Saturday 1 April 2017

PEMBELIAN ANSURAN SECARA HARAM DAN HALAL

INFO AD-DEEN

PEMBELIAN ANSURAN SECARA HARAM DAN HALAL

KES A

Abu: Sudin, aku nak beli motorsikal, tapi tak cukup duit.

Sudin: Abu, berapa harga motorsikal?

Abu: RM5000

Sudin: Aku bagi pinjam kepada kau RM5000 untuk kau beli motosikal, lepas tu kau bayar hutang aku dalam masa setahun sebanyak RM5200.

Abu: Ok aku setuju.

Nama Transaksi: Pinjaman dengan Interest
Hukum: Haram

.............

KES B

Abu: Sudin, aku nak beli motorsikal, tapi tak cukup duit.

Sudin: Abu, motorsikal apa kau nak beli?

Abu: Motorsikal Honda EX5, harga RM5000

Sudin: Macam ni lah, aku akan beli motorsikal EX5 yang RM5000 tu, lepas tu aku jual kat kau dengan harga RM5200. Kau boleh bayar dalam masa setahun.

Abu: Ok aku setuju.

Nama Transaksi: Bay' al-Murabahah li al-Amir bi al-Shira'
Hukum: Harus

(Rujuk fatwa-fatwa badan-badan fatwa dan fiqah dunia yang berkaliber, seperti Majma' Fiqh Islami, AAOIFI dan lain-lain).

................

Masih ada yang tidak dapat membezakan antara dua jenis transaksi di atas? Masih ada yang menyamakan jual beli yang dihalalkan Allah dengan riba yang diharamkan Allah?

✨📝 Sebaran iBK ✨

No comments:

Post a Comment