KAPAR

📢 Kepada semua penduduk kg bkt kapar & sekitarnya .

💥 Marilah beramai-ramai mengunjungi "Pasar pagi Di Dataran Niaga, Jalan Kempas Kg Bkt Kpr" pada setiap pagi Sabtu. Butiran adalah seperti berikut :

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Jalan Kempas, Kg Bukit Kapar

💥 Pelbagai juadah & juga barangan keperluan harian yg dijual dgn *HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN*, antaranya :

1) Makanan & minuman.
2) Buah-buahan & sayuran kampung yg segar.
3) Ayam & pelbagai jenis ikan segar.
4) Jualan pelbagai jenis pokok buah2an & bunga.
5) Pelbagai jenis pakaian.
6) Ubat-ubatan tradisional
7) Dan banyak lagi..

🐠🐟🐓🍉🍌🍊🌶
Jumpa anda disana.

#SokongPeniagamuslim#

✨📝 Senaran iBK ✨

INFO TRAFIK

INFO TRAFIK

31.3.2017
Lalulintas sesak sempena hari 'Ching Ming'  kaum Tionhua. mulai hari ini hingga 2 April. Jalan Meru ke perkuburan Cina Jalan Kenangan dan Fairy Park.

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH MAGHRIB KHAS Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB KHAS
Surau Haji Jangidin

31/3/2017 JUMAAT
UST SUHAIMI WAKID

Semua di jemput hadir
🌹🍁🌹🍁🌹🍁🌹

✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 28 March 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

28.3.2017 - Selasa
Dukacita di maklumkan bahawa Pn Supiah Bt Husin (isteri En Shawaludin) tinggal di Kariah Masjid telah meninggal dunia lebih kurang jam 3.00 lebih tadi. Jenazah masih di hospital dan in sha ALLAH akan dikebumi esok pagi.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 27 March 2017

PENDAFTARAN AHLI BARU SERTA PEMBUKAAN GELANGGANG BAGI SESI 2017/2018


INFO KESENIAN

PENDAFTARAN AHLI BARU SERTA PEMBUKAAN GELANGGANG BAGI SESI 2017/2018

Tarikh: 15 APRIL 2017 (Hari Sabtu malam Ahad)
Masa: 9:00 - 11:30 pm
Tempat: Lot 4077, Jalan Dato Johar Kampung Bukit Kapar, Klang Selangor

Oleh itu, kepada tuan/puan yang berminat atau mempunyai anak serta saudara mara boleh menghubungi atau whatsapp kami di talian ..

No: 0147161209 (Pengerusi Persatuan Seni Silat Saudara)

SYARAT PENYERTAAN:
✅ Berumur 10-30 tahun
✅ Dibuka untuk lelaki dan perempuan
✅ Yuran pendaftaran rm30 ringgit
✅ Yuran bulanan rm10

Kedatangan untuk menjadi ahli amat dialukan oleh persatuan seni silat saudara..

✨📝 Sebaran iBK ✨

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 27/03/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman - Tajwid

🌹 29/03/17 (Rabu)
Ust Hidayat - Zikir & Doa

🌹 31/03/17(Jumaat)
Ust Khairullah - Feqah

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 26 March 2017

BENGKEL BASIC REPAIR SMARTPHONE

BENGKEL BASIC REPAIR SMARTPHONE

Generasi Muda sekitar DUN Meru jom daftar program #MAKEDOIT Basic Repair Smartphone terhad utk 20 peserta sahaja.

Program akan berlangsung pada 8 & 9 April 2017 (Sabtu & Ahad) bertempat di Bazaar Asy Syariff, Meru bermula jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Yuran komitment RM50.00 je.

Maklumat & Pendaftaran;
019-634 8689

Anjuran Penggerak Belia Tempatan MPK N42B
☘🍁☘🍁☘🍁☘
Jom #MAKEDOIT!
#PeBTMPK N42B

✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 25 March 2017

KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

INFO PENDIDIKAN

KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS) mencari pelajar lepasan SPM yg berminat untuk mengikuti kursus Sains Kesihatan peringkat DIPLOMA

KURSUS YANG DITAWARKAN:
▶ Kesihatan Persekitaran
▶ Pembantu Perubatan
▶ Farmasi
▶ Kejururawatan
▶ Fisioterapi
▶ Jurupulih Perubatan Terapi Carakerja
▶ Pengurusan Penjagaan Kesihatan
▶ Sains Perubatan
▶ Keselamatan Pekerjaan (OSH)
▶ Teknologi Makmal Perubatan
▶ Pengurusan Hotel

Kemasukkan: April 2017

Tempoh Kursus : 3 tahun

SYARAT KEMASUKAN:
✅Pelajar Lepasan SPM dengan syarat kemasukkan 3 kredit termasuk satu matapelajaran Sains atau lulus 2 mn2 subjek sains (bio, kimia, fizik) dan lulus Bahasa Melayu.
✅Untuk Diploma Pembantu Perubatan dan Kejururawatan,  kemasukan adalah 5 kredit termasuk 3 daripadanya Sains, Matematik dan Bahasa Melayu.

✅Pendaftaran RM100 sahaja

✅Kolej  milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
                   
✅Pinjaman PTPTN disediakan kepada pelajar

✅Duit Sara Diri bulanan RM300- RM500 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

✅Asrama dan pengangkutan Disediakan

✅Penerbangan pergi dan balik Sabah dan Sarawak ditanggung setelah tamat pengajian

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Berminat Untuk Memohon?
WhatsApp/sms ;-

<>Nama
<>Alamat
<>NO Kp
<>NO Hp
<>Email
<> SPM

Hantar Kepada:
0136735526 Han
🌿🍃🌿🍃🌿🍃🌿

✨📝 Sebaran iBK ✨

PESTA KERJAYA 2017 (CP17) UNIVERSITI MALAYA

INFO KERJA KOSONG

PESTA KERJAYA 2017 (CP17) UNIVERSITI MALAYA

🗒 Tarikh: 12-13 April 2017
🏢 Tempat: Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
⏰ Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

SENARAI MAJIKAN/SYARIKAT SERTAI SEPERTI BERIKUT:

1. Tenaga Nasional Berhad
2. Robert Bosch Sdn Bhd
3. Hong Leong Manufacturing Group
4. Gamuda Berhad
5. Nippon Paint (M) Sdn Bhd
6. Huawei Technologies (M) Sdn Bhd
7. Top Glove Sdn Bhd
8. Public Bank
9. ON Semiconductor Malaysia Sdn Bhd
10. Telekom Malaysia Berhad
11. Daikin Malaysia Sdn Bhd
12. UEM Group Berhad
13. IPSOS Sdn Bhd
14. Micron Semiconductor Malaysia Sdn Bhd
15. Juris Technologies Sdn Bhd
16. TFM Foundation
17. Hartalega Sdn Bhd
18. Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd
19. Pricewaterhousecoopers Associates Sdn Bhd
20. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
21. Kossan Rubber Industries Bhd
22. Prudential Assurance (M) Bhd
23. Coca Cola Bottlers Malaysia
24. ICAEW Malaysia Limited
25. Capital Dynamics Sdn Bhd
26. Ramco Systems Sdn Bhd
27. Materialise Sdn Bhd
28. Pembinaan Mitrajaya Berhad
29. Public Mutual Berhad
30. OSK Holdings Berhad
31. Kuala Lumpur Kepong Berhad
32. Toyota Tsusho (Malaysia) Sdn Bhd
33. CP Ardent Advisory Sdn Bhd
34. CIMB Bank Berhad
35. Citibank Berhad
36. Honda Malaysia Sdn Bhd
37. Cheng & Co
38. Berjaya Corporation Berhad
39. R.E.A.L Education Group Sdn Bhd
40. Panasonic Group Malaysia Sdn. Bhd.
41. Ernst & Young Advisory Services Sdn Bhd
42. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
43. Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd
44. Amkor Technology Malaysia Sdn Bhd
45. Plexus Manufacturing Sdn Bhd
46. JobsMalaysia
47. SWM Environment Sdn Bhd
48. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd
49. Schlumberger
50. Astro Group Services Sdn Bhd
51. Malayan Flour Mills Berhad
52. Pharmaniaga Berhad
53. Malaysian Resources Corporation Berhad
54. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
55. Graduan
56. GTI

Kepada mahasiswa/i atau alumni yang ingin mencari peluang pekerjaan bolehlah hadir dan bawa resume anda bersama.
☘🌿☘🌿☘🌿☘

✨📝 Sebaran iBK ✨

Friday 24 March 2017

KULIAH SUBUH Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Haji Jangidin

- 25/3/2017
Ust Ramzi Ishak
"Penawar hati"

- 26/3/2017
Ust Hairullah Hashim
"Adap menuju ke jalan Allah"

Semua di jemput hadir
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

PROGRAM HIJRAH SELANGOR

INFO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PROGRAM HIJRAH SELANGOR

TERBUKA KEPADA SEMUA USAHAWAN-USAHAWAN YANG MEMPUNYAI PENIAGAAN YANG MEMERLUKAN MODAL TAMBAHAN, UNTUK MEMBAIK PULIH PREMIS ATAU MEMBELI PERKAKASAN PERNIAGAAN

KAWASAN:
📌DUN MERU(N42)
📌DUN SEMENTA(N43)
📌DUN SUNGAI PINANG(N44)

PINJAMAN YANG DI TAWARKAN BERMULA DARI RM1,000 SEHINGGA RM50,000

SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON:
📌Warganegara Malaysia berumur 18tahun-60tahun
📌berasal Dan menetap di Selangor
📌mempunyai lesen perniagaan SSM/Permit
📌sudah berniaga lebih dari 6 bulan
📌mempunyai premise perniagaan di selangor
📌tidak mempunyai record senarai hitam
📌satu isi rumah hanya seorang sahaja yang boleh memohon
📌terlibat secara langsung dengan perniagaan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERHUBUNGI:
🌹Nursyahirah Jasni Pegawai Hijrah Cawangan Kapar 011-17897670 (Call/Whatsapp)
🌷☘🌷☘🌷☘🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

PENGAJIAN MUSLIMAT SURAU DARUL AMAN

INFO SURAU

PENGAJIAN MUSLIMAT
SURAU DARUL AMAN Lapis 7, Jln. Kopi

Tarikh : 27/3/2017
Hari    : Isnin
Masa : 3.00 ptg
Guru   : Tn.  Hj.  Surani.
Kitab : Fiqh Syafii jilid 1

Muslimat adalah di jemput hadir.
💐💐💐💐💐💐💐

✨📝 Sebaran iBK ✨

JAWATAN KOSONG PENGAWAL KESELAMATAN ( SHIFT MALAM )

INFO PEKERJAAN

JAWATAN KOSONG
PENGAWAL KESELAMATAN ( SHIFT MALAM )
Di SRA Bukit Kapar Barat,
Jalan Durian, Bkt Kapar.

