Friday 2 June 2017

INFO ZAKAT FITRAH MASJID AT-TAQWA

INFO MASJID AT-TAQWA

Assalamualaikum Warahmatullah...

2.6.2017/ 7 RAMADHAN 1438
Saya ingin mengajak kepada diri saya dan kita  semua supaya meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal soleh termasuklah ibadah zakat fitrah yang wajib ditunaikan di dalam bulan Ramadhan.

Menunaikan zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa di sisi Allah SWT.  Ibnu Umar r.a meriwayatkan: Rasulullah telah memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah sebelum orang-orang keluar melaksanakan solat Idul Fitri. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Untuk makluman, harga zakat fitrah tahun ini ialah RM7.00 seorang.

Insyaallah, Amil-amil fitrah akan mula menerima bayaran zakat fitrah tuan/puan semua mulai hari ini. Oleh itu,  anda bolehlah menunaikannya di masjid AtTaqwa dan seluruh surau di kariah masing-masing di Kampung Bukit Kapar ini.

Bersegeralah tunaikan dan jangan melewatkannya kerana  dikhuatiri kita lalai atau terlupa yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Ingatan penuh kasih sayang kerana Allah,

MOHD FARYZAN BIN SUBKHI
Nazir Masjid At Taqwa
Kg. Bukit Kapar

✨📝 Hebahan iBK ✨

No comments:

Post a Comment