Wednesday 28 June 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

28.06.2017

Dukacita dimaklumkan bahawa *HUSAINI BIN BADAR(WAK NANI)*, telah meninggal dunia sebentar tadi,  tinggal di JALAN ISKANDAR KARIAH SURAU HAJI JANGIDIN,KG BUKIT KAPAR. Jenazah akan  dikebumikan selepas zuhur

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

Sunday 25 June 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun.

24.06.2017

Dukacita dimaklumkan bahawa *Mohd latif bin Amin)*, telah meninggal dunia selepas magrib tadi,  tinggal di jalan sri jaya,kariah sri jaya,kg bukit kapar. Jenazah akan  dikebumikan malam ini

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة َ..
بسم الله الرحمن الرحيم ☆ الحمد لله ربالعالمين ☆ الرحمن الرحيم ☆ مالك يوم الدين ☆ اياك نعبد واياك نستعين ☆ اهدنا الصراط المستقيم ☆ صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين ☆ ..امين.

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG

25.6.2017 / 1 SYAWAL 1438
الله اكبر الله اكبر الله اكبر...
الله اكبر ولله الحمد.....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ALHAMDULILLAH...dengan limpahan rahmat dan kasih sayang  ALLAH SWT hari ini kita menyambut HARI RAYA IDUL FITRI 1438H.

Idul Fitri merupakan satu kemenangan dan hadiah  kepada kita setelah kita berjaya mengharungi ibadah puasa selama sebulan dengan penuh keimanan dan pengharapan.

Saya mewakili seluruh ahli  JKKK Kg Bkt Kapar mengucapkan  تقبل الله منا ومنكم moga seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima dan ALLAH SWT.

Marilah kita jadikan Hari Raya satu perayaan ibadat dan bukannya perayaan adat  agar kita mendapat redha ALLAH SWT dan tidak mencemarinya dengan perkara-perkara yang ALLAH murka seperti meninggalkan solat, pembaziran, hiburan yang melampau, pergaulan bebas, bersalaman dengan bukan mahram, tidak menutup aurat dan lain-lain lagi.

Marilah kita terus amalkan amalan-amalan ibadat dan kebaikan semasa di bulan Ramadhan hingga ke bulan-bulan yang lain secara istiqamah  supaya  ALLAH SWT pandang Kampung Bkt Kapar dengan pandangan rahmat dan pandangan kasih sayang dan natijahnya kampung kita aman damai, berkat dan makmur.

Di sini saya mewakili seluruh Ahli JKKK Kg Bkt  Kapar mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada seluruh penduduk Kg. Bkt Kapar dan umat Islam seluruhnya.

Terima Kasih

Masadan B Mohsin
Ketua Kampung
Bukit Kapar.

✨📝 Hebahan iBK ✨

Friday 23 June 2017

KULIAH SUBUH 24/6/2017 Surau Al-Islah, Setia Jaya

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
24/6/2017 /29 Ramadan Sabtu
Surau Al-Islah, Setia Jaya
Ustaz Saifuddin bin Jumri

Jom sama2 ke majlis ilmu
🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿

✨📝 _Hebahan iBK_ ✨

KULIAH SUBUH 24/6/2017 Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
24/6/2017
Surau Haji Jangidin
Ustaz Ramzi Ishak

Jom sama2 ke majlis ilmu
🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿

✨📝 Hebahan iBK ✨

INFO KESELAMATAN

INFO KESELAMATAN

23.6.2017
Assalamualaikum warga Kg Bkt Kapar.... saya nak berkongsi kejadian rompak yg baru saje berlaku kpd adik petang semalam (22.6.2017). Adik sy tinggal di Jln Setia Jaya. Sy mohon rakan memastikan rumah berada dlm keadaan yg selamat sblm meninggalkannya utk pulang beraya di kg halaman. Adik sy bkn pulang beraya di kg tp cuma pulang ke rumah mak abah utk sama2 berbuka puasa. Lps berbuka, balik semula ke rumah dan mendapati rumah tlh dipecah masuk perompak. Kejadian ini mungkin juga berlaku ketika ketiadaannya di rumah sewaktu keluar bekerja di siang hari. Berhati2 warga bukit kapar, mungkin perompak masih ada di sekitar Bukit Kapar. Byk juga yg hilang, duit & barangan elektronik... Sy mohon semua berhati2 terutama di musim perayaan ini. Berhati2 juga di jalanraya.- Cikgu Rody

✨Hebahan iBK✨📝

Friday 16 June 2017

INFO AD-DEEN

INFO AD-DEEN

6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Yang bermaksud:
*"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."*

Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.

Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri  tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)
🕌🌿🕌🌿🕌🌿🕌

✨📝 Hebahan iBK ✨

KULIAH SUBUH Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Haji Jangidin
17/6/2017

Ust Mohammad Izzat Mohamed Ropi

Semua dijemput hadir
🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿

✨📝 Hebahan iBK ✨

SENARAI KLINIK PANEL PEDULI SIHAT

INFO KESIHATAN

SENARAI KLINIK PANEL PEDULI SIHAT

BERDAFTAR DI DALAM DUN MERU (N42) SEHINGGA JUN 2017

1. KLINIK FITRAH (PEKAN MERU)
NO. 217, BATU 6 1/2JALAN MERU PEKAN MERU
03-33921394

2. POLIKLINIK & SURGERI MERU JAYA (PEKAN MERU)
NO.35 PEKAN MERU
03-33935535

3. PEOPLE'S KLINIK (TAMAN MUTIARA MERU)
NO.6, LORONG MAHANG 1, TAMAN MERU BATU 5 ½, TAMAN MUTIARA
03-33921116

4. KLINIK DR SHARIFAH (BANDAR BUKIT RAJA)
NO.29, JALAN MAKYONG 5A/KU5, BANDAR BUKIT RAJA
03-33593554

5. KLINIK MEDIVIRON (MERU)
NO.8, JALAN MERANTI PUTIH, TAMAN DESA PERMAI 2, BATU 7 1/2, JALAN MERU
03-33928739

6. KLINIK MEDIVIRON (BANDAR BUKIT RAJA)
NO.28, JALAN MAKYONG 5F/KU5, BANDAR BUKIT RAJA
03-33415833

7. KLINIK ONG (BANDAR BUKIT RAJA)
NO. 19, JALAN RODAT 1, BANDAR BUKIT RAJA
03-38844462

8. POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN (KAPAR)
NO.12, TINGKAT BAWAH, JALAN 17/KU 11, DESA BUKIT NILAM, MERU
03-33923006

9. KLINIK AN-NUR (TAMAN DESA PERMAI)
NO.34, JALAN MERANTI PUTIH 9/KU10, TAMAN DESA PERMAI 3, BATU 7 1/2, MERU
03-33925671

10. KLINIK IKHWAN
LOT 2109, BATU 6, PEKAN MERU, 41050 KLANG
03-33924125

11. KLINIK SAFWA (BATU BELAH)
NO.133, JALAN JASA off JALAN HAJI SIRAJ, BATU BELAH, KLANG SELANGOR
03-33416767

SUMBER: PEDULISIHAT.COM

Pusat Khidmat Masyarakat
DUN N42 MERU

✨📝 Hebahan iBK ✨

Thursday 15 June 2017

PROGRAM MUNAJAT RAMADHAN

INFO MASJID

PROGRAM MUNAJAT RAMADHAN

Anjuran Bersama:
Biro Muslimat Masjid AtTaqwa
Biro wanita JPKM
Kerjasama:
Unit Muballighat Selangor

TARIKH: 17 Jun 2017
Hari: Sabtu
MASA: 8.30 pagi - 11.30 pagi

PENGISIAN:
- Solat hajat dan taubat
- Zikir munajat
- Kuliah Dhuha
- Tadarus Al- Qur'an
  (Muslimat sahaja)

*Muslimin & Muslimat dijemput hadir*

✨📝 Hebahan iBK✨

PROGRAM "ANAK-ANAK SYURGA" RAI RAMADHAN

INFO MASJID

PROGRAM "ANAK-ANAK SYURGA" RAI RAMADHAN

Kerjasama Antara Masjid At Taqwa, Kg. Bukit Kapar, Surau Al Ehsan Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar(SKBK) & JKKK Kg. Bukit Kapar

Tarikh: 16 - 17 Jun 2017
Hari: Jumaat - Sabtu

PENGISIAN PROGRAM:
- Iftar@masjid
- Solat 5 Waktu berjemaah
- Tarawikh
- Duduk@Taman Syurga
- Tadarus Wahyu Ilahi
- Memburu Lailatulqadar
- Sahur@masjid
- Subuh@Taman Syurga
- Dhuha@Taman Syurga

Peserta adalah para pelajar tahun 6 SKBK

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir...

