Friday 7 July 2017

10 SUNNAH YANG DI AMALKAN OLEH RASULULLAH SAW.

INFO AD-DEEN

10 SUNNAH YANG DI AMALKAN OLEH RASULULLAH SAW.

1. TAHAJJUD

Kemuliaan seorang muslim terletak pada solat tahajjudnya. Kerana dengan rutin melaksanakan solat tahajjud insyaallah doa-doa kita akan mudah terkabul dan membuat jiwa dan raga kita semakin dekat kepada Allah SWT.

2. MEMBACA AL-QUR'AN SETIAP HARI

Dengan membaca Al Qur’an setiap hari sesibuk apapun kita, bacalah Al Qur’an setiap hari. Kerana ketika masa penghisaban kelak di akhirat, orang-orang yang rajin membaca Al Qur’an akan memperoleh syafaat darinya.

3. BERZIKIR SELEPAS SOLAT

Bacaan zikir yang dibaca adalah Subhaannallah, Walhamdulillah, Walaa ilah hailallah, Allahu akbar.

Dari Kaab bin ‘Ujrah, Nabi SAW bersabda maksudnya : “Beberapa kalimat zikir yang diucapkan sesudah solat wajib ini, tidak akan rugi/kecewa orang yang mengucapkan atau mengerjakannya, yaitu: 33 Kali tasbih (subhanallah), 33 kali tahmid (alhamdulillah), dan 34 kali takbir (Allahu Akbar).” (HR. Muslim dan lain-lain)

Dari Abi Hurairah ra, Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa bertasbih/menyucikan Allah (subhanallah) setelah solat (fardhu) 33 kali, dan bertahmid/memuji Allah (alhamdulillah) 33 kali, dan bertakbir/membesarkan Allah (Allahu Akbar) 33 kali, maka jumlahnya menjadi 99 kali. Kemudian mengucapkan 1 kali (Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir), nescaya diampuni kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR. Muslim dan lain-lain)

4. MELAKSANAKAN SUNAT RAWATIB SELEPAS SOLAT FARDHU

Dari Ibnu Umar ra berkata, "Aku menjaga 10 rakaat dari Nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zuhur,2 rakaat sesudahnya,2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh. (Hadis Riwayat Muttafaqun 'alaihi)

5. MEMBACA ZIKIR PAGI DAN PETANG

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” (Surah Al Araf ayat 205)
Faedah zikir pagi dan petang akan membuat kita lebih semangat di pagi hingga petang hari dan dimudahkan Allah SWT dalam segala urusan.

6. SELALU SOLAT BERJEMAAH DI MASJID
(Terutama Bagi Lelaki)

Kerana syurga ganjarannya bagi pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid.
Rasulullah SAW bersabda : “Solatnya seorang lelaki berjamaah pahalanya 25 derajat dibanding sendirian di rumah atau di pasar, yang demikian itu kerana jika ia berwuduk dengan sempurna kemudian ia keluar rumah dengan satu tujuan solat berjamaah di masjid, maka setiap langkahnya mengangkat satu derajat dan diampuni satu dosanya, dan selama ia di majlis solat tanpa hadats didoakan para malaikat, “Ya Allah, ampunilah ia dan rahmatilah ia”, dan dianggap mengerjakan solat sepanjang ia menunggu waktu solat” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Solat seseorang bersama seorang lebih utama dari solat sendiri, dan solat bersama dua orang lebih utama dari solat bersama seorang, semakin banyak mereka berjamaah semakin dicintai Allah.” (H.R. Ahmad, Abu Dawud)

7. MENJAGA SOLAT DHUHA DAN WITIR

Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya: Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.)

Rasulullah bersabda di dalam Hadits Qudsi, Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, kerana dengan solat tersebut, Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (HR Hakim & Thabrani)

“Barangsiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat subuh kerana melakukan i’tikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosa-dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (HR Abu Daud)
Dan banyak lagi keutamaan-keutamaan lain jika kita mahu melaksanakan solat dhuha sesuai dengan tuntunan Rasullullah SAW.

8. JAGA SEDEKAH SETIAP HARI

Allah SWT menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah SWT akan selalu mendoakan kepada orang yang gemar bersedekah setiap hari. Insyaallah Allah akan membalasnya dengan berlipat ganda.

9. SELALU MENJAGA WUDUK

Allah SWT menyukai orang-orang menjaga wuduk Keutamaan orang yang selalu menjaga wuduk disebutkan dalam hadits berikut tentang Bilal yang disebutkan bahawa suara sandal beliau sudah terdengar di syurga.

Dari Abu Buraidah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam di pagi hari memanggil Bilal lalu berkata,

يَا بِلاَلُ بِمَ سَبَقْتَنِى إِلَى الْجَنَّةِ مَا دَخَلْتُ الْجَنَّةَ قَطُّ إِلاَّ سَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِى دَخَلْتُ الْبَارِحَةَ الْجَنَّةَ فَسَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِى

“Wahai Bilal, kenapa engkau mendahuluiku masuk syurga? Aku tidaklah masuk syurga sama sekali melainkan aku mendengar suara sendalmu di hadapanku. Aku memasuki surga di malam hari dan aku dengar suara sendalmu di hadapanku.”

Bilal menjawab,

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَذَّنْتُ قَطُّ إِلاَّ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ وَمَا أَصَابَنِى حَدَثٌ قَطُّ إِلاَّ تَوَضَّأْتُ عِنْدَهَا وَرَأَيْتُ أَنَّ لِلَّهِ عَلَىَّ رَكْعَتَيْنِ

“Wahai Rasulullah, aku biasa tidak meninggalkan solat dua raka’at sedikit pun. Setiap kali aku berhadats, aku lantas berwuduk dan aku membebani diriku dengan solat dua raka’at setelah itu.” (HR. Tirmidzi no. 3689 dan Ahmad 5: 354. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadits tersebut hasan)

Syaikh Abu Malik dalam Fiqhus Sunnah lin Nisaa’ (hal. 49) menyatakan bahwa disunnahkan berwuduk setiap kali wuduk tersebut batal kerana adanya hadats.
Imam Nawawi rahimahullah menyatakan, “Disunnahkan menjaga wuduk atau diri dalam keadaan suci. Termasuk juga kala tidur dalam keadaan suci.” (Kitab Matan Al Idhoh, hal. 20)

10. AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP HARI

Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita dijauhkan oleh Allah. Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah .Nuh ayat 10-12)

Rasulullah bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangka,” (HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

✨📝 Hebahan iBK ✨

No comments:

Post a Comment