Sunday 30 April 2017

JADUAL KULIAH MUSLIMAT Bilik kuliah Masjid At-Taqwa

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 01/05/2017 (Isnin)
Ust Abd Rahman - Tajwid

🌹 03/05/17 (Rabu)
Ust Endang - kitab Imam AsSyafiee

🌹 05/05/17(Jumaat)
Ust Rafiq - Amalan Ulama Silam

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Hebahan iBK ✨

KULIAH SUBUH SURAU HAJI JANGIDIN

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
SURAU HAJI JANGIDIN

1/5/2017
DR HABIB MAT SOM
🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿

✨📝 Hebahan iBK ✨

Friday 28 April 2017

PENDAFTARAN KAD PEDULI SIHAT PERCUMA

INFO KESIHATAN

PENDAFTARAN KAD PEDULI SIHAT PERCUMA

Kaunter pendaftaran Kad Peduli Sihat Percuma akan dibuka mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 29.4.2017(Sabtu)
Masa  : 8.30pg - 10.30pg
Tempat: Dataran Niaga
             Kg Bukit Kapar, Jln
             Kempas, Kariah
             Sebaya, Kg Bukit
             Kapar.

Dokumen yg perlu dibawa:
A) Kategori keluarga(Rm500)
- pendapatan isi rumah bawah RM 3000(gaji pokok)
- salinan kad pengenalan
  suami dan isteri
- salinan kad pengenalan/mykid/surat beranak anak2
yang berumur bawah 21 tahun
- salinan penyata gaji (jika kerja sendiri perlu mengisi borang pengesahan pendapatan yang disediakan dikaunter).

B) Kategori individu( RM 200)
- Pendapatan di bawah RM 1500 (gaji pokok).
- salinan kad pengenalan.
- salinan penyata gaji ( untuk yang bekerja sendiri perlu mengisi borang pengesahan pendapatan yg disediakan dikaunter)

Syarat2 tambahan:
- Rakyat  Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun.
- Mengundi di Negeri Selangor.

Nota:
Borang dan dokumen yang lengkap sahaja akan diproses.. serta memenuhi syarat
✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO MASJID

INFO MASJID

Assalamualaikum warahmatullah...

Biro Kebajikan Masjid At Taqwa Bkt Kapar menawarkan khidmat nasihat PERCUMA  berkaitan :

1. Pengiraan fidyah & khidmat agihannya.
2. Pengiraan Faraidh & pengurusan harta pusaka.

Bayaran Fidyah boleh dibuat kepada: Tabung Fidyah Masjid At Taqwa.

Pihak masjid mempunyai data lengkap golongan fakir & miskin Kg. Bukit Kapar yang layak untuk menerima sumbangan fidyah anda.

Sila hubungi : 012-3759976 (Ust Mohd Faryzan Subkhi) untuk temujanji & perkhidmatan.

Terima kasih.

Ust Mohd Faryzan Subkhi
Nazir Masjid At Taqwa
Kampung Bukit Kapar

✨📝 Sebaran iBK ✨

Thursday 27 April 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

27.04.2017 - 10.50 malam.
Dukacita di maklumkan bahawa Pn Sartiah Sabirin dari Kariah Paya Barat Kg. Bkt Kapar telah meninggal dunia sebentar tadi di rumah saudaranya di Jalan Hampa. In sha ALLAH Jenazah akan dikebumikan pada pagi 28.4.17.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

27.04.2017 - Khamis
Dukacita di maklumkan bahawa En Ismail Mahmed dari Kariah Darul Aman Kg. Bkt Kapar telah meninggal dunia malam tadi di Hospital. In sha ALLAH Jenazah akan dikebumikan pagi ini.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Wednesday 26 April 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

26.4.2017 - RABU
Dukacita di maklumkan bahawa En Mohd Arif (Endut) B Md Seh yg tinggal di Jalan Dusun (Kariah Bukit Dusun) Kg. Bkt Kapar telah meninggal dunia pagi tadi di Hospital. In sha ALLAH Jenazah akan dikebumikan pagi ini

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 17 April 2017

PROGRAM SECANGKIR KASIH SERIMBUN TAQWA

*INFO SURAU*

PROGRAM SECANGKIR KASIH SERIMBUN TAQWA

(Khidmat Masyarakat, Kuliah Dhuha, Agihan Fidyah)

Anjuran : Masjid At Taqwa, Kg Bukit Kapar
Kerjasama : JKKK Kg. Bukit Kapar

Tarikh : 22 April 2017/Sabtu
Tempat : Surau Darul Aman, Jln Kopi
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi
Penerima Asnaf Fakir Miskin : Zon 1-
Kariah Masjid
Kariah Lapis 7
Kariah Bukit Dusun

PROGRAM ISTIMEWA :
Jom sarapan bersama USTAZ GHAZALI OMAR.

SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

✨📝 _Sebaran iBK_

KEHADIRAN KELAS TAMBAHAN

INFO SKBK

17.4.2017
KEHADIRAN KELAS TAMBAHAN

Assalamualaikum semua warga Kg Bukit Kapar

1. Untuk pengetahuan ibubapa murid-murid tahun 6 kelas tambahan yang diadakan pada hari sabtu amat mendukacitakan,  kehadirannya bagi murid2 dari kelas 6 Cekal/6 Defikasi/6 Ehsan dan 6 Fikir

2. Tuan dan puan saya berharap ada kerjasama dari ibubapa mengambil perhatian serius tentang kehadiran anak-anak ke kelas tambahan.

Terima kasih atas keperihatinan tuan2

Hjh Amnah Bt Rambli
Guru Besar SKBK
🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 16 April 2017

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 17/04/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman - Tajwid

🌹 19/04/17 (Rabu)
Ust Hidayat - Tafsir

🌹 21/04/17(Jumaat)
Ust Hidayat - zikir & doa

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 15 April 2017

KULIAH SUBUH SURAU AL-ISLAH 16/4/2017

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
SURAU AL-ISLAH
16/4/2017

UST ROMZI BIN ISHAK

🌷🍃🌷🍃🌷🍃🌷
Semua muslimin muslimat di jemput hadir

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH SUBUH SURAU HAJI JANGIDIN 16/4/2017

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
SURAU HAJI JANGIDIN
16/4/2017

UST HIDAYATULLAH

🍀🥀🍀🥀🍀🥀🍀
Semua muslimin muslimat di jemput hadir

✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 11 April 2017

MENGUNDANG REZEKI ALLAH

INFO AD-DEEN

MENGUNDANG REZEKI ALLAH

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk dhuafa/orang miskin. Rutin dia lakukan..

- Ada yang mengundang rezeki dengan mencium tangan ibunya lalu minta didoakan..

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia datangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi berangkat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang2 yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah sholat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung pada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah dhuafa. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mau dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual sholat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia sholat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun sholat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redho, hidupnya pun berkah.
Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah.

Undanglah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah redhai..
🥀🍀🥀🍀🥀🍀🥀

✨📝 Sebaran iBK ✨

GANGGUAN BEKALAN AIR

INFO SYABAS

GANGGUAN BEKALAN AIR
4.15pm, Selasa, 11 April 2017

Gangguan Bekalan Air Sementara di Wilayah Klang ekoran insiden kejadian paip pecah bersaiz 150mm MS di  Dekat Jambatan Depan Sek Agama Bukit Kapar Barat, Jln Iskandar  Bukit Kapar

Kawasan-kawasan yang akan terlibat dengan paip pecah adalah seperti berikut :

1. Jln Iskandar

Bekalan akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan yang dijangkakan siap pada jam 10.00pm (11/04/17) selesai dengan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan sila muat turun aplikasi mySyabas di telefon pintar anda atau ikuti kami di Facebook Air Selangor untuk info terkini.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 9 April 2017

INFO KANIVAL SIHAT SELANGOR

INFO KANIVAL SIHAT SELANGOR

9.4.2017
Kanival Sihat Selangor Mukim Rantau Panjang/Mukim Kapar.

Tahniah .....
Acara PertandinganTarik Tali:
- Juara...Bukit Kapar A
- N/juara...Bukit Kapar B

Acara Pertandingan Bubur Lambuk:
- N/juara ...Bukit Kapar.

Hadiah disampaikan oleh
YB Dr Daroyah Alwi ( Exco Ker. Negeri/ADUN Sementa).

✨📝Sebaran iBK✨

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 10/04/2017 (Isnin)
Ust Abdul Rahman - Tajwid

🌹 12/04/17 (Rabu)
Ust Endang - Kitab imam Syafiee

🌹 14/04/17 (Jumaat)
Ust Khairullah - Feqah

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

Thursday 6 April 2017

KULIAH MAGHRIB Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH MAGHRIB
Surau Haji Jangidin

6/4/2017 Khamis
Ust Endang Wahyudi Yusuf

Semua di jemput hadir
🌹🍁🌹🍁🌹🍁🌹

✨📝 Sebaran iBK ✨

Wednesday 5 April 2017

MAJLIS DIALOG PRESTASI (AKADEMIK) LINUS TAHUN 3 2017 SK BUKIT KAPAR

INFO SKBK

MAJLIS DIALOG PRESTASI
(AKADEMIK)
LINUS TAHUN 3 2017
SK BUKIT KAPAR

Tarikh : 07 April 2017
Hari : JUMAAT
Masa : 3.30 petang
Tempat : MAKMAL KOMPUTER

🌻Kehadiran ibu bapa penjaga Tahun 3 yang mendapat surat seramai 68 orang adalah WAJIB
🌷🌿🌷🌿🌷🌿🌷

✨📝 Sebaran iBK ✨

Tuesday 4 April 2017

INFO MASJID

INFO MASJID

Assalamualaikum warahmatullah...

Biro Kebajikan Masjid At Taqwa Bkt Kapar menawarkan khidmat nasihat PERCUMA  berkaitan :

1. Pengiraan fidyah & khidmat agihannya.
2. Pengiraan Faraidh & pengurusan harta pusaka.

Bayaran Fidyah boleh dibuat kepada: Tabung Fidyah Masjid At Taqwa.

Pihak masjid mempunyai data lengkap golongan fakir & miskin Kg. Bukit Kapar yang layak untuk menerima sumbangan fidyah anda.

Sila hubungi : 012-3759976 (Ust Mohd Faryzan Subkhi) untuk temujanji & perkhidmatan.

Terima kasih.

Nazir
Masjid At Taqwa
Kg. Bukit Kapar

✨📝 Sebaran iBK ✨

Monday 3 April 2017

INFO AM

INFO AM

3.4.2017
Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara, bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/267427?m=1

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 2 April 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

02.4.2017 - Ahad
Dukacita di maklumkan bahawa - Nenek Sapura (Jalan Cerakah sebelah Tom Yam) telah meninggal dunia pagi ini di HTAR. Jenazah sedang diuruskan di hospital.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Saturday 1 April 2017

KULIAH SUBUH Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Haji Jangidin

2/4/2017 Ahad
Ust Monir Soim
Sirah Nabi

Semua di jemput hadir
🌹🍁🌹🍁🌹🍁🌹

✨📝 Sebaran iBK ✨

PEMBELIAN ANSURAN SECARA HARAM DAN HALAL

INFO AD-DEEN

PEMBELIAN ANSURAN SECARA HARAM DAN HALAL

KES A

Abu: Sudin, aku nak beli motorsikal, tapi tak cukup duit.

Sudin: Abu, berapa harga motorsikal?

Abu: RM5000

Sudin: Aku bagi pinjam kepada kau RM5000 untuk kau beli motosikal, lepas tu kau bayar hutang aku dalam masa setahun sebanyak RM5200.

Abu: Ok aku setuju.

Nama Transaksi: Pinjaman dengan Interest
Hukum: Haram

.............

KES B

Abu: Sudin, aku nak beli motorsikal, tapi tak cukup duit.

Sudin: Abu, motorsikal apa kau nak beli?

Abu: Motorsikal Honda EX5, harga RM5000

Sudin: Macam ni lah, aku akan beli motorsikal EX5 yang RM5000 tu, lepas tu aku jual kat kau dengan harga RM5200. Kau boleh bayar dalam masa setahun.

Abu: Ok aku setuju.

Nama Transaksi: Bay' al-Murabahah li al-Amir bi al-Shira'
Hukum: Harus

(Rujuk fatwa-fatwa badan-badan fatwa dan fiqah dunia yang berkaliber, seperti Majma' Fiqh Islami, AAOIFI dan lain-lain).

................

Masih ada yang tidak dapat membezakan antara dua jenis transaksi di atas? Masih ada yang menyamakan jual beli yang dihalalkan Allah dengan riba yang diharamkan Allah?

✨📝 Sebaran iBK ✨