Umur antara 18 - 55 tahun. Boleh menulis dan membaca. Sihat tubuh badan. Tiada rekod jenayah. Bertanggungjawab dan amanah.
Hubungi pejabat sekolah
Segera 03-33923690
( Guru Besar )

✨📝 Sebaran iBK ✨

PASAR PAGI DI DATARAN NIAGA, JALAN KEMPAS, KG BUKIT KAPAR

INFO NIAGA

PASAR PAGI DI DATARAN NIAGA, JALAN KEMPAS, KG BUKIT KAPAR

🎊🎉 Assalamualaikum wbt 🎉🎊
📢 Kepada semua penduduk Kg Bkt Kapar & sekitarnya .

💥 Marilah beramai-ramai mengunjungi " Pasar pagi Di Dataran Niaga, Jalan Kempas Kg Bkt Kpr" pada setiap pagi Sabtu. Butiran adalah seperti berikut :

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Jalan Kempas,Kg Bukit Kapar

💥 Pelbagai juadah & juga barangan keperluan harian yg dijual dgn HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN, antaranya :

1) Makanan & minuman.
2) Buah-buahan & sayuran kampung yg segar.
3) Ayam & pelbagai jenis ikan segar.
4) Jualan pelbagai jenis pokok buah2an & bunga.
5) Pelbagai jenis pakaian.
6) Ubat-ubatan tradisional
7) Dan banyak lagi..

🐟🐓🍉🍌🌶🍊🍆
Jumpa anda disana.
😊😊😊

#SokongPeniagamuslim#

✨📝Sebaran iBK✨

PENDAFTARAN ANAK YATIM 2017 YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE)

INFO MASJID

PENDAFTARAN ANAK YATIM 2017 YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE)

Adalah dimaklumkan pihak Masjid AtTaqwa Bukit Kapar sedang mengemaskini senarai anak yatim yang menetap di Kg Bukit Kapar untuk dimajukan kepada YIDE.

Syarat permohonan:
1) Warganegara Malaysia.

2) Kematian bapa kandung.

3) Umur belum mencapai 16 tahun.

4) Mempunyai salinan dokumen berikut:
🔸Kad pengenalan penjaga yang sah
🔸Sijil kelahiran anak yang sah
🔸Sijil kematian bapa kandung yang sah.

Dapatkan borang permohonan melalui 'amil kariah atau pengerusi Biro Kebajikan Tn Hj Ismail Habib +60192020846.

Setiap permohonan yang lengkap hendaklah sampai ke Pejabat Nazir Masjid (u/p Bendahari) tidak lewat dari hari Sabtu  8hb April 2017 jam 12.00tengahari.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Thursday 23 March 2017

PROGRAM GOGOH

INFO KAMPUNG

PROGRAM GOGOH
25/3/2017 @ 9.00 pagi (selepas senaman @ Dataran Harmoni SKBK)
Lokasi : Jln Bahagia, Kg Bukit Kapar. (hadapan surau Al Islah, Setia Jaya )
Penyertaan : Terbuka

✨📝 Sebaran iBK ✨

Wednesday 22 March 2017

PROGRAM PRMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DAN KENALI UBAT ANDA.

INFO KESIHATAN

PROGRAM PRMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DAN KENALI UBAT ANDA.

Jawatankuasa Penduduk Kariah Masjid (JPKM) dan Perkumpulan WI dengan kerjasama JKKK Kg Bukit Kapar akan mengadakan program seperti di atas pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 24.3.2017
Hari       : Jumaat
Masa    : 2.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna
                  Jln Kopi, Kg Bkt
                  Kapar.
Acara:
- ceramah kesihatan
- pemeriksaan kesihatan
- pameran ubat rampasan
- pertanyaan ubat

Semua penduduk Kg Bkt Kapar dijemput hadhir beramai-ramai.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 21 March 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

21.3.2017 - Selasa
Dukacita di maklumkan bahawa Saziatul Zahira (menantu arwah Hj. Ngadini & Hjh. Alpiah) beralamat di Jln Setia Jaya (kariah Setia Jaya) telah meninggal dunia mlm tadi. Jenazah akan di kebumikan pagi ini.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 20 March 2017

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 20/03/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman- Tajwid

🌹 22/03/17 (Rabu)
Ust Fathi Naim  - Umum

🌹 24/03/17(Jumaat)
Ust Kamal - Tauhid

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 19 March 2017

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG

19.3.2017
ALHAMDULILLAH ...Program 3K (Kanival Kampungku Kesayanganku) dan Sambutan Kemuncak 100 Tahun Kg Bukit Kapar telah melabuhkan tirainya.

Terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah Exco Dato Dr Ahmad Yunus B Hairi ( Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi) kerana memilih Kg Bukit Kapar sebagai tuan rumah mewaklili Daerah Klang untuk Program Kanival Kampungku Kesayanganku(3K) tahun 2017. Pejabat Agama Islam Daerah Klang dilantik menjadi urusetia program dan tahniah serta terima kasih diucapkan kepada Tuan PTA Ust Jamali B Adnan dibantu oleh semua kakitangannya kerana berjaya menjalankan tugas dengan amat baik dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, ADUN Meru, PKM, Ahli Majlis, JKKK Bukit Kapar dan Masjid Attaqwa Bkt Kapar serta semua biro-biro yang terlibat.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung dengan amat meriah semalam yang banyak memberi banyak manfaat kepada seluruh penduduk Daerah Klang khususnya penduduk Kg Bukit Kapar.

Pihak JKKK dan Masjid Attaqwa Kg Bukit Kapar mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung kerana hadhir dalam program yang diatur di samping menyertai acara-acara yang dipertandingkan.