✨📝 Hebahan iBK ✨

Tuesday 13 June 2017

INFO SRA BUKIT KAPAR TIMUR

INFO SRA BUKIT KAPAR TIMUR

13.6.2017
Makluman kepada ibu bapa/ penjaga murid SRA Bukit Kapar Timur

1. Tidak dibenarkan masuk ketika menghantar dan mengambil anak kecuali motosikal , basikal berikutan jambatan ditutup kerana kerja2 perparitan dan pelebaran jalan dari Meru ke Puncak Alam. Di jangka laluan tersebut boleh diguna pada minggu depan.

Kerjasama ibubapa amat diharapkan demi melancarkn laluan keluar  masuk ke sekolah. Sekian harap maaf kesulitan amat dikesali.

Daripada Puan Guru Besar SRA Bukit Kapar Timur

✨📝 Hebahan iBK ✨

Monday 12 June 2017

JADUAL KULIAH MUSLIMAT

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 12/06/2017 (Isnin)
Cuti

🌹 14/06/17 (Rabu)
Ust Endang- Kitab Imam Syafiee

🌹 16/06/17(Jumaat)
Ust Hidayat - Tafsir

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Sebaran iBK ✨

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

12 Jun 2017 / 17 Ramadhan 1438 (Isnin)
Dukacita dimaklumkan bahawa HAIRAN BIN HJ. MUAH  telah meninggal dunia, Insyaallah jenazah akan diuruskan dirumah Saadon Jln bahagia Kampung Bkt Kapar (Kariah Paya Barat). Insya Allah Jenazah akan dikebumikan  selepas solat Zohor.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Hebahan iBK ✨

Sunday 11 June 2017

PENDAFTARAN PERMOHONAN KAD PEDULI SIHAT PERCUMA

INFO KETUA KAMPUNG

11.6.2017
PENDAFTARAN PERMOHONAN KAD PEDULI SIHAT PERCUMA

Tarikh: 12.6.2017(Isnin)
Masa: 8.30pg- 11.00pg
Tempat: Masjid Attaqwa, Kg Bkt Kapar

A. Kategori Keluarga(RM 500.00)
- isi borang yang disediakan.
- bawa salinan kad pengenalan suami dan isteri.
- bawa salinan kad pengenalan /surat beranak/mykid anak- anak yang berumur bawah 21 tahun.
- bawa salinan slip gaji(kalau tiada isi borang pengesahan pendapatan di kaunter).
- pemohon hendaklah rakyat Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun.
-pendapatan isi rumah di bawah RM 3000.00(Gaji pokok).

B. Kategori Individu(RM 200.00)
- isi borang yang disediakan.
- bawa salinan kad pengenalan.
- bawa salinan penyata gaji ( jika tiada penyata gaji isi borang pengesahan pendapatan di kaunter.)
- pendapatan di bawah RM 1500.00(Gaji pokok)
- rakyat selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun.
- umur 21 tahun ke atas.

*DAFTAR SEGERA, JANGAN LEPASKAN PELUANG*

Masadan B Mohsin
Ketua Kampung Bukit Kapar

✨📝  Hebahan iBK ✨

Friday 9 June 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

9 Jun 2017 / 14 Ramadhan 1438 (Jumaat)
Dukacita dimaklumkan bahawa En Hairuddin bin Paijan telah meninggal dunia petang tadi, tinggal di Jln Rebong Kg. Bkt Kapar (Kariah Hj Hamdani). Jenazah akan dikebumikan malam ini selepas solat Terawih.

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨

KULIAH SUBUH Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Haji Jangidin
10/6/2017(Sabtu)

Ust Adim Hidayat

Semua dijemput hadir
🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿

✨📝 Hebahan iBK ✨

Wednesday 7 June 2017

ZAKAT FITRAH DI MASJID AT-TAQWA

INFO MASJID

ZAKAT FITRAH DI MASJID AT-TAQWA

AMIL FITRAH:
1. Cikgu Hj. Jasman B. Mohd Barum @ Darum.
Hp 0192079518

2. Tuan Hj. Hassan B. Asngadi.

MASA:
Selepas Solat Teraweh
Selepas solat Zohor
Selepas Solat Asar
Selepas Solat Jumaat.
Atau boleh dtg ke rumah.

