Saturday 15 July 2017

WANG TAK DITUNTUT

INFO AM

WANG TAK DITUNTUT

Mungkin ramai yang tidak mengetahui rupa-rupanya ada sejumlah wang milik kita di dalam bank, firma atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya.

Malah, kita sendiri sebenarnya lupa atau tidak tahu tentang kewujudan wang tersebut.

Ramai juga yang tidak tahu semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara.

Manakan tidak, kini terdapat sebanyak RM5.6 bilion jumlah terkumpul WTD dilaporkan masih gagal diserahkan kepada empunya kerana tiada tuntutan dibuat.

Bahkan, penulis sendiri mengalami keadaan ini - tidak tahu yang diri sendiri sebenarnya mempunyai sejumlah wang daripada akaun sebuah bank yang tidak aktif lebih tujuh tahun lalu.

Hanya mengetahui mengenainya selepas membuat semakan di kaunter Pendaftar WTD yang kini dibuka di lokasi awam.

Itu pun selepas mengetahui tentang kewujudan WTD ini setelah menemubual Pengarah Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara, Datuk Zamimi Awang baru-baru ini.

Cara membuat semakan cukup mudah, hanya serahkan MyKad di kaunter atau hadir sendiri di mana-mana Jabatan Akauntan Negara di seluruh negeri.

Pegawai bertugas akan semak melalui sistem dan tidak sampai lima minit kita akan dapat tahu jika mempunyai WTD.

Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.

Penulis agak teruja selepas diberitahu mempunyai wang RM150 iaitu daripada akaun simpanan CIMB yang tidak aktif selepas tujuh tahun.

Cuba mengingatkan kembali tentang akaun tersebut, kemudiannya baharulah menyedari yang pernah membuka akaun bank itu semasa belajar dahulu, iaitu sekitar tahun 2001 untuk kemasukan wang biasiswa.

Selepas menukar akaun bank lain kerana tamat belajar, sudah tidak peduli dengan akaun lama sedangkan masih berbaki duit simpanan walaupun kecil jumlahnya.

Anda mungkin mempunyai pengalaman serupa. Wang tak dituntut bukan hanya terhad daripada akaun-akaun bank yang tidak aktif, tetapi berkemungkinan bayaran rebat insurans, bayaran elaun atau bonus daripada syarikat tempat lama bekerja atau mana-mana firma yang mempunyai kaitan dengan kita.

Syarikat-syarikat berkenaan mungkin gagal menyerahkan sendiri wang hak kita itu kerana pertukaran alamat dan maklumat peribadi yang tidak lengkap.

Maka, pihak terbabit akan menyerahkan wang itu kepada Pendaftar WTD yang bertanggungjawab membayar balik WTD kepada empunya wang itu.

Sebenarnya, hebahan mengenai WTD kepada orang ramai telah pun dibuat melalui pewartaan kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara.

Apa pun yang dikesali ada dalam kalangan kita menimbulkan persepsi negatif dengan membuat tuduhan tidak berasas bahawa wang itu akan digunakan kerajaan sebagai ‘wang kecemasan’ untuk tujuan pembangunan kerana kekurangan hebahan dibuat.

Tuduhan tersebut tidak benar sama sekali kerana kerajaan akan membayar semua wang kepada empunya yang diterima daripada syarikat dan firma tanpa dikurangkan walau satu sen pun kerana Bahagian WTD hanya bertindak sebagai pemegang amanah untuk membantu menyerahkan wang kepada yang berhak.

Tuntutlah wang anda..
💵💵💵💵💵💵💵

✨📝 Hebahan iBK ✨

No comments:

Post a Comment