Pihak JKKK dan Masjid Attaqwa Bukit Kapar juga mengucapkan ribuan terima kepada pengerusi-pengerusi kariah serta anak-anak buahnya yang terlibat sama menganjur, mengurus serta menyertai semua acara terutamanya acara sukan rakyat. Kariah yang terlibat sama ialah Kariah Masjid, Kariah Darul Aman, Kariah Bkt Dusun, Kariah Bukit Kapar Tengah, Kariah Bt 8, Kariah Tmn Sri Cerakah, Kariah Hj Hamdani, Kariah Sebaya, Kariah Sri Jaya, Kariah Jaya Setia, Kariah Paya Barat dan Kariah Setia Jaya.

Ribuan terima Kasih kepada Kariah Masjid yang mengetuai rewang dan masak serta dibantu Kariah Jaya Setia dan Kariah Tmn Sri Cerakah untuk program kenduri rakyat bagi meraikan 19 pasang pengantin yang dinikahkan dalam program Nikah Perdana. ALHAMDULILLAH masakan mendapat pujian daripada tetamu kerana sedap.

Ribuan terima kasih juga yang buat persembahan iaitu Persatuan Kompang Jawa Darul Aman, Persatuan Seni Cempoling Warisan dan Persatuan Silat Saudara.

Kepada para penyumbang tidak ketinggalan ribuan terima kasih diucapkan samada menyumbang kewangan, barangan atau tenaga iaitu ADUN Meru, Ahli Majlis N42A, pemaju, usahawan, kontraktor, syarikat, restoran,  pekedai dan individu.

Tahniah, dalam pertandingan Anugerah Kariah Terbaik , Kariah Jaya Setia menjadi johannya dan banyak memenangi kategori terbaik, diikuti tempat kedua Kariah Masjid dan ketiga Kariah Batu 8.

Untuk acara sukan rakyat pula lagi sekali Kariah Jaya Setia menjadi juara keseluruhan dan memenangi hadiah Kariah yang paling 'sporting' diikuti tempat kedua Kariah Masjid dan ketiga Kariah Bukit Kapar Tengah.

Jkkk dan Masjid Attaqwa Kampung Bukit Kapar memohon kemaafan kepada semua pihak jika ada sebarang kekhilafan, kesalahan, kealpaan, kekurangan dan kesilapan samada sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung.

Mudah-mudahan usaha murni yang ikhlas dari kita semua ini mendapat kerahmatan, keberkatan dan ganjaran ALLAH SWT serta mendapat keampunan jika terdapat kesalahan.

Marilah kita semua seluruh penduduk Kg Bukit Kapar bersama-sama bersatu hati, berganding bahu , mengenepikan sebarang perbezaan untuk terus membangun, memaju dan memakmurkan kampung kita berasaskan SYARIAT ALLAH dengan berpandukan ALQURAN dan ASSUNNAH agar visi kampung kita yang bermotokan KASIH SAYANG... KAMPUNG YANG MENDAPAT KEBAIKAN DAN KEAMPUNAN ALLAH SWT yang selari dengan visi kerajaan negeri akan dapat tercapai.

Terima kasih

Masadan bin Mohsin
Ketua Kampung Bukit Kapar

MEMBANGUN UMMAH MEMAKMUR NEGERI

✨📝 Sebaran iBK ✨

Friday 17 March 2017

KAYUHAN BERBASIKAL KAMPUNGKU KESAYANGANKU

INFO PROGRAM 3K

KAYUHAN BERBASIKAL KAMPUNGKU KESAYANGANKU

Dipelawa kepada yang berminat untuk menyertai kayuhan berbasikal bersama-sama Dato Dr Ahmad Yunus B Hairi (Exco Ker. Negeri Selangor), bertarikh 18.3.2017 hari Sabtu bermula jam 7.00pagi.

Tempat bermula ialah di perkarangan Masjid Attaqwa Kg Bukit Kapar.

Jarak kayuhan dianggarkan sejauh 7.5 km di sekitar Kg Bukit Kapar.

Kepada yang berminat untuk menyertai boleh terus hadhir pada masa dan tempat yang ditentukan.
🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲
#Hebahan iBK#

✨📝 Sebarab iBK ✨

INFO MASJID

INFO MASJID

17 Mac 2017 (Jumaat)

Khatib :
AF Ust Farhan bin Wijaya
Imam Besar Masjid Negeri

Bilal :
Hj Hassan Asngadi
Bilal 2, MAT

"Masjid Imarah Ummah Sejahtera"
🕌☘🕌☘🕌☘🕌

✨📝 Sebarab iBK ✨

Thursday 16 March 2017

PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT & FACIAL TREATMEN KHAS UTK WANITA PERCUMA

INFO KARNIVAL 3K

PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT & FACIAL TREATMEN KHAS UTK WANITA PERCUMA

Sempena Program Karnival 3K di Kg. Bukit Kapar, penganjur menyediakan Perkhidmatan Gunting Rambut & Facial Treatmen Khas Untuk Wanita PERCUMA pada :

Tarikh : 18 Mac 2017/ Sabtu
Masa   : Bermula 8.30 pagi
Tempat : Bilik Kuliah, Tingkat Atas, Masjid At-Taqwa
Penyertaan : Terbuka kpd wanita sahaja (Tiada had umur)

Sila hadir untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
💇🏻💆🏻💇🏻💆🏻💇🏻💆🏻💇🏻

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH MAGHRIB Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
Surau Haji Jangidin