HARGA:
Rm 7.00 seorang

SILA BAWA NOTA YANG TELAH DI ISI:

Nama penuh: .........  ........
No.  K/P: ...........................
No.  Tel/Hp: .....................
Email (jika ada): ..............
Jumlah Rm: ......................
(Tulis pada sehelai kertas. Hanya pembayar sahaja)
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

✨📝 Hebahan iBK ✨

Tuesday 6 June 2017

GANGGUAN BEKALAN AIR

INFO SYABAS

6 Jun 2017 Selasa
12.30 tengahari

GANGGUAN BEKALAN AIR
Gangguan Bekalan Air Sementara di Wilayah Klang / Shah Alam ekoran insiden kejadian paip pecah bersaiz 200mm UPVC di  lokasi , Sek Agama & Restoran Umang2 Jln Meru Tambahan Bt 8 Meru.

Kawasan-kawasan  terlibat adalah seperti berikut :

1. Bukit Kapar

Bekalan akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan yang dijangkakan siap pada jam 6.00 petang, 6hb Jun 2017 dengan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat.

✨ Hebahan iBK 📝✨

Monday 5 June 2017

JADUAL KULIAH MUSLIMAT Masjid At-Taqwa

INFO WANITA

JADUAL KULIAH MUSLIMAT
Bilik kuliah Masjid At-Taqwa
jam 3.00 petang

🌹 05/06/2017 (Isnin)
Ust Abd Rahman - Tajwid

🌹 07/06/17 (Rabu)
Ust Endang - Kitab Imam Syafiee

🌹 09/06/17(Jumaat)
Ust Fathi Naim - Umum

Jom hadir ke majlis ilmu  - Taman2 Syurga -
🌻🌹🌻🌹🌻🌹🌻

✨📝 Hebahan iBK ✨

Saturday 3 June 2017

KULIAH SUBUH Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Haji Jangidin
4/6/2017 (Ahad)
Ust Monir Soim

Semua di jemput hadir
🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿

✨📝 Hebahan iBK ✨

Friday 2 June 2017

KULIAH SUBUH Surau Haji Jangidin

INFO SURAU

KULIAH SUBUH
Surau Haji Jangidin
3/6/2017 (Sabtu)
Ust Syarifuddin Mustafa

Semua di jemput hadir
🌿🍁🌿🍁🌿🍁🌿

✨📝 Hebahan iBK ✨

INFO SYABAS

INFO SYABAS
3.50 Petang Jumaat
2 Jun 2017

Gangguan Bekalan Air Sementara di Wilayah Klang/Shah Alam ekoran insiden kejadian paip pecah bersaiz 250mm MS di Tiang TNB BKP 6 Batu 8 Bukit Kapar.

Kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan adalah seperti berikut :

1. Jln Meru Tambahan

Bekalan akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan yang dijangkakan siap pada jam 10.00 malam, 2hb Jun 2017 dengan pemulihan bekalan adalah secara berperingkat.

✨📝 Hebahan iBK ✨

INFO ZAKAT FITRAH MASJID AT-TAQWA

INFO MASJID AT-TAQWA

Assalamualaikum Warahmatullah...

2.6.2017/ 7 RAMADHAN 1438
Saya ingin mengajak kepada diri saya dan kita  semua supaya meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal soleh termasuklah ibadah zakat fitrah yang wajib ditunaikan di dalam bulan Ramadhan.

Menunaikan zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT.  Ibnu Umar r.a meriwayatkan: Rasulullah telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Untuk makluman, harga zakat fitrah tahun ini ialah RM7.00 seorang.

Insyaallah, Amil-amil fitrah akan mula menerima bayaran zakat fitrah tuan/puan semua mulai hari ini. Oleh itu,  anda bolehlah menunaikannya di masjid AtTaqwa dan seluruh surau di kariah masing-masing di Kampung Bukit Kapar ini.

Bersegeralah tunaikan dan jangan melewatkannya kerana  dikhuatiri kita lalai atau terlupa yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Ingatan penuh kasih sayang kerana Allah,

MOHD FARYZAN BIN SUBKHI
Nazir Masjid At Taqwa
Kg. Bukit Kapar

✨📝 Hebahan iBK ✨

Thursday 1 June 2017

INFO KEMATIAN

INFO KEMATIAN

         إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun...

1 Jun 2017 khamis
Dukacita dimaklumkan bahawa SITI HAYATI BTE  KARNO di alamat Jln Dato Johar, Bkt Kapar Kariah Bt8 telah meninggal malam tadi .

Semoga rohnya diberi keampunan dan mendapat kasih sayang ALLAH SWT sebanyak2nya serta dijadikan kuburnya sebagai taman2 syurga.

Ta'ziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Moga bersabar dengan ujian ALLAH SWT.

Al Fatihah
الفاتحة
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ

✨📝 Sebaran iBK ✨