Sunday 25 June 2017

INFO KETUA KAMPUNG

INFO KETUA KAMPUNG

25.6.2017 / 1 SYAWAL 1438
الله اكبر الله اكبر الله اكبر...
الله اكبر ولله الحمد.....
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ALHAMDULILLAH...dengan limpahan rahmat dan kasih sayang  ALLAH SWT hari ini kita menyambut HARI RAYA IDUL FITRI 1438H.

Idul Fitri merupakan satu kemenangan dan hadiah  kepada kita setelah kita berjaya mengharungi ibadah puasa selama sebulan dengan penuh keimanan dan pengharapan.

Saya mewakili seluruh ahli  JKKK Kg Bkt Kapar mengucapkan  تقبل الله منا ومنكم moga seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima dan ALLAH SWT.

Marilah kita jadikan Hari Raya satu perayaan ibadat dan bukannya perayaan adat  agar kita mendapat redha ALLAH SWT dan tidak mencemarinya dengan perkara-perkara yang ALLAH murka seperti meninggalkan solat, pembaziran, hiburan yang melampau, pergaulan bebas, bersalaman dengan bukan mahram, tidak menutup aurat dan lain-lain lagi.

Marilah kita terus amalkan amalan-amalan ibadat dan kebaikan semasa di bulan Ramadhan hingga ke bulan-bulan yang lain secara istiqamah  supaya  ALLAH SWT pandang Kampung Bkt Kapar dengan pandangan rahmat dan pandangan kasih sayang dan natijahnya kampung kita aman damai, berkat dan makmur.

Di sini saya mewakili seluruh Ahli JKKK Kg Bkt  Kapar mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada seluruh penduduk Kg. Bkt Kapar dan umat Islam seluruhnya.

Terima Kasih

Masadan B Mohsin
Ketua Kampung
Bukit Kapar.

✨📝 Hebahan iBK ✨

No comments:

Post a Comment