16/3/2017 (mlm ini)
Ust Syarifudin Mustafa

Semua di jemput hadir
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

16.3.2017
Dukacita dimaklumkan Pn Tonah bt Sadali tinggal di Lot 5471 Jln Sekolah, Kariah Bkt Kapar Tengah  telah kembali ke rahmatullallah awal pagi tadi.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Wednesday 15 March 2017

PROGRAM SEMBELIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL SEMPENA PROGRAM 3K

INFO BUKIT KAPAR

15.3.2017
PROGRAM SEMBELIHAN TEORI DAN PRAKTIKAL SEMPENA PROGRAM 3K

Dipelawa kepada penduduk Kg Bukit Kapar dan penduduk sekitar yang tinggal di DUN Meru untuk menyertai kursus sembelihan teori dan praktikal pada ketetapan berikut:

Tarikh:  17.3.2017(Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat: Perkarangan Masjid
               Attaqwa Bkt Kapar

- Penyertaan terbuka semua peringkat umur.
- Lelaki atau Wanita
- Terhad 100 penyertaan terawal.
- Sijil penyertaan akan
  diberikan.
- Untuk menyertai sila
  wasapkan
  a. Nama penuh
  b. No kad pengenalan
  c. No hp
Kepada:
En Zaini : 0193566687
- Daftar pada atau sebelum 15.3.2017(Rabu)

DAFTAR SEGERA
JANGAN LEPASKAN PELUANG.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 14 March 2017

INFO AM

INFO AM

http://sebenarnya.my/

Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.

✨📝 Sebaran iBK ✨

PORTAL SEBENARNYA.MY

INFO AM

http://sebenarnya.my/

Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.

Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.

✨📝 Sebaran iBK ✨

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 15/03/17 (Rabu)
Ust Fathi Naim  - Tafsir

🌹 17/03/17(Jumaat)
Cuti

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 13 March 2017

Program Sembelihan Teori Dan Praktikal Sempena Program 3K.

INFO BUKIT KAPAR

13.3.2017
Program Sembelihan Teori Dan Praktikal Sempena Program 3K.

Dipelawa kepada penduduk Kg Bukit Kapar dan penduduk sekitar yang tinggal di DUN Meru untuk menyertai kursus sembelihan teori dan praktikal pada ketetapan berikut:

Tarikh:  17.3.2017(Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat: Perkarangan Masjid
               Attaqwa Bkt Kapar

- Penyertaan terbuka semua peringkat umur.
- Lelaki atau Wanita
- Terhad 100 penyertaan terawal.
- Sijil penyertaan akan
  diberikan.
- Untuk menyertai sila
  wasapkan
  a. Nama penuh
  b. No kad pengenalan
  c. No hp
Kepada:
En Zaini : 0193566687
- Daftar pada atau sebelum 15.3.2017(Rabu)

DAFTAR SEGERA
JANGAN LEPASKAN PELUANG.

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO PENDIDIKAN

INFO PENDIDIKAN

TERBUKA kpd semua ibubapa yg mempunyai anak- anak kemasukan prasekolah dan Tahun 1 2018.

Ibubapa boleh datang mendaftar ONLINE percuma menggunakan KIOSK Mini Rtc BktKapar Klang.

Jom mendaftar pra sekolah & tahun 1 2018.

#kklw
#minirtcbukitkapar
#satuhentianpelbagaiperkhidmatan
#membandarkanluarbandar

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

13-03-2017- Isnin
Dukacita dimaklumkan bahawa Siti Akemariah Binti Haji Senin yang tinggal di No 57, Lot 4010 Jalan Kempas Bukit Kapar telah meninggal dunia pada jam 6.00 pagi tadi.

Jenazah akan dikebumikan pada lebih kurang 11 - 11.30 pagi.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 12 March 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

12-03-2017-Ahad
Dukacita dimaklumkan bahawa Hj.Rahmat b.Abdullah  yang tinggal di Lot 2316A Jalan Iskandar Bukit Kapar telah meninggal dunia pada jam 5.40 petang tadi.

Jenazah akan dikebumikan pada esok pagi.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

12.03.2017 Ahad
Dukacita dimaklumkan bahawa En. Wak Sarion yang tinggal di jalan Hj Alias of Jln Sekolah telah meninggal sekira jam 1 tengah hari tadi. Jenazah akan di kebumikan lepas Asar.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🌿🍃🌿🍃🌿🍃🌿

✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 11 March 2017

GANGGUAN BEKALAN AIR

INFO SYABAS

7.00pm,  Sabtu, 11 Mac 2017

GANGGUAN BEKALAN AIR

Gangguan Bekalan Air Sementara di Wilayah Klang/Shah Alam ekoran insiden kejadian paip pecah bersaiz 250mm MS di Bawah jejantas Pekan Meru.

Kawasan-kawasan yang akan terlibat dengan paip pecah adalah seperti berikut :

1. Bt 6 - Bt 8 Jln Meru

Bekalan akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan yang dijangkakan siap pada jam 2.00 am (12/03/17) selesai dengan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat.
🚱🚱🚱🚱🚱🚱🚱

✨📝 Sebaran iBK ✨

PROGRAM UJIAN AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017/1438H

INFO SRA BKT KAPAR BARAT

11.3.2017
PROGRAM UJIAN AMAL ISLAMI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2017/1438H

ALHAMDULILLAH ...pagi ini telah berlangsung Program Ujian Amal Islami Peringkat Sekolah SRA BKT KAPAR BARAT.
Tahniah kepada  pelajar-pelajar yang berjaya.
Program dirasmikan oleh Ust Mohd Faryzan B Subkhi Nazir Masjid Attaqwa Bkt Kapar.

