Sunday 5 March 2017

INFO AD-DEEN - ISTIGHFAR

INFO AD-DEEN

ISTIGHFAR
Seorang lelaki berjumpa Imam Hasan Al-Basri (IHAB) dalam satu majlis dan berkata:

"Wahai Imam, sesungguhnya langit tidak hujan?"

Jawab IHAB:  "Istighfarlah (Mohonlah keampunan kepada Allah)."

Kemudian, masuk lelaki lain berjumpa dengan IHAB dan berkata:

"Sesungguhnya isteriku tidak melahirkan anak."

Jawab IHAB:  "Istighfarlah."

Kemudian, masuk lelaki yang ketiga berjumpa dengan IHAB dan berkata:

"Sesungguhnya aku seorang fakir Miskin."

Jawab IHAB:  "Istighfarlah."

Berkata seorang yang duduk di dalam majlis itu:

"Kami pelik denganmu wahai Imam, setiap orang yang bertanya sesuatu kepadamu, kamu menjawab "Istighfarlah."

Jawab IHAB:  "Tidakkah kalian membaca firman Allah?"

(فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا)
(يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا)
(وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا)

Maksudnya:

"Maka aku berkata kepada mereka: Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun."

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;"

"Dan Dia akan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”
[Surah Nuh, 71:10-12]
🌻🌿🌻🌿🌻🌿🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment