Wednesday 5 July 2017

BANTUAN SIHAT SELANGOR

INFO KESIHATAN

5.7.2017
BANTUAN SIHAT SELANGOR

Maklumbalas berkenaan sebaran berita yang viral melalui whatsapp tentang bantuan Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM5000 setahun kepada pesakit dialisis.

Bantuan Sihat Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Puan Dr Daroyah Alwi telah diperkenalkan sejak tahun 2009 lagi. Di bawah Bantuan Sihat Selangor, terdapat beberapa jenis bantuan yang diberikan antaranya Pembedahan Kecil, Katarak Mata, Dialisis Buah Pinggang, Kaki Palsu dan lain-lain permohonan. Keprihatinan Kerajaan Negeri disalurkan melalui dana Bantuan Sihat Selangor kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Pemohon perlu mematuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan untuk Program Bantuan Sihat Selangor, antaranya seperti:

1. Rakyat Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun.

2. Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

3. Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

4. Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit serta golongan orang kurang upaya (OKU).

5. Rawatan bagi katarak mata, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan hanya dilaksanakan di hospital kerajaan sahaja dan perlu mengemukakan borang permohonan sebulan lebih awal.

6. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun.

Permohonan Bantuan Sihat Selangor boleh dibuat melalui

bantuansihat.selangor.gov.my 

ATAU

Berhubung dengan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat setiap DUN berhampiran

Pembayaran Bantuan Sihat Selangor akan dibuat secara “one-off” kepada pihak hospital, pembekal peralatan (farmasi) atau pusat yang memberi rawatan hemodialisis setelah permohanan diluluskan.

Borang permohonan online yang telah di isi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen yang diperlukan perlu dihantar terus di kaunter atau melalui pos kepada Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 4, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam.

5 Julai 2017
#SihatSelangor
#SmartSelangor

✨📝 Hebahan iBK ✨

No comments:

Post a Comment