✨📝 Sebaran iBK ✨

BUKIT KAPAR FC naib juara

INFO SUKAN

11.3.2017
Tahniah BUKIT KAPAR FC
naib juara dalam pertandingan bola sepak PIALA FA SELANGOR 2017 di Stadium Selayang malam tadi.

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH SUBUH Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Haji Jangidin

12/3/2017 (Ahad)
Hj Amer Senin
"Penenang Jiwa"

Semua di jemput hadir
🌻🍃🌻🍃🌻🍃🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

11.03.2017 Sabtu
Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada En. Zulkifli b. Zainal Abidin (Samsiah bt.Ahmad Fauli) yang tinggal di Lot 2773 Jalan Dusun Bukit Kapar telah meninggal dunia malam tadi. Jenazah akan disembahyangkan di Surau Al Huda Bkt. Dusun dan dikebumikan pagi ini.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ
🌿🍃🌿🍃🌿🍃🌿

✨📝 Sebaran iBK ✨

Friday 10 March 2017

MAJLIS TAHNIK BERAMAI-RAMAI 3K

INFO MASJID

MAJLIS TAHNIK BERAMAI-RAMAI 3K

Kepada sesiapa yang mempunyai anak atau cucu yang berusia 3 bulan ke bawah dialu-alukan untuk menyertai Majlis Tahnik beramai-ramai pada :

Tarikh : 18/3/2017
Masa  : 8.00 mlm

Yang berminat, sila hubungi:
Ust Maarof Mindar
SU Masjid At Taqwa
0192465122

Sila beri nama sebelum 15 Mac 2017.

✨📝 Sebaran iBK ✨

MESYUARAT AGUNG PIBG KE41 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KAPAR

INFO SKBK

MESYUARAT AGUNG PIBG KE41 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KAPAR

Semua ibubapa Dan penjaga murid SK Bukit Kapar dijemput untuk  hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 yang akan diadakan pada:

Tarikh: 11 Mac 2017 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat: Dewan Perdana

Moga kehadiran tuan/puan dalam  mesyuarat INI akan meningkatkan lagi mutu Dan pencapaian pelajaran anak-anak kita...
📚📚📚📚📚📚📚
SEPAKAT KEARAH KECEMERLANGAN

✨📝 Sebara iBK ✨

PROGRAM NIKAH PERDANA

INFO MASJID

PROGRAM NIKAH PERDANA

Assalamualaikum warahmatullah

Sempena Program Nikah Perdana pada 18 Mac 2017 ini, pihak penganjur memerlukan lagi baki 10 orang untuk menjadi saksi kepada pasangan yang akan dinikahkan pada tarikh tersebut.

Saguhati sebagai saksi disediakan.

Sila beri nama penuh & No. HP anda kepada Nazir Masjid At-Taqwa, Kg. Bukit Kapar.

Ustaz Faryzan Subkhi
Nazir MAT

Nazir: 0123759976
🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

Thursday 9 March 2017

GANGGUAN BEKALAN AIR

INFO SYABAS

GANGGUAN BEKALAN AIR

Khamis, 9 Mac 2017

Gangguan Bekalan Air Sementara di Wilayah Klang/Shah Alam ekoran insiden kejadian paip pecah bersaiz 150mm UPVC di Lot 5297 Jln Iskandar Bukit Kapar.

Kawasan-kawasan yang akan terlibat dengan paip pecah adalah seperti berikut :

1. Jalan Hashim.

Bekalan akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan yang dijangkakan siap pada jam 12.00 am (10/03/17) selesai dengan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat.
🚱🚱🚱🚱🚱🚱🚱

✨📝 Sebaran iBK ✨

PROGRAM NIKAH PERDANA

INFO MASJID

PROGRAM NIKAH PERDANA

Assalamualaikum warahmatullah

Sempena Program Nikah Perdana pada 18 Mac 2017 ini, pihak penganjur memerlukan 30 orang untuk menjadi saksi kepada pasangan yang akan dinikahkan pada tarikh tersebut.

Saguhati sebagai saksi disediakan.

Sila beri nama penuh & No. HP anda kepada Nazir Masjid At-Taqwa, Kg. Bukit Kapar.

Ustaz Faryzan Subkhi
Nazir MAT

Nazir: 0123759976
🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO MISJID

INFO MASJID

Assalamualaikum wrt wbt.

Makluman Program :
- Malam Jumaat
- Tugasan Khatib & Bilal Jumaat
- Mesyuarat Biro Jama'atul Imam (BJI)

Tarikh :
9/3/2017 (Khamis)
Bacaan : Surah Yasin
Tugasan : Imam MAT

Pengisian Ilmu :
Dr Pisol b Maidin
Kariah Masjid

Tarikh :
10/3/2017 (Jumaat)

Khatib :
Ust Suib b Ismail
Pengerusi Surau Az-Zubair

Bilal :
Ust Khalimi b Iskandar
Bilal Jemputan Surau Hj Hamdani

Mesyuarat Biro Jamaatul Imam :
Tarikh : 12/3/2017
Hari : Jumaat
Masa : 9.15 malam
Tempat : Masjid At-Taqwa
Jemputan : Imam2 Masjid & Surau

"Masjid Imarah Ummah Sejahtera"
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

✨📝 Sebaran iB ✨

Wednesday 8 March 2017

INFO CUACA

INFO CUACA

Dikeluarkan pada : 05:10 pm pada 08 Mac 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Selangor (Daerah Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan N. Sembilan (Daerah Seremban dan Port Dickson) dijangka berterusan sehingga awal malam, Rabu 8 Mac 2017.

