Sunday 30 July 2017

INFO TABUNG HAJI

INFO TABUNG HAJI

30.7.2017
JEMAAH HAJI TERPILIH TIDAK PERLU RISAU JIKA MENGHADAPI KELEWATAN MENDAPAT VISA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2017. Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan terdapat sebilangan kecil merangkumi kurang daripada 1% jumlah jemaah haji yang kini menghadapi kesulitan kelewatan penerbangan ke Tanah Suci. Kelewatan ini berkaitan dengan urusan  visa haji.

Untuk makluman, kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Kelewatan pengeluaran visa disebabkan terdapat permohonan yang terlalu tinggi dalam sistem tersebut yang terpaksa mengendali jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasama dan memantau pada setiap masa untuk mendapatkan dan mencetak visa jemaah haji yang terlibat termasuk pada hari cuti hujung minggu. TH optimis masalah ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat dan kesemua para jemaah terpilih akan meneruskan perjalanan dan urusan mereka akan dipermudahkan, insyaallah.

TH juga memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh jemaah haji.  TH juga ingin menasihati agar jemaah haji yang sedang menghadapi masalah kelewatan visa untuk bersabar kerana proses mendapatkan visa haji sedang giat dijalankan.

Para jemaah akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik sahaja visa diperolehi. TH turut menyediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya kepada jemaah haji yang terlibat, di mana kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak TH.


Bahagian Hal Ehwal Awam dan komunikasi Korporat
Lembaga Tabung Haji
 
✨📝Hebahan iBK✨

No comments:

Post a Comment