Dikeluarkan: MET MALAYSIA
☔☔☔☔☔☔☔

✨📝 Sebaran iBK ✨

MAKLUMAN MEMBUKA SEMULA PASAR PAGI DI DATARAN NIAGA BUKIT KAPAR, JLN KEMPAS, KARIAH SEBAYA, BKT KAPAR.

INFO KETUA KAMPUNG

8.3.2017
MAKLUMAN MEMBUKA SEMULA PASAR PAGI DI DATARAN NIAGA BUKIT KAPAR, JLN KEMPAS, KARIAH SEBAYA, BKT KAPAR.

Assalamualaikum wbt.

ALHAMDULILLAH.... permohonan untuk mengadakan pasar pagi di Dataran Niaga Bukit Kapar di bawah JKKK kepada Bhg Pelesenan MPK telah diluluskn. Oleh itu pihak JKKK akan membuka semula pasar pagi tersebut bermula pada 11.3.2017
(Sabtu). Pada18.3.2017
(Sabtu) in sha ALLAH dataran niaga itu akan dirasmikan oleh Exco YB Dr Yunus B Khairi.

Semua penduduk Kg. Bukit Kapar dijemput hadir untuk meramaikan program tersebut.. sekian harap maklum.. t.kasih

MASADAN BIN MOHSIN
Ketua Kampung Bukit Kapar

✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 7 March 2017

BUKU BIOGRAFI KG. BUKIT KAPAR - 100 TAHUN KAMPUNGKU BUKIT KAPAR

INFO KETUA KAMPUNG

BUKU BIOGRAFI KG. BUKIT KAPAR - 100 TAHUN KAMPUNGKU BUKIT KAPAR

Kepada semua warga Bukit Kapar..

JKKK Kg. Bukit Kapar sedang dalam proses mencari maklumat sejarah Kg. Bukit Kapar, segala maklumat ini akan dibukukan dalam buku khas Biografi 100 Tahun Kampungku Bukit Kapar sempena ulangtahun 100 tahun Kg. Bukit Kapar.

Sokongan warga Bukit Kapar utk menyalurkan maklumat amat dialu-alukan seperti gambar-gambar lama Kampung Bukit Kapar, Gambar2 tokoh, mantan ketua2 kampung dan lain-lain bahan yang berkaitan.

Sila salurkan, bahan, gambar, atau apa sahaja maklumat melalui  whatsapp iBK 0196921706 atau email ke  jkk.bukitkapar@gmail.com

Segala sumbangan anda untuk menjayakan misi ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Masadan bin Mohsin
Ketua Kampung Bukit Kapar

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 6 March 2017

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 06/03/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman - Tajwid

🌹 08/03/17 (Rabu)
Ust Endang - Kitab Imam As Syafiee

🌹 10/03/17 (Jumaat)
Ust Khairullah - Feqah

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

MASJID AT-TAQWA II KAMPUNG BUKIT KAPAR

INFO MASJID BARU

MASJID AT-TAQWA II
KAMPUNG BUKIT KAPAR

Majlis pecah tanah, tanda arah kiblat & kesyukuran untuk pembinaan Masjid At-Taqwa 2 di kariah Sebaya akan di jadualkan spt berikut:

Tarikh : 07/03/2017
Hari : Selasa
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Tapak cadangan Masjid Baru At-Taqwa II di Jln Cerakah

InsyaAllah kita dapat sama2 lapangkan masa utk menjayakan & meramaikan lagi majlis pada hari tersebut.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 5 March 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN
         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

05.03.2017
Dimaklumkan bahawa En Azni Bin Mohd Mohsan (Bas sekolah) beralamat di Jalan Umno telah meninggal dunia. Jenazah akan  disolatkan dan dikebumikan selepas solat fardhu Asar. Semua ahli kariah dijemput hadir.

Moga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

🌿🍃🌿🍃🌿🍃🌿

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO AD-DEEN - ISTIGHFAR

INFO AD-DEEN

ISTIGHFAR
Seorang lelaki berjumpa Imam Hasan Al-Basri (IHAB) dalam satu majlis dan berkata:

"Wahai Imam, sesungguhnya langit tidak hujan?"

Jawab IHAB:  "Istighfarlah (Mohonlah keampunan kepada Allah)."

Kemudian, masuk lelaki lain berjumpa dengan IHAB dan berkata:

"Sesungguhnya isteriku tidak melahirkan anak."

Jawab IHAB:  "Istighfarlah."

Kemudian, masuk lelaki yang ketiga berjumpa dengan IHAB dan berkata:

"Sesungguhnya aku seorang fakir Miskin."

Jawab IHAB:  "Istighfarlah."

Berkata seorang yang duduk di dalam majlis itu:

"Kami pelik denganmu wahai Imam, setiap orang yang bertanya sesuatu kepadamu, kamu menjawab "Istighfarlah."

Jawab IHAB:  "Tidakkah kalian membaca firman Allah?"

(فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا)
(يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا)
(وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا)

Maksudnya:

"Maka aku berkata kepada mereka: Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun."

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;"

"Dan Dia akan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”
[Surah Nuh, 71:10-12]
🌻🌿🌻🌿🌻🌿🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 4 March 2017

KULIAH SUBUH Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
05 Mac 2017 (Ahad)

Surau Haji Jangidin, Bukit Kapar

Ustaz Monir Soim
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA

✨📝 Sebaran iBK ✨

Thursday 2 March 2017

GANGUAN BEKALAN AIR SEMENTARA

INFO SYABAS

2 Mac 2017
GANGUAN BEKALAN AIR SEMENTARA

Gangguan Bekalan Air Sementara di Daerah Klang/Shah Alam ekoran paip pecah di Jln Abdul Wahid, Bukit Kapar.

Kawasan-kawasan yang akan terlibat dengan paip pecah adalah seperti berikut:

1. Jln Abdul Wahid, Kampung Bukit Kapar.

Bekalan akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan yang dijangkakan siap pada jam 8.00 malam ini selesai dengan pemulihan kawasan adalah secara berperingkat.

🚱🚱🚱🚱🚱🚱🚱

✨📝 Sebaran iBK ✨

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

*INFO AD-DEEN*

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

*1.Rezeki Yang Telah Dijamin.*

‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

*4. Rezeki Tak Terduga.*

‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

*7. Rezeki Kerana Anak.*

‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

✨📝 _Sebaran iBK_ ✨

KULIAH MAGHRIB 02 Mac 2017 SURAU HAJI JANGIDIN

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
02 Mac 2017 (Khamis)

SURAU HAJI JANGIDIN BKT KAPAR
Ustaz Endang Wahyudi Yusof
🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Semua jemaah dijemput hadir.
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻
JOM HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA

✨📝 Sebaran iBK ✨

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) m

*INFO KERAJAAN NEGERI SELANGOR*

APAKAH SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) merupakan salah satu program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Skim yang semakin mendapat tempat di hati rakyat negeri Selangor ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008.

Skim khairat kematian SMUE ini diwujudkan bagi membantu meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan simati seperti menampung kos pengurusan jenazah dan kos-kos lain dalam urusan pengebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang simati dan sebagainya.

Tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka, ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

*Syarat Kelayakan Memohon?*

1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
2. Sama ada;
2.1 Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
2.2 Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU
3. Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor).

*Adakah Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur layak?*

Bermula pada 1 haribulan Januari 2009, mereka yang lahir di Kuala Lumpur sebelum terbentuknya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) atau dalam kata lain lahir sebelum 1 haribulan Februari 1974 layak untuk memohon.

Beberapa Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen di WPKL telah dilantik untuk menguruskan skim ini bagi manfaat khusus kepada rakyat Selangor yang lahir dan masih menetap di sana.

Sekali lagi ditegaskan, manfaat ini hanya diberikan kepada rakyat Selangor yang berada di WPKL yang lahir sebelum kewujudan wilayah tersebut. Mereka yang lahir selepas 1 haribulan Februari 1974 iaitu selepas terbentuknya WPKL tidak layak sama sekali untuk memohon, mendaftar dan mendapatkan manfaat ini.

*Jangan lepaskan peluang!*

Sehingga 2016, seramai 77,080 warga Selangor telah menerima manfaatknya dengan jumlah peruntukan disalurkan sebanyak RM188,936,500.

Kerajaan Negeri mengajak rakyat untuk menilai dan memastikan bahawa maklumat yang disebarkan adalah betul dan tepat. Paling penting semua program yang diwujudkan adalah untuk manfaat rakyat Selangor.

Adalah suatu yang merugikan apabila rakyat sendiri menafikan hak mereka malahan menyebarkan fakta yang tidak benar sehingga merosakkan imej Selangor serta program-program anjurannya.

Rebutlah peluang dan sertailah setiap program yang diwujudkan agar hasrat Kerajaan Negeri yang peduli ini yang mahukan kekayaan negeri dikongsi dan dinikmati bersama seluruh peringkat masyarakat di negeri ini dapat dicapai.

Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran YAB Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali akan sentiasa prihatin dan peduli terhadap kebajikan rakyatnya dalam membangunkan bangsa dan memakmurkan negeri ini. Pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli.

*YB PUAN DR DAROYAH BINTI ALWI*
Exco Kesihatan, Kebajkan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

✨📝 _Sebaran iBK_ ✨

Wednesday 1 March 2017

INFO AD-DEEN Hadis Sahih Muslim

INFO AD-DEEN

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2132.

Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Luas telagaku sejauh sebulan perjalanan. Setiap sisinya sama panjangnya. Airnya lebih putih dari perak. Baunya lebih harum dari kasturi Gemerlapan cahayanya bagaikan sinar bintang di langit. Siapa yang minum dari telaga itu tidak akan haus selama-lamanya sesudah itu "

✨📝 Sebaran iBK ✨

PERMOHONAN PRASEKOLAH 2018

INFO PENDIDIKAN

PERMOHONAN PRASEKOLAH 2018

Makluman kpd semua guru, mohon diwar-warkan kpd ibu bapa / kenalan berkenaan permohonan kemasukan ke prasekolah bagi tahun 2018 dibuka bermula 1 Mac 2017 sehingga 31 Mei 2017. Permohonan hendaklah dibuat secara online di
https://eprasekolah.moe.gov.my
Kemudian perlu mencetak borang dan hantar ke prasekolah bg tujuan semakan. Keputusan pengambilan murid juga perlu disemak secara online... sekian utk makluman

PENDAFTARAN TAHUN 1

Semua ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan 5-6 tahun yang lahir pada tahun 2011&2012 boleh mendaftarkan anak ke sekolah kerajaan melalui sistem online.
Tuan / puan boleh melayari 
http://public.moe.gov.my mulai
1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.
Sebarang pertanyaan tuan/ puan boleh menghubungi pihak sekolah.
📚📚📚📚📚📚📚

✨📝 Sebaran iBK ✨